Showing posts with label komen bajet 2011. Show all posts
Showing posts with label komen bajet 2011. Show all posts

October 17, 2010

Kakitangan Kerajaan Tak Bersyukur Ke?

Entry Laporan Terkini Pembentangan Bajet 2011 dirujuk. Inilah salah satu komen yang diterima daripada Anonymous :
Anonymous said...


kakitangan kerajaan dh dpt byk dh,pda thun2 sebelum nie..


bgi peluang kt org yg x dapap keja krajaan lak.. asyik bgi kt kakitangan kerajaan ja, habis tu yg kerja swasta lak?? putih mata saja???
dh slogan pn raykat didahulukan, so kna ar bgi kt swasta lak,kami pn rakyat malaysia gak..
ingat kja krajaan saja yg layak ka..
fikir sama nasib org lain.. jgn penting diri sendiri ja..
dh rezeki Allah ta'ala dh tetapkan cmtu.. redha je la... jgn x bersyukur lak. k
assalamualaykum....
Kakitangan Kerajaan tak bersyukur ke? Saya bukan kakitangan kerajaan, saya bekerja di badan berkanun dan Isteri saya kakitangan kerajaan. Apa salahnya kalau kakitangan kerajaan dapat bonus? Adakah bonus bagi kakitangan swasta kerajaan yang tentukan juga?

Entahla, kadang-kadang saya pun sedih juga dengan komen sebegini, i.e. gaji kakitangan awam naik, harga barang naik, yang merana kakitangan swasta juga. Umm, kenapa perlu salahkan kakitangan kerajaan? Mereka pun Insan yang mencari sumber rezeki yang halal.

Isu syukur atau tidak bersyukur adalah antara Manusia dengan Penciptanya. Adakah bila kakitangan swasta tidak mendapat bonus , sudah dikira bersyukur? Tepuk dada,tanya selera, Kakitangan kerajaan pun deserve untuk mendapat faedah dari hasil kerja mereka.

P/s : Saya pernah kerja  Syarikat Perbankan Swasta dan pernah dapat bonus melebihi RM10K  namun bonus itu datangnya dari hasil kerja dan pencapaian syarikat dan bukannya Announcement/Bajet yang diumumkan kerajaan. 
P/s/s : Dimana-mana pun kita bekerja, apa salahnya kalau semua dapat merasa? Semua orang mesti mahukan yang terbaik bagi mereka kan?
Related Posts with Thumbnails