Showing posts with label mcdonalds. Show all posts
Showing posts with label mcdonalds. Show all posts

September 30, 2012

Samurai Burger - Wachaaa!

Beberapa hari lepas, wifey mengidam nak makan Samurai Burger, Mc Donalds. So, bawala ke sana :

Samurai Burger - Packaging unik
Samurai Burger - Macam burger bakar pun ada
Sedap ke?
Isteri cakap sedap
Eyriqazz cakap, bolehla tahan. Sedap burger Bakar kaw kaw lagi
Jemput makan
Satu set
Rakan blogger cakap Katsu Curry dia sedap. Umm, tak sempat try

Mc Value Dinner- RM11.15 datu set
Siapa ada double Samurai, tentu Food Blogger ni dah try

P.s : Next week nak pekena Burger KL Drift dan Burger Bini-bini ku Gengster la pula. Baru bukak depan rumah eyriqazz.

February 18, 2012

Mc Donald's Malaysia : Saya Taknak Kena Pukul


It happened again n again..Check out entri sebelum INI

Pengalaman hari ini :

Wtfish..for the past 3-4 attempt to order via Mc Delivery McDonald's ..macam2 alasan dari Jalan Gombak branch i.e. 1) No riders 2) Orders byk... 3)2 jam lagi baru boleh.. etc.. 
what happen to Mc Donald's delivery ya?

Saya nak burger je dihantar ke rumah...TAKNAK KENA PUKUL...


P/s : Yes, Customer is not always rite,...tapi kenapa always tak boleh buat McDelivery?

October 2, 2011

Kelakarlah McDonald's Ni...


Isteri teringin nak makan Cheeseburger Mcdonald's. Malas nak kluar nak belikan so telefon la mc delivery.Dipendekkan cerita :

Mcd : Sorry sir, Mcdelivery untuk tempat anda hanya di Jalan Gombak. Sekarangni takde rider, Kalau nak lagi 2 jam boleh telefon balik utk order?
Eyriqazz : WTFishh? 2 jam? tak boleh cawangan lain ke? Jusco Wangsa Maju, Carrefour or tempat yang terdekat?
Mcd : Maaf, tempat awak Jalan GOmbak je..

Fishh,Fisssh, inikah mesra pengguna namanya? 

Well,well, terpaksalah kuar sat agi belikan Cheeseburger untuk Isteri....Kelakarla McDonald's ni..First time takde rider?Semua rider berhenti mengejutke?

May 8, 2011

Coca Cola Glass Meal | Nak Kumpul Tak ya?

Coca Cola Glass Meal | Nak Kumpul Tak ya?

Tahun ni punya design nampak lagi cantik. Tahun lepas ada la juga kumpul, tapi tak penuh satu koleksi. A few dah ada yang pecah n maybe gelas ni on Collection Item kot, kalau guna panas sangat, mudah pecah.

Umm, Coca Cola Glass Meal deal with McDonalds, nak kumpul tak ya?

April 11, 2011

Saya Kembali Gembira dengan McDonald's Malaysia

Sambungan entry Saya Bengang/Tak Puas Hati dengan McDonalds. Dipendekkan cerita, saya buat aduan kepada Customer Service McDonalds dan beberapa hari lepastu, Manager McDonalds Jalan Gombak telefon, minta maaf. As a token of appreaciation, mereka juga kasi :
4 Set Breakfast pilihan kami/Home delivery
Big Breakfast satu kemestian
Jom Makan..

So, Saya Kembali Gembira dengan McDonald's Malaysia . Tahniah kerana ambil respons positif . Lepasni katanya kalau lambat,suruh saya call dia direct, siap kasi no. handset dia. Haa,camnilah baru mesra pelanggan. Ambil feedback pelanggan dan improve on it. Hopefully, lepasni okla ya. Kalau tak, umm, better saya order Domino or Pizza Hut je.

P/s : Kadang-kadang, kita perlu complaint supaya hak kita didengari. Customer is always rite, kan? So, gunakanlah kuasa pengguna sebaik-baiknya.

March 26, 2011

Saya Bengang/Tak Puas Hati dengan McDonald's Malaysia


Harini di rumah jaga Alisya. Wifey ada meeting di Sekolah. Call/Buat home delivery Mc Donald's. Katanya cawangan Jalan Gombak akan buat penghantaran. Yang bengangnya, order pukul 925 pagi. Pukul 11pagi masih belum sampai. Sudah 1 jam setengah. Dah buat call ke Mcd customer service, tiga kali, kata cawangan Jalan Gombak akan telefon. No call, nothing, and I'm waiting dan marah + lapar...

Umm,inikah cara melayan pelanggan? Tahula ramai tengah redeem kupon RM5 dapat dua ala carte big breakfast, tapi customer lain pun kena jaga juga? Ini bukan kali pertama delivery lambat sampai....Banyak kali dah..E-mailkan ke Mcd langsung tak berbalas..

