Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

April 25, 2011

Shocking|Kandungan Gula dalam Susu Tepung Untuk Membesar Anak-Anak


Entri saya sebelum ini [ Klik Here] ada membincangkan tentang risiko pengambilan gula berlebihan di kalangan anak-anak dan pengambilan "added sugar" yang berlebihan boleh memberikan kesan yang negatif kepada kesihatannya. Di samping itu betapa pentingnya menyemak label, semak nama tersembunyi/lain added sugar (carbohydrate,corn syrup,sucrose,glucose syrup solid & etc) . Kata pepatah, beringat sebelum kena, mencegah lebih baik dari mengubati. Juga, utamakan non added sugar products kepada anak-anak seperti air masak, buah-buahan (dlm kuantiti yang terkawal), dan makanan hariannya.

Antara pemakanan utama anak-anak yang tengah membesar adalah susu tepung(susu lembu) yang kita berikan kepadanya. Adakah kandungan gula di dalam susu tepung yang kita berikan kepada anak-anak mengandungi kandungan gula yang berlebihan? Umm,seriously, No Idea...Until....


Beberapa hari lepas, terlihat di TV tentang "Current Growing Up Milks Have too Much Sugar", sehingga 13 sudu gula. Betulke? Tak pernah dengar pun...Macam tak percaya je...Kenapa sebelum ni sejak saya kecil sampai dah jadi bapa tak pernah terdengar pasal ni?


Curious, sayapun surf la website seperti di TVC itu iaitu http://www.semakgula.com.my . Yup, saya mahu tahu lebih lanjut kerana sepanjang pengetahuan/pembacaan saya, antara simpton pengambilan gula yang berlebihan adalah cavity gigi/hyper aktif. Umm,caviti gigi tiada pula pada alisya. Hyperaktif? Umm,takdela hyper, tapi aktif laa juga bagi seorang anak perempuan. Bukan normalke kanak-kanak membesar aktif? 

Buat pertama kali, saya mencuba susu Alisya yang kami berikan kini. Umm, sedikit manis laa juga. Semak label dan inilah maklumat yang kami perolehi untuk menyemak kandungan gula :


Setiap hidangan, 40g kandungan Carbohydrate 24 gram...

Teringat entry sebelum ini, the higher Carbohydrate, lagi tinggi kandungan gulanya. Kalau ikutkan peratus per serving, 24/40 lebih kurang 60%. Banyak la tu kan? Mean gula adalah paling banyak, more than 50%.  Better semak dulu :


Shocking, Kalkulator gula apabila input diisikan , kandungan gula dalam susu anak saya adalah 8-10 sudu teh gula tambahan , 33% gula tambahan. Umm,terkejut,terkejut..terus saya bincangkan dengan Isteri. No wonder sekarang ini, anak-anak yang berumur bawah 10 tahun pun sudah ada yang terkena kencing manis. It really caught me by surprise. 


Ianya betul-betul memeranjatkan kami. Adakah selama ini kandungan gula berlebihan dalam susu yang diminum oleh Alisya? Walaupun kami campurkan susu Alisya dengan susu soya dan juga nestum, ianya tetap memberikan impact kerana kandungan Susu lembu itu lebih banyak jika dibandingkan dengan susu soya dan nestum dalam susu Alisya.

Oh, Better late than never. Saya perlu bincang lebih lanjut dengan Isteri pasal hal ini. Yerla, anak-anak bukan mudah kalau mahu bertukar susu. Last time masa cuba bertukar susu, cirit-birit teruk Alisya dibuatnya. Apapun, untuk kebaikan, perlu lakukan sesuatu kan?


Ibu/Bapa di luar sana. Saya turut sarankan anda turut menyemak kandungan gula anak-anak anda di website ini http://www.semakgula.com.my  dan anda nilaikanlah sendiri. Rasanya anda pun mahukan yang terbaik buat anak-anak anda kan? 

Yup, every Parents mahukan yang terbaik untuk anak-anak dan pemilihan susu Tepung untuk membesar adalah penting kerana ianya antara sumber utama untuk membekalkan nutrisi dalam perkembangan anak-anak. Kandungan gula yang berlebihan memang patut dielakkan ke arah yang lebih positif.

Andainya jawapannya anda pun sama macam saya (terlebih kandungan gula dalam susu tepung untuk membesar) , saya sarankan carila Susu Tepung yang lain yang mengandungi "No Added sugars" dan bolehla semak kandungan gulanya. Better late, than never. Better Mencegah dari Mengubati. Better berubah andainya ia untuk kebaikan.


