Showing posts with label happy anniversary. Show all posts
Showing posts with label happy anniversary. Show all posts

December 3, 2010

Jam Tangan Bonia Hadiah Anniversary Buat Isteri

Minggu lepas, selepas surprisekan Isteri 4 Our 3rd Anniversary with Dinner di Haven Restaurant, a few days after that, saya ajak Isteri ke suatu tempat. Dipendekkan cerita, sampai ke lokasinya dan saya hadiahkan wifey :

Jam Tangan Bonia
Nampak Cantik di tangan Isteri
Isteri Tersenyum gembira
Bonia Pavillion, tempat dibeli
Kalau banyak duit, rasa mahu suruh isteri pilihje mana-mana lagi yang berkenan

Alhamdulillah, rezeki berblogging bersama Nuffnang semakin murah dan sebagai tanda terimakasih buat Isteri yang memberikan sokongan dalam berblogging ini, apa salahnya kasi hadiah yang dia suka kan? Sudah hampir setahun isteri hint-hintkan mahu Jam tangan Bonia ini, tapi belum berkesempatan/cukup budget untuk belikan. Terimaje my 1st RM1K+ cek dari Nuffnang, terus saya reservekan some portion for this special occasion. 

Harga sebenar RM500+ tapi selepas diskaun dapatla harga RM380. Okla, asalkan Isteri suka. Wang ringgit bukannya ukuran kan? Yes, Money Can't Buy U Happiness but If U Use it Wisely, it will Make You/Other People Happier, tak gitu?

P/s : Teruja dapat jumpa Hanis Zalikha yang Hot , tapi di hati/mata saya, my wife tetap the Hottest Girl in the World.

*** Tiada Hadiah Yang Mampu diberikan oleh Seorang Suami jika dibandingkan dengan Pengorbanan Seorang Isteri dalam sebuah rumahtangga. Hargailah Isteri anda, and Once in a while, Surprisekan Mereka. Woman Love Surprise, kan?

November 23, 2010

Pantun Happy Anniversary Buat Isteri

Saya dedicatekan Pantun Ini buat Isteri saya sempena Our 3rd Anniversary today :

23 November 2007 kita diijabkabulkan
Hari Jumaat, hari yang bahagia
Detik terindah masih segar dalam ingatan
Dikau bergelar Isteri, detik teristimewa

Isteri tersayang sudah semestinya
Mengajar aku erti sebuah keluarga bahagia
Tanpamu aku terumbang-ambing meniti usia
Usia yang semakin bertambah oh dah ramai yang memanggil Uncle pula

3 tahun usia perkahwinan kita
Pelbagai dugaan dan cabaran dihadapi ,Alhamdulillah kita masih bersama
Maafkan abang tersalah perbuatan dan bahasa
Abang hanya manusia biasa

Kehadiran Alisya penyeri hidup kita
Keletah yang comel , perangai yang sukar diduga
Terimakasih Tuhan atas anugerah tidak terhingga
 Kami semakin gembira dan dimurahkan rezeki dengan kehadirannya

Oh Mama asyik bertanya
Papa next year, berikan adik untuk Alisya ya?
Susah juga untuk ku menjawabnya
Kerana ilmu kebapaan belum cukup di dada

Doakan kami semoga terus bahagia
Menjadi Ibu dan Bapa yang berjaya
Mendidik anak ke arah yang terbaik untuk masa depan mereka
Dimurahkan rezeki dan gembira sehingga hujung nyawa
P/s : Jika takut dilanda bah, jangan berumah di tepi pantai. Jika takut mendirikan rumah tangga, jangan cuba-cuba nak tackle anak dara orang pula.
Related Posts with Thumbnails