Showing posts with label rosyam nor. Show all posts
Showing posts with label rosyam nor. Show all posts

October 15, 2010

Projek Terbaru Rosyam Nor, Eyriqazz dan ........

Projek Terbaru Rosyam Nor, Eyriqazz dan ........
Mampukah Eyriqazz mengegarkan persada Hiburan tanah air? hak3...

Agak-agak Projek apa yang dimaksudkan ini , Adakah  :

1)Ianya ada kaitan dengan Panggilan Hangat yang Eyriqazz terima ?

2) Keputusan untuk Memilih Tukar Tajuk Pilih Kasih ?

3) Ditawarkan watak " Pak Guard" untuk drama/filem terbaru Rosyam Nor?

4) Kebetulan je jumpa pastu ambil gambar...Buat suspen?

Hik3, biarlah ianya menjadi tanda tanya dulu, kan cerita awal-awal, habukpun takde, tak guna juga kan? Apapun, first time jumpa Rosyam Nor face to face, memang best layan borak ngan dia. Memang friendly,tak sombong, talkative, rasa macam borak ngan member lama je.

Thanks to Mr. X yang bawa saya berjumpa Rosyam Nor untuk Projek terbaru Rosyam Nor, Eyriqazz, dan ...... Hik3, nak jugak tumpang nama..

P/s : Plan nak bodek Rosyam Nor supaya saya dapat menunaikan hasrat si Isteri yang sudah lama mahu berjumpa dengan Fauziah Latiff (peminat setia Fauziah Latiff ) . Wish me Luck...

July 19, 2010

Kenapa Lelaki Awet Muda?

Kenapa Lelaki Awet Muda ya jika dibandingkan wanita? Kalau di Malaysia, saya rasa antara lelaki yang saya rasakan Awet Muda adalah :

Rosyam Nor | Still Kacak dan nampak Muda walaupun umur dah 40+
Apa rahsia yang ada pada lelaki ya? Jom terjah apa rahsia disebalik lelaki yang nampak awet muda cam saya . Hak3, umur sebenar saya sudah xx tapi dah ada yang panggil Uncle,hik3...
Rahsianya adalah : Lelaki lebih awet muda kerana mereka mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding wanita. Kulit wanita yang lebih nipis menyebabkannya mudah berkedut dan cepat kelihatan tua. Selain itu, darah lelaki juga dikatakan lebih pekat dan ini bermakna kandungan oksigen juga lebih tinggi. Selain itu, faktor tenaga yang lebih besar berbanding wanita.
Sumber : Majalah Keluarga Harmoni
Oh, no Wonder ramai yang cakap, Men's Life Begin at 40!!. Hik3, tak kisahlah, yang penting kasih sayang dalam rumahtangga kan?
P/s : Jangan sia-siakan usia muda anda.
P/s/s : Adakah pasangan yang lebih muda menjadi pilihan anda?

May 27, 2010

Gelora Di Hati Sara Episode 3


Gelora Di Hati Sara Episode 3

Gara-gara mencari Peti Sejuk untuk pindah rumah nanti, sampai rumah pukul 10 malam dan sempat layan separuh saja cerita ini. Agak sedih episod kali ini, rasanya Sara dilanggar dan dimasukkan ke hospital :


Sedih dan menitik air mata Sara (Fauziah Latiff bila diberitahu dia tidak boleh beranak kerana rahimnya sudah rosak)

Sara meminta Asrul (Rosyam Nor) supaya tidak menceraikan Tengku Marina dan akhirnya Asrul akur dan membawa Marina pulang ke rumahnya. Begitu sedih episod kali ini, hampir menitik air mataku. Dushh, ini Isteri punya penanganlah.

Kalau nak tengok online. bolehla layan di Drama Sensasi . Ini episod-episod sebelum ini :




Salah satu drama yang mesti di tontoni untuk pasangan yang sudah berkeluarga atau belum. Memang mantap, rasanya kalau ditayangkan di TV3, pasti mendapat sambutan sehebat Nur Kasih ataupun Adamaya.

May 19, 2010

Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1

Weekend lepas berkesempatan menonton Drama GeloRa di Hati Sara 2 , Episod 1 yang ditayangkan pada setiap hari Rabu , pukul 930 malam. Lakonan mantap Rosyam Nor dan Fauziah Latiff , pelakon kegemaran saya dan Isteri.


Suka dengan Lakonan Fauziah Latiff
Rosyam Nor hebat seperti selalu
 
Rasa kurang berpuas hati sikit apabila cerita bermula dengan agak sedih. Sara (Fauziah Latiff) memfailkan permohonan cerai buat suami tersayang, Asrul ( Rosyam Nor). Sedih melihat wajah sedih Sara dan part Asrul marah-marahkan Sara apabila dia diserbu wartawan atas kes perceraiannya.

