Showing posts with label nuffnang footprints. Show all posts
Showing posts with label nuffnang footprints. Show all posts

August 24, 2010

Ada Apa Dengan Nuffnang Footprints


Ada Apa Dengan
Nuffnang Footprints?

Cool....Eyriqazz Tumpang Lalu

Dushh, tengoklah Kerja
Darkbatman, Siap kasi Reward RM1 Juta untuk tangkap Eden...Hik3...

P/s : Nuffnang Footprints masih ada yang kosong. Jadi cepat-cepat hantar gambar, hasil seni atau apa-apa aje hasil kreatif anda untuk diabadikan di Nuffnang Footprints sebelum ianya penuh. Nanti bila anda singgah di Nuffnang, tentu teruja bila gambar anda ada di sana kan?

Pesanan ini dibawakan khas Oleh Staff Baru Nuffnang. Hik3...

P/s/s : Eyriqazz Ada Kembar? Dushh, siapa yang mahu menghangitkan dan gosipkan eden ni...Hik3...

May 17, 2010

Pengalaman Saya Bersama Coffee With Nuffies

Salam dari Eyriqazz,

Hari Jumaat yang lepas saya mengambil cuti half day untuk menghadiri Coffee With Nuffies. Pengalaman yang begitu menarik,menyeronokkan dan teruja. Ini adalah sambungan entry My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies . Jadi ,kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana. Inilah serba sedikit ringkasan pengalaman saya di sana :

Nuffnang Footprints ( Anda dah hantar blom? Byk lagi ruangan kosong menanti!!)

5 orang bloggers dijemput semasa sesi ini. Namun, seorang tidak hadir, jadi apa lagi, saya pun jemput rakan blogger saya yang mantap dalam bidang finance ni  selepas minta kebenaran dari Robb Chew :


Mat Joe. Sesi ini turut dihadiri JackieLoi , Diese dan Joshuatly

Selepas di beri Minum Kopi yang sedap dari Nuffies, kami pun dibawa bersiar-siar sekitar pejabat Nuffnang. Aku memang kagum , staff tak sampai 30 orang tapi boleh handle projek jutaan ringgit setahun dan berpuluh-puluh ribu bloggers di bawahnya. Jom terjah ofis Nuffnang pula :

Rasanya mesti Pemilik Nuffnang ni sukakan pasukan Belanda, sebabtu la serba oren. Hik3...Team Orange yang happening....

View mengadap Menara KL begitu menarik pemandangan
Siap ada tempat untuk tidur atau baring-baring untuk pekerja sekiranya penat (Credit Picture to Submerryn). Terlupa nak snap gambar.
Kalau bosan boleh Main Games

Fuhh, I wish Opis saya camni. Boleh lepak sekejap kalau kepenatan, time lunch pun jadilah. Siap boleh tengok tv, main games, memang santai. Tengok suasana Nuffnang, teringat macam tempat kerja di Google. Nak buat apa buatlah ,asalkan kerja jalan dan siap. Dushh, besttnya...

Selepas dah puas jalan-jalan , tunggulah masa yang dinanti-nantikan :

Sesi Soal Jawab dan Beramah Mesra bersama Featured Nuffies iaitu Sara (Dialah yang incharge bahagian letak Ads di blog korang) dan turut dihadiri Robb dan Xin Xian

Memang meriah sesi ni, Nuffnangers tanya je apa soalan, Nuffies akan jawab. Apa yang saya dapat dari sesi ini ? Umm,bolehla tengok gambar ini lebih kurang :

Apa yang saya dapat di Sesi Ini

Banyak ilmu baru dan informasi yang dikongsikan oleh Nuffies seperti camne Nuffnang pilih blog untuk kasi Buffered Earning dan Advertorial Jobs, Trafik yang dilihat oleh Nuffnang, fraud klik, Mana yang Nuffies pentingkan antara Unique visitors vs Pageview Visitors, dan banyak lagi? Nak tahu ? Kenalah vote saya di sini dulu, nanti dah cukup 100 orang vote, saya revealkan satu persatu. Vote dan Klik Like di SINI

Action is better than word kan ? Jadi, dari sesi itu saya mendapat Inspirasi yang begitu berguna yang telah membantu meningkatkan visitors ke blog saya. Memang tak sia-sia pergi Coffee With Nuffies ni. Inspirasi itu saya olahkan di entry dan inilah hasilnya :

First time di hari itu juga Uniques visitors mencecah 3,000+ sehari dan hampir 10 ribu seminggu

Pertama Kali juga di Hari Weekend hampir 100 orang di blog saya di satu masa

Ehh, saya tak kedekut apa yang saya dapat di sana. Saya capai target saya dengan bantuan anda, saya kongsikan kesemuanya. Apapun, saya kongsikan sedikit dulu .Lebih lanjut akan saya kongsikan lagi bila vote saya sudah cecah 100.Hak3, giler glamour betul. Kalau tak cecah juga, takpe, saya tetap akan revealkan perlahan-lahan. Jadi, kalau nak saya revealkan cepat semua rahsia tu, faham-fahamla. Kalau setiap seorang visitors blog saya mengundi dan vote, rasanya 100 tu bukan perkara yang susah. Register, Log In, dan tekan Like. Hendak atau tidak saja.

Ok, inilah serba sedikit yang mahu saya kongsikan dulu :

1) Project Alpha Contest hadiah harian, anda hanya layak menang sekali saja. 5 pemenang setiap hari tu. Jadi, cam eyriqazz yang dah menang ni takde can nak menang lagi. Jadi, kepada yang belum Menang lagi, bolehla join Contest tu sambil-sambil vote eyriqazz sekali. Hadiah nya menarik juga.

2) Youthsays adalah Competitor Nuffnang. Jadi, anda mungkin akan kehilangan status Gliterati anda sekiranya letak Ads dari Youthsays.

3) Semua staff di Nuffnang rajin-rajin semua untuk kepentingan bloggers. Most of them balik ofis pukul 8-9 malam namun mereka stay up kerana mereka happy dan bukannya dipaksa. Mereka diberi kebebasan untuk pulang lebih awal. Wah,seronoknyaaa... Nak juga...

4)Klik-Klik Nuffnang. Berkongsi informasi, Nuffnang tahu sesiapa yang buat fraud Klik dan mereka juga tahu jika anda sendiri klik Ads di Blog anda. Pernah ada satu bloggers yang punya 30 blog copy paste di ban oleh Nuffnang. Pukul 12 malam , dia buka semua blog dia dan klik semua Ads yang kluar hari-hari.

5) Tips Mendapat Buffered Earning dan Camne Nuffnang kasi Buffered Earning kat blog anda. Ummm, tunggguu....Cukup 100 Vote saya kasitau..Hik3....Takpun bila tarikh vote ditutup  iaitu 6 June 2010 saya blom achieve 100 vote,  saya akan revealkan juga. Hik3, mahu cepat atau lambat?

Last but Not least, bergambar bersama :

Nuffies dan Nuffnangers yang Hadir

Coffee With Nuffies mengujakan hati
Saya suka saya rasa nak pergi lagi
Sayang seribu  sayang sekali
Peluang hanya sekali yang diberi

P/s : Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sesi Coffee With Nuffies lain kali. Memang puas hati. Sebulan sekali ianya diadakan.

P/s/s : Nuffnangers, rasa teruja tak nak pi Sesi Ini ?
Related Posts with Thumbnails