Showing posts with label sekolah menengah teknik terengganu. Show all posts
Showing posts with label sekolah menengah teknik terengganu. Show all posts

October 5, 2011

Serius Rindu Detik Ini


Ohh, serius rindu detik ini
No wonder ramai cakap, zaman belajar antara zaman yang paling best
Indeed, So Trueee.

February 24, 2011

Majlis Reunion Sekolah Menengah Teknik Terengganu SMTT Batch 98/99

Majlis Reunion Sekolah Menengah Teknik Terengganu SMTT Batch 98/99

Buat rakan-rakan satu batch yang mungkin terbaca blog ini, sekiranya ada kesempatan dijemput joini Majlis Reunion Sekolah Menengah Teknik Terengganu SMTT batch 98/99 seperti berikut :

Tempat : Dewan Konvekesyen Taman Tamadun Islam (TTI)
Tarikh : 30/4/2011 (Sabtu)
Masa : 2pm-7pm
Contact Person : Lutfi (019-9669440) , Ala (0199080896) dan Hilmi (0199563269)

Oh, dah lama tak attend reunion, last reunion sekolah yang saya hadiri :


Reunion Kelas 5KP1 Batch 99 yang dianjurkan saya dan Ala pada tahun 2005

InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, mungkin saya dan isteri akan sama-sama menghadiri reunion ini. Kena semak jadual dulu.

P/s : Cepat je rasa masa berlalu kan? Pejam celik,pejam celik dah jadi seorang bapa dan semakin berganjak usia ini. Rindu tak kenangan zaman persekolahan dulu? Ohh, I really Miss it, one of the best moment in my life..

December 10, 2010

Kekacakanku Terserlah

Hik3, tersengih seorang diri bila tengok gambar lama di Facebook rakan eyriqazz. Terbukti :

Kekacakanku Terserlah | Pengawas Sekolah Menengah Teknik Terengganu batch 98/99

Biro Keceriaan dan Pembangunan tugasanku dan kelasku yang selalu menang kelas tercantik. Hello,hello, I'm not the juri k? Hik3...Tergelak sendirian melihat gambar lama ini. Oh, agak-agak which one is Eyriqazz?

P/s : 11 tahun telah berlalu namun ku masih merindui kenangan itu. Kenangan zaman sekolah memang sukar dilupakan, kan?

February 15, 2010

Sirih Pulang Ke Gagang

Rindu pula aku kat rakan-rakan sekelas dulu.Rakan seperjuangan satu ketika dahulu.Ohh,aku rindu juga zaman ini.Ni gambar paling latest kami bersama :

Dalam Kenangan,Reunion 5KP1 SMTT 98/99

Reunion ni diadakan pada hari raya ketiga,sejurus aku pulang ke Malaysia.


Bob dan Aku sebagai Penganjur Bersama
Merangkap MC juga bersama Angah
Kehadiran lelaki 2/3 (oklah kan?)
19 sahaja yang dapat hadir daripada 41 orang

Issh,kami pernah bercadang dahulu,umur 30 tahun nak adakan Reunion lagi.Tentu seronok kalau jumpa lagi nanti,yerlah semua dah berubah dan ada anak masing-masing.Cepat kan masa berlalu?

Aku rindu zaman sekolah ku,aku rindu :

1)Panjat tangki Air layan jiwang tengok kapal terbang
2)Lompat pagar pergi makan kat luar (hik3,nama je Pengawas)
3)Rindu guru-guruku dan usikan rakan-rakan sekelasku
4)Banyak lagi yang aku rindukan

P/s :Bagaimana dengan anda?Rindu tak zaman sekolah?

December 4, 2009

Sekolah Menengah Teknik Terengganu


Logo Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Sekolahku satu ketika dahulu
Kenangan manis dan pahit bersamamu
Takkan ku lupa detik-detik itu

Ingatkah dikau detik pertemuan pertama kita itu
Kujejakkan kaki terburu-buru
Sekolah Agama kutinggalkan hari itu
Hanya kerana menerima panggilan kedua darimu
Kelas Perdagangan ketika itu
Kutukar kelas KP satu
Hanya kerna 4 orang lelaki sahaja kelas yang lagi satu
Konon-kononnya minat kimia dan fizik alasan ku ketika itu
Alahai,gelinya hatiku
Teringat detik itu

Ramai awek di kelasku
Cantik belaka semua memburu
Namun siapalah aku
Lelaki miskin nak ajak date pun aku tak mampu
Namun itu bukan niatku
Belajar dan yang terbaik bagiku
Masa depan tengah menunggu

Mengelamun sakan satu ketika dulu
Nasib baik Cikgu Nik Jamilah menegurku
Tersentak dari lamunanku
Kupasangkan niat dan aku tumpu
Cikgu mengajar aku fokuskan diriku

Kenangan manis ketika itu
Jadi pengawas dan Pengerusi kelab tugasku
Jual burger di hari minggu
Cukup akhir tahun pi KL dan Pulau Pinang tak sia-sia penat lelahku

Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Orang bertanya aku tak malu
Itulah asal sekolahku
Tempat bermain dan kenangan beribu-ribu
Panjat tangki air melepas rindu
Tengok kapalterbang naik dan turun sungguh salju
Namun kusedar siapa diriku
Tiket wayang pun aku tak mampu
Namun,tuah manusia siapa yang tahu
Ku dapat terbang ke UK nun yang jauh itu
Berkat belajar di Sekolah Menengah Teknik Terengganu

Terima kasih sekolahku
Tanpa mu siapa lah aku
Tak lupa juga buat guru-guru
Mengajar aku tanpa jemu
Penat dan lelah mendidik aku
Terima Kasih Sekolah Menengah Teknik Terengganu
Related Posts with Thumbnails