Showing posts with label restaurant review. Show all posts
Showing posts with label restaurant review. Show all posts

November 9, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan - Cinnamon Box, KL Festival City

2 tiga hari lepas, pergi dinner di satu restoran baru, Cinnamon Box, KL Festival City. Mak mertua teringin nak makan kat sini :

Sirap Selasih dan Ice Lemon Tea. Ambil set pakej
Nasi Pandan Sambal Udang, RM8.90 (termasuk air satu gelas)

Boleh tahan juga nasi pandan ni. Berselera Alisya dan eyriqazz makan. Memang puas hati, sedap dan meet my expectation.

Oh Som. Oh Sem..Yup, Azim n Papa memang ensem

Mee Kari untuk Mak Mertua. Serius voila dan nampak menggiurkan

Isteri order Mee Sup (tiada dalam gambar), bapa mertua order Nasi Pandan Ayam Rendang. Sedap juga kata diorang.

Cucur Ikan Bilis. Sedap,sedap...RM7.90
Antara menu yang paling sedap di sini, Pisang Karamel with Ice Cream ,Rm6.90

Tak cukup satu, order dua. Memang terbaik. Isteri siap ajak nak singgah lagi lepas ni. Makcik goyang pun dah excited nak tahu kat mana kitorang order. Bolehla datang dan belanja kami ya? 5 mins je dari rumah eyriqazz.

Suasana Santai. Kat Luar Restoran
Suasana di dalam. Lokasinya yang agak tersorok, no wonder dah terjah dekat 10 kali shopping complex ni, tak pernah terjah
5 orang makan, RM66.20. Berbaloi-baloi..Plus, takde service charge
Cinnamon Box, KL Festival City
Antara menu-menu menarik di sini
Cinnamon Box
Lot G-20 & AG-20, Ground Floor
KL Festival City
Taman Danau Kota, Setapak.
Tel no : 03-41317289

October 14, 2012

Restoran Marina Seafood, Johor Bahru

Semasa bercuti di Legoland Malaysia, malam itu kami dibelanja makan oleh pihak Maybank di Restoran Marina Seafood, Johor Bahru.Sampai-sampai, nampak akuarium di luar restoran tersebut :


Udang Kara? Perghh, Giler best kalau dapat makan Lobster ni

Mr Crab. Papa, jangan la makan Mr Crab

Around 10 minit, sampailah makanan :


Seafood Sup. Ehh, ni bukan Sup Sirip tau
Being a blogger, perkara pertama sebelum makan adalah Snap gambar
Satu meja dengan Nanirostam dan Sue Anna Joe
Sayur. Eyriqazz suka mushroom dia.Sedap
Sotong Masak Cili. Boleh tahan juga
Roasted Duck. Umm, tak kena dengan selera eyriqazz. First time makan Itik
Udang. Boleh tahan juga
Dancing fish
Jemput makan
Air Chinese Tea dengan F&N. Nak je request Teh tarik tapi seganla pulak, orang belanja nak demand lebih-lebih kan?

Ketam goreng, voila my favourite

Overall, pendapat peribadi eyriqazz, rasa makanan di sini, bolehlah tahan, just average. Eyriqazz kasi rating 7/10. Harganya tak pastila pula, orang belanja, so tak sempatla tengok bilnya. Untuk desertnya, satu keunikan :


Air Durian Belanda. Mula-mula wifey sangkakan Jus Kelapa Muda
Restoran Marina Seafood, Johor Bahru

September 30, 2012

Pha-Pha Garden Taman Melawati - Makan Malam Yang Mengecewakan

2nd time singgah di Pha-Pha Garden, Taman Melawati ini. Pengalaman pertama sebelum ini, tidak mengecewakan. Sedap dan kena dengan citarasa. Malam ini, singgah lagi coz ingin mencuba dan mengidam nak makan ikan bakar. Nak pi jauh-jauh, tak sempat pula. 


Tomyam Ayam - Sedap
Suka dengan cara dia masak. Voila, panas-panas lagi

Tanya-tanya tentang ikan bakar. Yang ada malam ini, Ikan siakap ngan kembung je. Orderla siakap, lebih kurang setengah jam , sampai :


Ikan Siakap Bakar  - RM38

Masa sampai memang terkejut coz kosong je. Tanya dia takde kuah kat atas ke? Yang pedas-pedas tu. Then dia bawakan sos thai. Umm, lain diminta lain yang diberi. Mungkin memang camni cara masakan Ikan Bakar di restoran ini.

