Showing posts with label layan lelaki. Show all posts
Showing posts with label layan lelaki. Show all posts

December 13, 2010

Hanya Tahu Layan Lelaki


Berita di Muka Depan Harian Metro bertarikh 11 Disember 2010 bertajuk " Saya Nak Berubah tapi.....Saya hanya tahu Layan Lelaki "

" Saya hanya tahu layan lelaki. Itu saja pekerjaan yang mampu saya lakukan, "Kata Suzie yang diselamatkan wartawan Harian Metro daripada menjual bayi dikandungnya Rabu lalu. Pelayan pelanggan itu mengaku mahu berubah tapi kelahiran anak memungkinkan dia kembali menjadi GRO" Sumber -Harian Metro-

Saya tidak mahu menyalahkan wanita itu ataupun bagi tazkirah kerana saya sedar diri sendiri juga. Apapun, pandangan peribadi saya, salah satu faktor ramai wanita terlibat gejala sebegini adalah "Kesusahan Mendapat kerja dan gaji yang tidak setimpal di sektor pekerjaan" . 

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, kenaikan gaji yang tidak selari dengan kadar inflasi, ditambahkan semakin sukar mendapatkan pekerjaan menyebabkan ramai mencari jalan mudah/ terdesak.

Semasa belajar di UK, seorang cleaner mampu membeli kereta dan rumah sendiri. Di Malaysia, seorang yang bekerja gaji RM3,000+ ada yang masih belum mampu memiliki rumah dan kereta sendiri.

Oh, gambar di atas bukan gambar sebenar, itu gambar salah seorang Model di KLIMS 2010 yang telah merancakkan dan membuatkan orang ramai lebih teruja untuk ke pameran kereta. Tayang body gadis-gadis jelita, ramai lelaki datang mencuci mata , termasukla saya sendiri. Hik3, at least saya berterus terang + saya bawa isteri sekali ke sini.

P/s : Siapa yang patut dipersalahkan dalam hal sebegini? Easy answer, semestinya lelaki faktor utama , No Demand, No Supply rite?

Related Posts with Thumbnails