Semalam ( 22 August 2010), kami berkesempatan untuk singgah di Rasa Ramadhan Hotfm yang diadakan di Jusco Setiawangsa yang dihidangkan oleh Minyak Masak Alif. Ramai Pengacara Hotfm dan artis-artis yang turut hadir sama. Jom terjah :
Amboi,Amboi, Bukan Main Sibuk Lagi Fafau/Fara Fauzana dengan Juadah yang dijualnya iaitu Nasi Lemak Berempah Madah Berhelah
Alisya : Apsal Uncle ni takde rambut?
Memang laris jualan Nasi Lemak Madah berhelah Fafau. Kami sampai dalam pukul 4 pun tak sempat nak beli. First gerai yang jualan habis diikuti dengan gerai FBI
Siap ada cabutan bertuah lagi untuk sesiapa yang beli Nasi Lemak 3 bungkus dan lebih (murah, Rm3 je)
P.s :Apsal rambut hafiz AF tu cam keras semacam je?
Apa yang cuba Ikhwan nak katakan kepada Alisya ya?
Alisya :Yey, yey, bestnya dpt bergambar dengan Ikhwan
Memang friendly giler Ikhwan. Tetiba dia nak dukung Alisya, alisya biasanya ngan lelaki tak berapa nak pergi tapi dengan Ikhwan ok je . Inilah ciri pengacara yang kita mahu, mesra dengan peminat. Tahniah dan thanks Ikhwan.
Inilah Gerai Ikhwan bersama Mawi. Gerai World Zone of Desert. Minah tu rakan sepejabatku ,entah camne dia boleh ada disitu. Oh, Janatulhani. Mawi patutnya join sekali gerai tu tapi tak sampai lagi time tu, agaknya sesat kot?
Alisya :Nyam,nyam,sedapnya airtu.
Tomok menjual Air Banbu Arjuna & Dot,dot,Dot (x sempat nak beli)
Dan Inilah yang kami beli ( Murtabak FBI, Ayam Percik Sharifah Aleeya, Roti Jala , dan bubur jagung dari Gerai Ikhwan -tiada dlm gambar- )
Overall rasanya boleh tahan dan inilah feedback saya :
Ayam Percik - Sedap dan memang puas hati
Murtabak - Murtabak sedap tapi kuahnya masam sikit
Roti Jala - Kuah sedap tapi roti jalanya agak keras skit (tak habis makan)
Bubur Jagung - Tak sempat tanya isteri lagi...
Memang bagusla event sebegini, berkesempatan berjumpa artis secara dekat. Lain kali adakanlah lagi ya?
P/s : Huhuhu, sedih tak sempat nak bergambar dengan Farah Fauzana/Fafau (bukan main meriah lagi gerai dia, penuh orang berkerumun)