Harap-harap Episod 2 malam ini lebih mengujakan dan menggembirakan .Serba sedikit sinopsis cerita ini yang dipetik dari Budiey.com :

"Mengekalkan gandingan pelakon handalan Rosyam Nor bersama penyanyi bersuara gemersik Fauziah Latiff dibantu Watie Sadali, Dato’ Rahim Razali, Aida Radzwil selain Norman Hakim drama 26 episod ini berkembang dengan lebih konflik yang lebih merumitkan lagi apabila watak Sara berkeras mahu meneruskan penceraiannya dengan Asrul. Segalanya dilakukan semata-mata kerana mahu melihat kebahagian menjadi milik Tengku Marina yang dipercayai ikhlas menyintai Asrul meskipun Iskandar ingin kembali kepadanya.

Kebaikan Sara membuatkan Marina setuju untuk diceraikan. Datin Maria sangat sedih dengan keputusan Tg Marina kerana dia adalah menantu pilihannya. Seboleh-bolehnya Datin Maria mahu mengekalkan perkahwinan itu. Datin Maria berada dalam keadaan dilema kerana menantu-menantunya mahu berkorban di antara satu sama lain.

Bagaimanapun Asrul tetap memilih Sara dan mahu menceraikan Tg Marina seperti kehendak Tengku Malik. Tengku Malik memutuskan hubungan persahabatan dengan Datuk Taufik dan menganggap Asrul mengkhianati Tg Marina. Dia juga menarik semua saham dalam syarikat Datuk Taufik dan membatalkan semua perjanjian perniagaannya.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan kesudahan drama bersiri penuh konflik kekeluargaan ini dengan meluangkan masa menonton Gelora Di Hati Sara 2, setiap Rabu, jam 9.30 malam di TV2. "

 
P/s :Anda layan tak cerita ni? Apa komen ya?

May 11, 2010

Gelora Di Hati Sara 2 TV2 Muncul 12 Mei 2010

Salam Dari Eyriqazz,

Fauziah Latiff dan Rosyam Nor. Satu kegemaran isteri dan satu kegemaranku. Bila ianya digabungkan, gabungan mereka begitu mantap dan mempesonakan. Gembiranya di dalam hati bila dapat tahu Gelora di Hati Sara 2 Tv2 muncul kembali pada 12 Mei 2010 yang akan ditayangkan pada pukul 9.30 malam setiap hari Rabu.


Gandingan Terbaik yang Kami Idam-Idamkan

Gelora di Hati Sara 1 memang aku dan isteri menontonnya dengan penuh khusyuk . Mereka berkahwin senyap-senyap atas sebab keluarga , bapa mertua ( Datuk Rahim Razali ) sukakan dan cuba memikat Sara (Fauziah Latiff yang memegang watak Peguam ) . Rosyam Nor di dalam cerita itu berkahwin dengan wanita lain tanpa kerelaannya demi keluarga dan epilot cerita ketika itu cukup mengujakan dan best sekali.

Ku ternanti-nanti Sambungannya

Pertama kali rasanya ku saksikan lakonan Fauziah Latiff ketika Gelora di Hati Sara 1. Walaupun jarang berlakon, memang mantap dia berlakon dengan wajahnya yang sweet, comel dan ada gaya wanita melayu terakhir menambah seri ceritanya. Ditambah pula heronya iaitu Rosyam Nor, salah seorang pelakon kegemaranku. Ini gara-gara Filem 'Gila-Gila Remaja' ketika zaman remaja yang membuatkan aku jatuh cinta dengan lakonan Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Drama ini turut dibintangi pelakon seperti Datuk Rahim Razali, Watie Sadali, Aida Radzwill, Norman Hakim, Hisham Ahmad Tajuddin, Balkisyh Samundur Khan, Mahmud Ali Bashah dan Dian P Ramlee.

"Drama arahan Mohd Nazir Juhan (Jet Lee) ini masih menggunakan skrip karya Sharifah Abu Salem akan disiarkan di TV2 pada setiap Rabu jam 9.30 malam bermula 12 Mei ini. "Saya berhasrat menjadikan drama ini sebagai telenovela selepas ini. Ini saranan saya kepada RTM dan saya percaya drama ini mampu menjadi penanda aras pada drama yang membawa kisah keluarga." (Di petik dari Harian Metro )

Gelora Di Hati Sara 2 ku nanti-nanti
Kugembira tapi ku geram hati
Kenapa seminggu sekali dan bukannya hari-hari
Tidak sabar untuk ku menanti selama ini


P/s : Jom kita layan drama Ini. Jom terpacak sama-sama sekali. Mantap kan gandingan mereka ini ?
Related Posts with Thumbnails