Showing posts with label keretapi tanah melayu. Show all posts
Showing posts with label keretapi tanah melayu. Show all posts

May 3, 2011

Pengalaman Naik Komuter/KTM

Dah lama tak naik komuter. Rasanya last time naik komuter tahun lepas, bawa Mak Mertua pi Midvalley. So, untuk projek blogging terbaru ni, last week saya menerjah la dan naik komuter :
Pukul 1 petang +, lengang je stesen komuter
Sabar menanti

Suasana agak panas. Komuter ni biasala, kadang-kadang,timing dia tak berapa betul dan kekerapannya pun tak menentu. Kadang-kadang setiap setengah. Pernah dulu sejam lebih pun ada. Train rosak.
Bila KTM/Komuter nak sampai ni?
Sampai juga akhirnya

Nasib baik tak ternaik coach Pink yang khas buat golongan wanita dan golongan macam Je Jai (hik3).  Nasib baik komuter Aircond Ok, orang pun tak ramai. Fuhh, perit bila dulu-dulu kije di Subang Jaya balik mengalahkan sardin. Belum campur dengan bau-bau yang cukup menwangikan. Hik3...Almost sejam sampailah juga di Subang Jaya...

P/s ; Sampai subang, nak pi ke lokasi tak sampai 5 km pun kena teksi RM15? Umm, nak buat camne, bayar je la..

February 8, 2011

Bila Keadaan Memaksa

Bila Keadaan Memaksa - Tidur di Lantai Pun Jadi

Gambar diambil ketika pulang dari Kelantan ke KL dengan Keretapi . Ramai yang tak sempat beli tiket/tiket habis + mungkin yang tak sempat pulang kerana banjir yang mengakibatkan beberapa hari perkhidmatan keretapi dibatalkan. Inilah penangannya, ramai yang membeli tiket keretapi on the spot.

Tidur di lantai pun jadi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 13-14 jam. Bila keadaan memaksa, apa pun jadi kan? Mungkin KTM boleh cari alternatif untuk perkara sebegini, win-win situation for both pengguna dan KTM.

P/s : Rancangla perjalanan anda sebelum bercuti/balik kampung. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian ,tiada gunanya.

December 19, 2010

Pengalaman Menaiki Electric Train Service (ETS)

Jalan-jalan dan Percutian ke Ipoh, kami menaiki Eletric Train Service (ETS) dari KL Sentral ke Ipoh.Gara-gara mahu naik ETS, terjahla Ipoh coz tak pernah pergi Ipoh bersama Mak Mertua,Bapa Mertua,adik ipar,anak buah dan kami sekeluarga.

Electric Train Services ETSDSC04260Isteri dan Alisya di Stesen Ipoh dengan ETS
Electric Train Services ETSDSC04232
Kaunter tiket, serba kuning macam Digi la pula
Electric Train Services ETSDSC04233
Antara Destinasi yang ditujui dengan ETS bermula dari Seremban dan berakhir di Ipoh
Electric Train Services ETSDSC04235
Harga Promosi ETS sehingga 28 February 2011 , RM30 sahaja
Electric Train Services ETSDSC04240
Di  dalam Train (agak bersih dan selesa juga)
Electric Train Services ETSDSC04241
Senyum je Alisya, first time naik ETS
Electric Train Services ETSDSC04244
MIL/FIL bersama Alisya dan Anak buahku, Upin
Electric Train Services ETSDSC04246
Harga tiket RM30 dewasa dari KL Sentral ke Ipoh, kanak-kanak RM19
Electric Train Services ETSDSC04251
Skrin TV menayangkan kartun , waktu, stesen berikutnya dan kelajuan keretapi (baguslah)
Electric Train Services ETSDSC04254
Kantin Segera
Electric Train Services ETSDSC04255
Nescafe 3 in 1 , tersangatlah mahal RM2.50 , standard harga naik kapal terbang tu

Perjalanan dari KL Sentral ke Ipoh mengambil masa 2 jam 20 minit, agak selesa, bersih dan memang memuaskan. Better than naik bas or teksi kan? Wah, untungla orang Ipoh.

Constructive feedback pula, harga makanan dan minuman di kantin agak mahal, toilet tak banyak ,rasanya ada 2 je kot.

Tahniah buat KTM, oh bila la agaknya akan ada keretapi dari KL ke Terengganu ya?

P/s : Apa kata anda, baguske ETS ni sebagai salah satu perkhidmatan pengangkutan ke destinasi ditujui?
Related Posts with Thumbnails