Showing posts with label pulau langkawi. Show all posts
Showing posts with label pulau langkawi. Show all posts

June 28, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | Shopping Coklat di Kuah

Sambungan kisah Percutian di Pulau Langkawi, kalau pergi langkawi tak sah kalau tak :
Photobucket
Shopping Coklat di Kuah kan?

Dah nama pun kawasan bebas cukai dan coklat salah satu barangan yang dikecualikan cukai selain daripada rokok, batik dan apa lagi ya. Banyak pilihan untuk bershopping coklat di Kuah ni, antaranya :

Photobucket
Pasaraya Onestop
Photobucket
Zeno Shopping Centre
Photobucket
Coco Valley

Namun, rasanya, antara banyak-banyak, tempat yang menawarkan harga yang paling berpatutan/murah adalah di :
Photobucket
Haji Ismail Group Sdn Bhd

Perbezaan untuk sesetengah coklat ada berbeza dalam RM1-2 .Tapi, most of coklat yang popular dan famous , sinilah tempat yang paling murah. Inipun tahu coz Kak Ina KL yang cakap dan pergi check balik.

Sempat ambil gambar curi-curi di kedai ni. Eden ni hantu coklat juga, tengok susunan kedainya rasa macam mahu buka satu kedai Coklat pula .

Photobucket
Nyam, nyam sedap
Photobucket
Yang Mana Satu, Pilihan Kalbu?
Photobucket
Pilih, jangan tak pilih

Akhirnya, kami sekeluarga shopping lebih kurang RM200+ untuk coklat sahaja. Itu belum campur dengan adik ipar dan mak mertua. Hik3, ada lagi dalam peti sejuk tu, time tension skit, bolehla makan, ada orang cakap, coklat boleh meredakan tension dan menaikkan mood. Ehem,ehemm....

"Coklat mengandungi anti-oksida iaitu dikenali sebagai flavonoids. Anti-oksida diperlukan oleh badan kita untuk melindungi badan kita daripada penuaan yang cepat yang disebabkan oleh radikal bebas seperti asap rokok yang boleh merosakkan sel kita di samping boleh meningkatkan penyakit barah."

Sumber : Utusan Malaysia

P/s : Tak puas pergi Pulau Langkawi, 4 hari 3 malam .Rasa tak puas byk tempat tak sempat dilawati. Pergi pula time cuti sekolah, ramai sangat orang.

P/s/s : Dalam banyak-banyak coklat, coklat apa yang paling anda gemari? Saya paling suka Kit Kat, Daim , Ferrero Rocher dan byk lagi.

June 21, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | The Resort

Salam weekend dari Eyriqazz,


Sambung kembali kisah Percutian di Pulau Langkawi. Inilah gambar-gambar dan sedikit informasi berkenaan Resort yang kami menginap sepanjang 4 hari 3 malam di sana :



Isteri, Alisya and The Gang

Pemandangan dari Depan
Bilik-Bilik di Resort

Pemandangan dari Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Beranda Bilik Mengadap Swimming Pool

Juga Pantai Cenang yang Cantik
Tengah hujan pun anak buahku pergi mandi Swimming Pool
Bilik Anak Buah (Bilik Sendiri kena Censored skit...hik3)
Ruang Tamu
Dining Hall
Main Ruang Tamu

Alhamdulillah, Mak Mertua dan Bapa Saudara berpuas hati dengan resort syarikatku. Inilah yang saya mampu dengan kadar yang berpatutan ditawarkan syarikat. Itupun setahun je sekali kalau mahu pergi resort ni di Langkawi dan kena masuk ballot. Kalau ballot keluar nama, dapatla...

Sedikit Informasi pasal resort ni :

1) Terletak di Pantai Cenang, Pulau Langkawi
2) Untuk satu rumah yang saya ambil ini, ada 4 bilik dan setiap bilik ada TV dan bilik air sendiri. Kosnya? Cuba la teka ...
3) Salah satu resort tercantik milik syarikat saya bekerja

P/s :Amcam, cantik tak resort ini?

P/s/s : Jom join Contest ini Sekali : IPAD Bernilai RM2,500 untuk dimenangi . Sharing is Caring, rite?