Tryje secubit dua, WTFisshhh... Honestly, ini pengalaman ikan bakar yang paling mengewakan. Rasa ikannya yang macam kurang masak dan tiada rasa. Kosong, just rasa ikan. Cam tak berbaloi saya bayar RM38 untuk ikan siakap bersaiz sederhana. Serius agak kecewa. Makan je la lauk-lauk yang lain.

Total harga termasuk 2 jenis lauk dan 3 jenis air RM60. Fuhh, terbang my 2 weeks lunch.


Macam-macam hidangan bakar

Harga dan rasanya serius buat saya terbakar

Sorry, my rating this 2nd time, 4/10. Kerana ikan bakar tersebut, spoil mood makan malam hari ini. Keluar dengan muka yang kecewa dan "terbakar"

August 8, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo : Penangan Jus Poligami

Weekend lepas, berbuka Puasa di Restoran Wong Solo lagi. Kali kedua tahun ini. Alang-alang temankan Isteri shopping Tudung D'Haja dan beberapa tudung pilihannya sempena raya yang bakal menjelma nanti. Inilah juadah berbuka puasa kali ini :

My favourite : Ayam Penyet,Complete satu Set
Ikan Keli Penyet. Rangup
Tambah buah-buahan la pula kali ini. Menyegarkan
Dapat juga pekena Jus Poligami. Tertunailah hasrat di hati. Sangat sedap
Penangan Jus Poligami. Isteri dah mula menjeling.
"Papa berani ke? " Hik3, mungkin itu yang cuba diperkatakan
Jemput makan. Jangan malu-malu
Sentiasa penuh. This time booking pukul 4 petang pun almost dpt seat kat luar
Muka tak puas hati Suami order Jus Poligami
Nadot kata, nanti nak orderkan untuk suaminya sekali.
Abang Ensem pula, terus nak terjah nak order Jus ini saja
Total , RM53.40. Puas hati,gembira hati

Penangan Jus Poligami Isteri menjeling tak henti-henti
Rasanya sedap enak sekali
Agak-agak beranikah golongan Isteri mencuba menu ini?

July 31, 2012

Juadah Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo, Shah Alam

Pucuk dicita, ulam mendatang.Weekend lepas dapat juga berbuka puasa di Restoran Wong Solo,Shah Alam. Inilah antara Juadah berbuka puasa yang menjadi pilihan kami :

Set Ayam Kampung Bakar, RM10.90 menjadi pilihan Isteri

Feedback Isteri, memang sedap dan menepati citarasa. 

Set Ayam Penyet, RM10.90

Voila. Indah khabar, Indah rupa. Salah satu tempat favourite bagi Eyriqazz untuk menjamu selera pekena Ayam Penyet.

Sotong Goreng Tepung, RM13.90.
Sedap dan menyelerakan
Sup Ayam, Rm8.50
One of the best sup ayam I ever taste
Air Buah Mangga, RM6.00 (Sangat slurrpyyy...)
Air Sirap RM2. Enough said, tambah lagi 2 air sirap utk both of us
Kalau nak berbuka di sini, make sure booking awal. Around 6pm+ biasanya table dah penuh
Serius penuh dan menjadi tumpuan Restoran Wong Solo ini
Alisya pun happy Papanya belikan Ipin. Terbang RM30 
Tempat bersila pun turut disediakan. Plan nak booking yang tu, dah penuh pula
Action speak for itself. Licin dan tinggal tulang. Hik3..
Total = Rm63.90. Puas hati

Overall, ini Juadah berbuka puasa paling memuaskan hati sepanjang berbuka tahun ini. Tak kena ketuk, harganya pun berpatutan.

Tengoklah, nak bayar sudah makan pun queue panjang. Meriah
Sempatlah ambil business card, dah ada nombor baru rupanya
Restoran Wong Solo Shah Alam
No. 8G & 10G, Jalan Plumbum P7/P Seksyen 7
Shah Alam (Belakang Jakel dan on the way nak ke I-City kalau dari KL)
No. telefon : 03-55232894

Juadah Berbuka Puasa di Restoran Wong Solo Shah Alam enak sekali
Harga berpatutan kena dengan selera kami
Sudah pasti akan singgah lagi
Untuk mencuba Jus Poligami
Related Posts with Thumbnails