Showing posts with label misteri planet marikh. Show all posts
Showing posts with label misteri planet marikh. Show all posts

March 24, 2010

Rupa Bumi Marikh

Teruja bila baca entry Rupa Bumi Marikh di Kosmo, sungguh mempesona seperti gambar di sana :

GAMBAR yang disiarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan imej rupa bumi planet Marikh.

Inilah seperti yang ditulis di Kosmo itu :

WASHINGTON - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) semalam menyiarkan imej beberapa bentuk bumi bergunung-ganang di planet Marikh.

Gambar-gambar itu dihasilkan berdasarkan rakaman kamera Resolusi Tinggi Pengimejan Eksperimen Sains (HiRISE) pada sebuah kapal angkasa penjelajah Marikh miliknya.

Ia turut menunjukkan permukaan Kawah Mojave di bahagian yang dikenali sebagai Xanthe Terra, di tenggara planet itu.
Kawah berkenaan mempunyai keluasan 60 kilometer dan merupakan antara kawah paling baru di Marikh

Pandangan Peribadi Ku :

Indah sungguh ciptaan Tuhan, sejuk mata memandang dan begitu cantik gambar itu. Nampak macam pergunungan salji pun ada. Dapat berski di sana tentu seronokkan? Kalau dapat bercuti tentu pengalaman yang tersangat mengujakan. Oh, Planet Marikh, cantik mata memandang, begitu agung Ciptaan Tuhan .
 
P/s :Apa pula pandangan anda?Cantiktak gambar Rupa Bumi Planet Marikh itu?
Related Posts with Thumbnails