June 15, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | Pengalaman Menaiki Feri Coral Island

Salam dari Eyriqazz,

Update pasal Percutian di Pulau Langkawi lagi. Kalini nak berkongsi gambar ketika menaiki feri Coral Island dari Kuala Perlis ke Jeti Pulau Langkawi.

pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Seronoknya Alisya bersama Mama dan Mamatok
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Upin and the Gang di dalam Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Pemandangan di dalam Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Pemandangan Luar
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Gaya Baru Terlepas ke Ni ? Hak3,kutuk diri sendiri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Feri-Feri
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Geng-Geng Pink (termasuk diri sendiri yang kena paksa rela)
pulau langkawi,coral island,feri pulau langkawi
Coral Island Feri Yang Kami Naiki

Sedikit Informasi :
1) Pengalaman menaiki feri ke Pulau Langkawi lagi best dari naik kapal terbang. Tapi rekomen naik dari Kuala Perlis kerana 45 minit saja.Kalau dari Pulau Pinang rasanya dalam 2 jam lebih dah boleh mabuk laut.
2)Pemandangan ketika menaiki feri begitu menyeronokkan dengan scenery yang menarik, pulau-pulau dan air.
3) Tiada limit beg tapi kena angkut sendiri la .hik2..

Coral Island kami naiki
Pengalaman menarik dan teruja hati
Pulau Langkawi santai dan menenangkan diri
Memang sesuai untuk seisi keluarga datang ke sini

June 14, 2010

Percutian di Pulau Langkawi | The Crewz

Sempat updatekan yang ni jer dulu :

percutian,pulau langkawi,percutian di pulau langkawi
Percutian di Pulau Langkawi | Eyriqazz Bersama Crewz Member Yang Lain

Percutian kali ini agak meriah sedikit kerana disertai kami sekeluarga, bapa dan ibu mertua, adik ipar, anak buah isteri dan Bapa Saudara satu keluarga. Gambar diambil ketika di jeti feri Kuah, Pulau Langkawi. Kami naik feri dari Kuala Perlis perjalanan yang mengambil masa 45 minit. Sedikit informasi :

1)Harga tiket untuk dewasa RM18 seorang
2) Parking kereta di jeti Kuala Perlis, RM10 sehari.
3) Menyewa van Pregio RM250 sehari (harga cuti sekolah). Kalau van ini ok sampai abis percutian, akan saya rekemenkan syarikat ini.

Pulau Langkawi seronoknya hati
Bercuti beramai-ramai memeriahkan lagi
Ingin shopping dan jalan-jalan sepuas hati
Hilangkan stress dan menyantaikan diri ini

Pekena Ikan Bakar di Malam Pertama | Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Salam dari Pulau Langkawi,

Malam Pertama, malas nak jalan jauh-jauh, kamipun pergi mencari tempat makan di sekitar Pantai Cenang saja. Kalau singgah Pulau Langkawi tak sah kalau tak pekena Ikan Bakar.

Ikan Bakar
Ikan Bakar, Pekena Dengan Asam Memang Terangkat
Ikan Siakap Tiga Rasa
Ikan Siakap Tiga Rasa
Segar-segar Ikan
Segar-Segar Ikannya
Ikan tengah dibakar
Bakar Jangan Tak Bakar
DifiQa Pantai Cenang, Pulau Langkawi
Di Restoran DiFiQa , Pantai Cenang, Pulau Langkawi

Boleh tahan juga, 2 ekor ikan, lauk tomyam 2 jenis dan telur dadar dengan air 10 gelas jumlahnya baru RM100. Tidak la mahal mana kan? Rasanya pun boleh tahan dan sedap juga. Ada masa bolehla singgah lagi lain kali.

pantai cenang,pulau langkawi,percutian di pulau langkawi,ikan bakar
Pemandangan di Pantai Cenang Waktu Malam

June 13, 2010

Yey, Resortku di Pulau Langkawi Ada Kemudahan Wifi

Yey, happynya...Di sini ada wifi walaupun agak perlahan..At least blehla surf internet juga bila ada kelapangan...Best juga naik Feri dari Kuala Perlis..Parkingnya pun tak mahal..RM10 je sehari...

Ada masa saya updatekan kisah percutian ini...

P/s : Lebih gembira coz wifi ini much more better than Celcom Broadband...Nekad balik bercuti nanti akan cancelkan Celcom Broadband..Frust menonggeng......

P/s/s :Bukan main happy Alisya dapat mandi di Swimming Pool pertama kali...

June 12, 2010

Panggilan Pulau Langkawi

Pulau Langkawi
Panggilan Pulau Langkawi , Here We Come

Kami sekeluarga akan bercuti ke Pulau Langkawi, akan bertolak ke Kedah hari ini dan bercuti di Pulau Langkawi sehingga 16 June 2010. Jadi, mungkin tak update blog sepanjang bercuti ini atau kalau berkesempatan entry auto publish.

Yey, hari dinanti telah tiba untuk merehatkan minda, fikiran, dan emosi. Hik3,semoga semuanya berjalan lancar.

P/s : Apa yang best di Pulau Langkawi ya?
Related Posts with Thumbnails