Jangan Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga
Jangan kerana tersilap memilih susu, menyesal di kemudian hari pula
Belum terlambat, semaklah kandungan gula
http://www.semakgula.com.my , Sharing is Caring, itulah yang sebaiknya

April 4, 2011

Eve The Beaute, The Strand | Hadiah Spa Treatment Buat Isteri

Eve de Beaute, The Strand

Isteri Sabar menanti

Jacuzzi Spa salah satu darinya
Suasana Santai

Overall , memang puas hati. Tiada extra charges dan Isteri memang happy. Cuma tambah RM12 coz isteri minta tambah mandi Air Susu. Siap sound lagi, kenapa abang beli satu je voucher? Dushh, takper2, nanti kita pi buat Spa treatment di S Spa, Mount Kiara pula ya? Abang dah belikan dua voucher. 

20% diskaun next time datang


Eve the Beaute, The Strand

Thanks Milkadeal, memang berbaloi2 deal ni. Nanti2 buatla lagi deal gempak-gempak camni ya?Sure saya rembat satu dua....Apa salahnya treat ur wife once in a while kan? She deserve it, pengorbanan seorang Isteri tiada tolok bandingnya...Tak gitu?

March 31, 2011

Impian Seorang Isteri

Impian Seorang Isteri

Balik dari kerja, mandi , terjah lappy, ternampak Notes dari Isteri diselitkan dekat dengan Lappy. Hik3, tektik seorang Isteri. Impian Seorang Isteri. Umm, siap dengan harga lagi, almost RM2k juga tu.

InsyaAllah sayang, kalau ada rezeki lebih, abang tunaikan some of impian sayang. Tak dapat tunaikan semua, at least dapat tunaikan satu dua , better dari tidak kan? Lagipun Birthday Wifey dalam 3 bulan lebih je lagi. Kalau tidak gembirakan hati isteri, hati siapa lagi kan?

P/s : Oh, kenapa lain benor tulisan wifey dan saya? Betulla kata Dr. Fadzillah Kamsah, kita dijodohkan dengan orang yang agak berlainan dengan perangai kita. Hik3, tulisanku cakar ayam, tulisan Isteri cantik sesangat.

January 9, 2011

Rahsia Isteri Super

Rahsia Isteri Super

Fuhh, mengkagumkan. Itulah yang dapat ku katakan bila membaca Muka Depan Harian Metro yang bertajuk  Isteri Super|Rahsia Wanita 23 Anak ,60 Cucu. Antara yang menarik :

1) Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya 

2) Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

3) Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu.

4) Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.

5) Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.

Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.


Honestly, sebagai seorang suami dan lelaki , i tend to agree with her. Payudara : Pandangan Pertama Kaum Lelaki . Kalau Si Isteri sanggup mencantikkan diri untuk ke tempatkerja or keluar rumah, apa salahnya mencantikkan dan menjaga antara aset paling berharga buat si Suami. Lagipun, untuk masa depan n long term kan?

Tepuk dada,tanya selera..Mungkin some of "Suami segan untuk menjawab bila ditanya, takut dikata tidak boleh terima seadanya". Namun, faham-fahamla, lelaki lebih suka menyimpan dari meluahkan. Tup2, dah pasang lain di luar, so beringat sebelum kena. Tak gitu?

P/s : Tergelak bila baca Part ni " “Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan"

P/s/s : Apa pula kata anda? Pentingke menjaga Aset berharga ini bagi Si Isteri?

June 2, 2010

Air Tangan Isteri

Air Tangan Isteri


Diforwardkan oleh seorang rakan beberapa tahun yang lepas. Rasanya bagus untuk dikongsi bersama.

Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya.... bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...Insya Allah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri. ada rahsia tu).

Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???

AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya.

Pecayalah...Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita.

Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit...tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain menguruskannya'???

Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Pesan Harlene-selalu selalulah suap anak dengan tangan sendiri. Makanan yang ibu masak & disusuli dengan suapan tangan sendiri ke mulut anak akan menambahkan ingatan anak kepada ibu sentiasa. Hubungan akan lebih erat & anak akan makan lebih banyak berbanding dengan suapan sudu. Cubalah saya telah sedikit melihat hasilnya. Alhamdullilah

P/s : Apa pandangan anda? Betulke apa yang dicoretkan ini ? Teringat kata-kata Isteri, ramai rakan-rakannya  suami yang suka menolong isteri adalah dengan air tangan Isteri/Isteri pandai memasak.
Related Posts with Thumbnails