P/s : Inikah mesra pelanggan namanya?

December 27, 2010

McDonald's Prosperity Burger Kembali

Yiezaa, McDonald's Prosperity Burger kembali. Weekend lepas, shopping di Midvalley, sempatla menyinggah :
McDonald's Prosperity  Beef Burger nampak sedap dan Lazat
Packagingnya menarik
Yummy,yummy, berselera isteri makan
Sayapun apa kurangnya
Alisya pula yang teruja lebih tengok Mama dan Papanya Makan Prosperity Burger
Nyorok,nyorok,ketawa tengok keletah Papa dan Mama makan (hik3,kecil2 dah pandai nyakat Papa dan Mama ya? )

Isteri memang sukakan sangat McDonald's Prosperity Burger. Myself, sukalah juga . Rasa lada hitamnya memang Kaww dan syok. Nyam2, sungguh enak dimakan begitu saja (eh,eh,itu iklan Roti Gardenia laa).

P/s : Amcam, dah try Prosperity Burger? How was it?

August 20, 2010

Betulker Daging McDonalds Tak Halal?


Agak terperanjat bila membaca entry dari Mama Qastalani yang bertajuk " Daging McD tak Halal Pulak" . Saya ni boleh katakan setiap bulan memang akan singgah di Mcd, kalau betul, kenapa tiada hebahan di media massa ya?

Sedikit extract dari entry itu :

"Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku."

Oh, saya tidak mahu menuding jari mengiyakan atau menidakkan sesiapa, hanya sekadar mahu berkongsi dan bertanya pendapat dari anda semua, " Betulke Daging McDonalds tak Halal?"

P/s : Sebelum ini agak keliru dengan Status Hotel Miliki Sijil Halal, sekarang ni terbaca kisah ini. Adussh, memang agak memeranjatkan dan memeningkan bagi kami sekeluarga yang memang jarang berkesempatan untuk masak sendiri di rumah dan tempat-tempat sebegini yang selalu menjadi tumpuan. Pandangan anda dialu-alukan untuk kebaikan bersama.

UPDATED -  Thanks to JARD yang bersusah payah menelefon JAKIM. Dan inilah keputusannya :


P/s 2 : Setuju dengan JARD, hebahan di media perlu bagi memaklumkan kepada semua pengguna agar tidak keliru dan was-was lagi.

July 27, 2010

GCB Burger McDonalds Memang Sedap

Terpengaruh dengan entry GCB Burger McDonalds dari Saudara Bean Moreno , petang Ahad saya mengambil keputusan untuk mencubanya sendiri bersama Isteri selepas kecewa tidak dapat masuk Taman Burung Lake Garden oleh kerana hujan turun dengan lebat. Kecewa, keciwa, gundah gulana. Harap-harap Burger GCB ini tidakla mengecewakan saya lagi. Kalau Indah khabar dari rupa, siap ko bro bean, eden mintak ganti rugi. Hak2, gurau je bro.


Inilah GCB Burger yang dimaksudkan. Nampak Lazatkan?
Nyam-nyam, tak sabar Nak NGap!!

Beli 2 Set Medium .Satu Untuk Isteri, Satu Untuk Saya

Fuhh, sekali cuba, apa yang boleh saya katakan memang Sedap dan terbaik. Lagi best dan sedap jika dibandingkan dengan Prosperity Burger. Rasanya, kalau burger Mcd, yang ni menjadi pilihan nombor satu saya. Seterusnya Fish Fillet dan Big Mac.


Banyaknya G

Check McDonalds website, G ni stand for Great-Tasting Chicken Burger, Grilled Whole Chicken Thigh, Gorgeous Iceberg Lettuce, and Glorious Car-Grilled Sauce. I want to add more, It Taste Good and It really met my expectation " Great Teacher Onizuka"


Ads nya yang menggiurkan hati ramai orang
Harga GCB Burger, A La Carte = RM8, Set Medium Meal = RM11.90 tidak termasuk tax

GCB Burger Mcd memang sedap dan menyelerakan
Rasa sekali kesedapan menawan
Cimon kata tak cukup satu tanya bila saya nak belanja makan
Anytime Bro, Jom terjah eden pun kempunan

Tak cukup itu, siap ada Contest Menarik di Facebook Mcdonalds (What's Your G Contest) dengan hadiah melebihi RM10 ribu. Sayapun akan cuba join Contest ini, manatau kot-kot ada rezeki saya kali ini. Jom joini sekali.

Limited Time only, tak tahulah sampai bila, so jangan lupa terjah!!!. Saya gerenti puas hati.

P/s : Ini bukannya Advertorial ya, ini hanyalah pandangan peribadi. Hik3...

P/s/s : Korang dah pernah try burger ni blom? So, amcam, besttak? 
Related Posts with Thumbnails