Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

April 12, 2012

Pengalaman Terbang Bersama AirAsia ke Kota Bharu,Kelantan

Seat tepi tingkap.Dapatla tengok Pemandangan
Flight delay 20 minit. Umm, semakin kerap delay skangni AirAsia
Nak makan apa ya? Kalau prebook save up to 30%. Memang saya dah prebook kan makanan
Pramugari menunjukkan langkah-langkah keselamatan
Umm, wondering, kenapa pramugari AirAsia lebih hot dari pramugari MAS ya?
Awan-awan...Wondering lagi, asyik dapat seat dekat sayap kapalterbangje walaupun dah buat web check in
Pemandangan di dalam kapalterbang
Umm, naik kapalterbangni cam naik basje..Cuma masa nak naik dan turun tu je rasa ala-ala gayat sikit
Bukhara Chicken Biryani pilihan saya
Sedap juga. Cuma kuahnya sikit pula kalini.Ayam pun sikit..Hik3
Walau delay dan ada masalah sebelum ini, AirAsia tetap pilihan saya
Harga berpatutan, kualitipun memuaskan..Poket jimat, dapat jumpa keluarga tersayang

February 17, 2012

Masjid Beijing Rantau Panjang

Semasa bershopping di Rantau Panjang last time, sempatla lalu di Masjid Beijing. Plan nak singgah lepas bershopping, namun atas ke jem an yang melampau, sempat ambil gambar masa pergi tu je ...

Masjid Beijing 

Fakta menarik mengenai Masjid Beijing ini :
  1. Menggabungkan seni budaya Cina dan Thailand yang menjadi simbol perpaduan masyarakat Kelantan.
  2. Diurus sepenuhnya oleh kaum cina muslim dari imamnya hinggalah ke ajk-ajknya.


Next time kena singgahi Masjid Beijing Rantau Panjang ni...

September 3, 2011

Jalan-Jalan di Pengkalan Kubor, Kelantan


Semalam, sempatlah terjahi Pengkalan Kubor, Kelantan. Salah satu kawasan bebas cukai yang terletak di Kelantan. Lebih kurang 30 minit dari kampung Isteri, Wakaf Bharu. Pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan boleh didapati di sini. Antaranya :


Set Pinggan Mangkuk. Memang rambang mata Sang Isteri

Alahai, terangkat la juga . Isteri beli satu set

Corelle, Corningware, Pyrex antara jenama yang boleh didapati di sini

Gajus, Makanan ringan pun harga agak berpatutan.Berbaloi-baloi

Mainan kanak-kanak pun banyak.Sediakan duit aje

Tryla Somtam. Famous di sini

Memang meriah. Nak parking pun susah 

Pakaian, tudung2,pilihla sendiri

Jersi Cetak Rompak pun banyak. Eyriqazz belikan 2 untuk anak buah. RM10 je satu

Personalize Jersey letak nama sendiri boleh buat di sini

Eyriqazz rembat satu selipar Adidas. RM16. Yang penting berkualiti. Ori tak? Hik3, nilaikan sendiri
Agak-agak dengan RM1 apa yang boleh dibeli?

Kekacang, makanan ringan turut dibeli

Overall, habisla juga dalam RM200 shopping di Pengkalan Kubor ini. Kereta kecil ,kalau tak tentu banyak lagi yang dishopping oleh Isteri.Saya sekadar menemani. Jeling kanan, jeling kiri. Memerhati gelagat penjual dan pembeli. Menang memakai, menang membeli. Barulah gembira hati...

February 7, 2011

Pasar Siti Khadijah, Kelantan

Pasar Siti Khadijah, Kelantan destinasi menarik untuk diterjahi
Pelbagai makanan dan juga barangan boleh diperolehi di sini
Kuih muihnya memang menggiurkan hati
Harganya berpatutan sudah semesti
Sayur-sayuran juga boleh diperolehi
Ramai penjualnya Kaum Wanita, rakyat Kelantan memang terkenal kemahiran menjual 
Buah-buahan buat saya terliur lagi
Mangga memang kegemaran diri ini

Pilihla mana-mana yang berkenan, sila bayar sendiri..Hik3..
Cuba teka, apakah Nama buah Ini?

Pasar Siti Khadijah, memang menjadi pilihan untuk diterjahi bila balik kampung. Saya suka kuih muihnya yang sedap serta murah. Tak lupa juga, buah-buahannya yang pelbagai. Mak saya pun suka singgah sini, banyak pilihan katanya. Masjid pun dekat je dengan Pasar ini.

P/s : Cuti-Cuti Malaysia pun sudah menyeronokkan hati.

October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah Buat Pasukan Kelantan kerana telah berjaya bergelar Juara Piala Malaysia 2010 selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1. Persembahan Kelantan yang agak hambar di separuh masa pertama namun bangkit di separuh masa kedua. Inilah semangat juang yang dinanti-nantikan. Hik3, kenalah sokong kelantan kerana Isteri orang Kelantan.

Akhirnya, Kelantan pulang dan buat pertama kali merangkul Kejuaraan Piala Malaysia ini. Tahniah sekali lagi.
Related Posts with Thumbnails