Showing posts with label kemalangan jalan raya. Show all posts
Showing posts with label kemalangan jalan raya. Show all posts

January 24, 2012

Accident Depan Mata

Petang tadi semasa pulang, di simpang tiga nak menghala ke rumah, saksikan Accident depan mata. Lampu untuk kami sudah hijau untuk masuk ke simpang, namun ada satu kereta ni di jalan sebelah lagi tetap tidak berhenti. Motosikal di hadapan kami pun terus jalan jugak. Bumm, langgarla kereta dan motosikal itu, di Simpang Jalan Rusila,Marang,Terengganu ....

Terbang Mamat motosikal tu...Motosikal terseret di bawah kereta. Saya berhentikan kereta sekejap dan kasitau penduduk setempat, yang silap kereta itu tak berhenti dan terus jalan. Yang menjadi mangsanya, penunggang motosikal itu. X sempat nak berhenti lama coz adik nak balik KL malam ni. 

Fuhh, inilah jadinya bila peraturan jalan raya diambil ringan. Tak pastila selamat ke tidak penunggang motosikal tu, masa adik pulang dari kedai gunting rambut, katanya dah dibawa kehospital. Pemandu Kereta (Perempuan) sudah diambil dan dibawa keluar dari kereta cepat-cepat, takut dipukul dengan penduduk setempat coz yang kena langgar tu rasanya tinggal tak jauh dari situ. Adussh,kalau nak cepat pun ,pandula berhati-hati, yang tidak bersalah pun menjadi mangsa. Bukan kita je nak cepat, orang lain pun nak cepat juga...Jalanraya ini milik bersama, bukan milik seorang kan?

P/s : Berhati-hati di jalan raya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. "Ingatlah, Jalan Raya ini Milik Bersama".

March 2, 2011

Kemalangan Jalan Raya di Jalan Genting Klang|Kereta Terbalik

Balikje dari Sesi bergosip bersama Bro Je Jai dan Mat Joe, satu kemalangan saya saksikan  di Jalan Genting Klang, kereta sudah terbalik .Rasanya kemalangan tu berlaku sudah lebih setengah jam

Kereta terbalik dan Ambulans . Tak tahu la pasal nasib pemandu or penumpang kereta

Ramai nya reporter dan peminat ya?

Kami Bukan Mahu tolong, Kami Cuma Mahu tgk (mungkin itu dialognya kot? )
Ehh, ada KLCC laa...

Umm,mesti laju dia bawa kan? Kalau tak, takkan sampai tayar di atas. Tuhla, bila tengok gelagat pemandu Kereta di Malaysia jika dibandingkan dengan pemandu semasa di UK, bagai langit dengan bumi. Ramai yang tidak mengikut undang-undang, no wonder Saman Trafik dilanjutkan sehingga 10 March 2011. The more, the better the Income untuk JPJ, PDRM, dan sebagainya kan?

P/s : Berhati-hati di Jalan Raya. Ingatlah Orang Tersayang ketika memandu. Jangan kerna mahu cepat, undang-undang jalanraya dilupakan.

November 29, 2010

(Gambar) Kenderaan Terbakar Kemalangan JalanRaya Lebuhraya PLUS | Gopeng-Simpang Pulai

Dalam Perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke KL semalam, kami menyaksikan kenderaan terbakar di depan mata kami , rasanya kerana kemalangan jalanraya yang berlaku di Lebuhraya PLUS antara Gopeng ke Simpang Pulai. Memang tengah marak apinya, inilah gambar yang sempat diambil oleh isteri :

Api tengah marak ( terasa bahang panasnya bila lalu kot tepi kenderaan itu)
Sebelum sampai
Jalan menuju ke Simpang Pulai memang jem habis, rasanya kereta tidak bergerak lebih dari 4KM..

Semasa singgah berhenti makan di R&R Tapah, terdengar orang cakap-cakap, katanya 4 kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Tak pastila pula apa nasib mereka yang terlibat kemalangan itu, cuba seach berita online, namun tidak jumpa pasal kemalangan ini. Sedih sangat bila tengok gambar kenderaan terbakar itu.

Yup, kemalangan tidak mengenal mangsa. Namun lebih dari 90% kemalangan jalanraya disebabkan atas kecuaian manusia. Pesanan saya buat diri saya dan semua, berhati-hatilah ketika memandu, Ingatlah Orang tersayang. Biarlah memandu slow cam saya di jalanraya (within the speed limit), biar sampai ke destinasi ditujui.

P/s : Betulke faktor minyak RON 95 yang sibuk diperkatakan kini antara faktor penyumbang peningkatan kenderaan terbakar akibat kemalangan?

***Sudah ada link/feeder entry pengomen terhangat di setiap bawah entry (trial version), akan diupdatekan dan diubah dari masa ke semasa sebagai tanda penghargaan buat pengomen setia/terpilih. Thanks dari Eyriqazz
Related Posts with Thumbnails