Showing posts with label phreak-id. Show all posts
Showing posts with label phreak-id. Show all posts

April 13, 2011

Apa Yang Menarik Tentang Air Asia


Entry kali ini berkisar tentang Air Asia. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang jelas menghasilkan satu fenomena dalam dunia penerbangan komersial. Kenapa phreak-id katakan ianya fenomena? Kalau dulu, bila kita sebut je nak ke luar negara. Semua orang akan mengeluh. "Mahal lah nak beli tiket kapal terbang nanti". Tapi sekarang, "orang Jitra nak mai KL pun nak naik flight. Sebab murah cheq oi!!"

Air Asia ditubuhkan pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996. Walaupun syarikat ini mengalami kerugian pada peringkat awalnya, tetapi tuah syarikat tersebut jelas berubah setelah ianya dibeli oleh Tony Fernandes (kini Datuk Seri Tony Fernandes) pada harga Rm1 pada 2 Disember 2001. Kalau di imbas kembali, situasi tersebut menjadi isu panas dan bahan jenaka hampir semua media, kalangan menteri dan orang awam. Tetapi, di bawah Datuk Seri Tony Fernandes, Air Asia jelas mengalami satu proses transformasi yang terlalu berjaya sekaligus kini menjadi satu jenama yang bukan sahaja terkenal di rantau Asia, bahkan di seluruh dunia.

Apakah faktor-faktor kejayaan Air Asia? 
Pada pendapat phreak-id, Air Asia di uruskan dengan bijak oleh individu bijak yang disokong oleh strategi pemasaran yang terbaik. Kalau tidak masakan Syarikat yang dahulunya mengalami kerugian ini mampu berubah menjadi Syarikat unggul dan contoh kepada Syarikat-Syarikat penerbangan yang lain?

Apakah strategi pemasaran yang dimaksudkan?


Kalau dilihat dari promosi-promosi yang diwujudkan, ternyata Air Asia sememangnya "bullish and optimistic" seperti yang Datuk Seri Tony Fernandes war-war kan. Tapi apakah servis yang diberikan setaraf dengan apa yang dibayar?


"YA!"


Walaupun terdapat perbezaan yang ketara antara harga yang ditawarkan oleh Air Asia dengan syarikat penerbangan lain, tetapi servis yang diberikan hanya berbeza sedikit sahaja dan tidak terlalu keterlaluan kekurangannya. Ramai pengguna mengutarakan masalah logistic di LCCT yang penumpang perlu bergerak jauh untuk ke Kapal Terbang, tetapi pengguna juga haruslah lebih realistik dengan servis yang diberikan kerana ianya berpadanan dengan harga yang dibayar.


Kalau bercakap mengenai pengalaman, phreak-id belum pernah menaiki syarikat penerbangan lain, maka tidak adil lah kalau phreak-id cuba membandingkannya. Pernah suatu ketika dahulu ketika menghadiri kursus di Jitra, Kedah, phreak-id berbual dengan Flight Attendant mereka, bagi phreak-id, mereka bukan sahaja cantik tetapi juga peramah dan bersedia untuk membantu penumpang.


Walau bagaimanapun, pada pendapat phreak-id, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan lebih-lebih lagi dari sudut pengiklanan yang kadang kalanya agak mengelirukan. Selain itu, amat wajar kalau Air Asia menekankan para stafnya agar menjaga tingkahlaku ketika di waktu berkerja selain selain melarang isu kerja dibincangkan di luar waktu bekerja atau mempamerkan gambar-gambar kurang sopan ketika memakai uniform. Ini telah dipraktikkan oleh Singapore Airlines dan ianya amat penting dalam menjaga imej syarikat berkenaan.


Selain itu, sedikit cadangan buat Air Asia, pengiklanan melalui media elektronik perlu diperbanyakkan lagi bahkan ianya lebih praktikal pada zaman sekarang ni. Bukan untuk menafikan kelebihan untuk beriklan di media cetak, tapi bayangkan seorang pengguna yang terbaca mengenai iklan-iklan tersebut ketika membaca iklan di akhbar (seperti promosi Buy 1 Free 1 pada 1 April lepas), pengguna bagaimanapun tak mungkin dapat terus masuk ke laman web untuk membuat tempahan pada waktu tersebut. Tetapi sekiranya pengguna tersebut terpandang iklan ketika online, secara tak langsung, hanya dengan satu klik sahaja, terus membawa pengguna ke laman web untuk tempahan.

phreak-id : Iklankan kat blog-blog macam phreak-id.com la.  :p

Tentang Penulis : Phreak-ID , seorang Papa blogger yang semakin aktif berblogging selepas berjaya dipujuk oleh sifunya : Bean Moreno . Penulisan yang semakin matang dan pelbagai, dari isu semasa dan juga personal. In Person, seorang yang sangat Cool dan seronok berborak .

Juga telah dilantik sebagai Duta tak rasmi Produk Jus Mate dari Dr. Rozmey bersama kembar tak seirasnya, CheArmster

January 17, 2011

Dr. Rozmey pun Hantar Team untuk The Maxis Om Nom Nom Race?


Khabar-khabar angin dari si Gosip Sensasi mengatakan inilah Team yang telah dihantar oleh Dr. Rozmey untuk Maxis Om Nom Nom Race. Budget telah diberikan sebanyak RM5 ribu bagi team ini bagi membolehkan team ini beraksi dan membawa pulang Tiket Perlancongan bertaraf 5 bintang ke Hong Kong namun sayang ianya telah digunakan untuk belanja rakan-rakan bloggers untuk berkaraoke.

To cut the story short, mereka tewas juga hanya dengan ketinggalan 1 mata dari tempat kedua. Memperkenalkan, The New Dr. Rozmey Apprentice @ Che Armster dan Phreak-ID yang kini sedang giat berlatif karaoke bagi melayakkan ke AF 9 pula. Kita saksikan kemunculan mereka nanti, yang pasti undi SMS sudah pasti menjadi milik mereka dengan tajaan Dr. Rozmey bagi memastikan at least satu namanya muncul dengan gemilang di persada hiburan tanah air.

Hik3, gurau je, semua diatas adalah rekaan semata-mata. Saje mahu menyakat Team "Yang Gempak " ini. Anyway, more pictures on Maxis Om Nom Nom Race bolehla terjah SINI

*** Ehem-ehem, agak-agak kalaula diorang menang tempat pertama dan keempat-empat pergi ke Hong Kong, apa yang bakal jadi ya? 
Related Posts with Thumbnails