Showing posts with label foot patch. Show all posts
Showing posts with label foot patch. Show all posts

January 10, 2011

Rahsia di Sebalik Foot Detox

Salam dari Eyriqazz,

Flash back entry Testimoni Detox Foot/Foot Patch . Hati ini diruntun pertanyaan/teka teki bila membaca entry dari Saudara Aidid Mu'addib yang bertajuk  Detox Foot Patch - Teknologi Paling Lahabau Y'all!

Walaupun diri sendiri merasakan kesan positif bila menggunakan Foot Detox itu, saya mula berfikir kembali bila membaca entry itu. Betulker keberkesanan Foot Detox ini? Adakah yang saya rasakan itu disebabkan fikiran positif ataupun Foot Detox ini betul-betul membuang toksin/berkesan? Tak puas hati, akhirnya saya buat eksperimen sendiri :

Foot Detox diambil
Ditebuk dan dikoyakkan. Itulah serbuknya yang lebih kurang berbau macam Abu barang-barang dibakar
Debunya diletakkan di dalam bekas
Dan Diletakkan Air. Bertukar menjadi Hitam dan juga seakan-akan serpihan raksa
Hitam dan Putih-Putih
Bandingkan dengan yang saya pakai 8 jam+ . Hitam dan Putih2 juga cuma ianya keras dan berketul (betulke ini Toksin?)

Apa yang saya dapat dari eksperimen sendiri ini? Umm, entah,saya tak pandai Sains. Fizik dapat C5, Kimia dapat C6. Namun , dari rumusan sendiri, ianya akan bertindak balas dan bila ditutup sebegitu, tidak mustahil bila kena wap/haba (dari kaki) ,ianya akan bertukar jadi hitam. Lagi lama, lagi bagus dan lebih hitam ...

Tapi, di mana pula kesan positif yang saya dan rasa ringan badan tu ya? Umm, entahla,saya tak berani nak mengiyakan atau menidakkan keberkesanan foot detox ini, cuma pandangan saya, pihak kerajaan/swasta perlu buat kajian berkenaan hal ini. Betulke ianya membuang toksin ataupun sekadar gimik promosi melariskan produk ? We are consumer deserve to know dan betulke ingredient yang dimaksudkan seperti dikata? Kata orang, ianya berasal dari kilang yang sama, jadi murah or mahal coz labelling dan jenamanya, betulke?

Myself? Umm,saya dah berhenti gunakan Foot Detox itu. Better safe than sorry. Risau kot-kot ada side effect pula kalau guna long term + belum ada bukti saintifik mengenai keberkesanan produk ini.

Apapun, lain padang lain belalang kan? Saya tidak menidakkan dan mengiyakan pasal Foot Detox ini. Pilihan masing-masing,tak gitu?

October 28, 2010

Testimoni Detox Foot/Foot Patch

Ini semua gara-gara entry Kancilbiru| Wow! Ada orang nak bagi Detox Foot Pad Percuma la.. dan AfraYuri . Actually, teruja nak try produk ni masa pergi Uptown Shah Alam semasa MySelangorStory last time. Tapi, entah camne entah,  tak jadi nak beli.

Beberapa hari yang lepas, Isteri pulang dengan membawa pulang satu paket (sepasang) Foot Detox. Dia beli senyap-senyap takut saya marah coz saya memang tak suka Isteri beli benda-benda merapu ni. Hik3, plan asal dibelikan untuk dirinya , tapi saya pula yang teruja dan mahu mencuba. Oh, sebelum tu, ini bukan iklan berbayar, ini adalah testimoni peribadi dari saya .

RM7 ringgit satu pasang, mahal juga kan?
Betulke Boleh Buang toksin? Umm, Cam tak percaya je...

Malam pertama mencuba, memuaskan hati. Rasa lebih bertenaga dan lebih segar. Tidak puas hati, suruh isteri belikan lagi, malam kedua mencuba dan inilah hasilnya :

Yuyy,, Gelinyaa..Apa yang hitam-hitam tu?

kalau dilihatkan di websitenya http://www.raudhah4u.com ianya adalah :

Betulke itu kesan toksik yang diserap?

Entah, saya pun tak berani nak mengiyakan. Kena tanya doktor ataupun pakar yang lebih arif. Kan kalau saya cakap betul, tetiba salah, susah juga kan?

Oklah, testimoni saya. Malam kedua kesan hitamnya berkurang dari malam pertama. Antara kesan positif yang saya rasai dua malam mencuba foot detox ini adalah rasa lebih bertenaga, tidur lebih lena, bangun tidur lebih mudah tersedar, badan rasa lebih ringan,sakit kepala berkurang, badan rasa lebih sejuk , selera makan bertambah (hak3), dan kencing rasa lebih lawas ...

Apapun, kesahihan toksin tu saya tak berani nak cakap cuma saya seronok menggunakan produk ini dan saya dah suruh isteri belikan lagi untuk mencuba di Malam ketiga. Pengalaman Malam Ketiga mungkin berbeza dari Malam pertama dan Kedua kan? Hik3...Nanti saya updatekan lagi ya..

Try dan cubalah sendiri.Tepuk dada, seluk poket dan kalau nak beli,beli...Foot detox ni rasanya ada dlm pelbagai jenama dan pilihlah yang terbaik agar tidak tertipu. Cam saya gunakan Raudhah de' Foot Patch ni, walaupun harganya agak mahal, namun saya puas hati. Quality and Quantity mestilah seiring kan? Lebih lanjut lagi, terjah la official websitenya : http://www.raudhah4u.com

P/s : Pernah cuba ke Detox foot/ foot patch ni?Apa pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails