Showing posts with label shell. Show all posts
Showing posts with label shell. Show all posts

February 14, 2012

Pengalaman Kerja Pertama : Pump Attendant Shell Rhu Rendang

Balik kampung bulan lepas, mengimbau kembali pengalaman kerja pertama saya. Inilah tempatnya, bersebelahan rumah nenek :

Shell Rhu Rendang : Bekerja sebagai Pump Attendant

Disinilah eyriqazz memulakan kerja pertama sebagai pump attendant. Sementara menanti keputusan SPM 1999, buatla kerja ni. Pump attendant , kerja dua shift, shift pagi dari 7 pagi hingga 3 petang, shift petang dari 3 petang hingga 11 malam dengan hanya cuti sekali seminggu.

Pengalaman kerja pertama ini dengan gaji RM300 sebulan mengajar eyriqazz akan erti Istilah "Bukan Senang nak senang, bukan susah nak susah " .Selain mengisi minyak pelanggan, perlu kira duit bila dah habis shift,cuci toilet, bersihkan kawasan persekitaran, panjat dan semak kandungan minyak apabila lori sampai, dan pelbagai lagi.

Tempat Jauh Lagi dikenang, inikan pula pengalaman pertama

Berpanas, berterik, berhujan, dengan gaji yang tidak seberapa menyedarkan eyriqazz tentang susah payah ibubapa membesarkan eyriqazz dengan gaji Ayah lebih kurang RM400 sebulan. Ohh, syahdu bila kenangkan arwah ayah.

Dengan duit gaji inilah eyriqazz gunakan untuk mengambil lesen motosikal dan belajar Microsoft Office dan pengalaman pertama dengan dunia Internet dari kursus yang dipelajari. Tahun 2000, Internet masih lagi baru bagi sesetengah kami especially yang tinggal di kampung.

Mencari Ilmu tidak Pernah Berhenti. Dalam apa jua yang kita lakukan, cubalah manfaatkan ianya sebaik-baiknya dan ambil yang positif untuk ke arah yang lebih baik.

Yang Kaya Semakin Kaya

Di sini juga eyriqazz belajar selok belok pasal business stesen minyak. Time ni masatu minyak lebih kurang RM1.20 seliter. Setiap liter, keuntungan selepas ditolak harga jualan syarikat minyak, adalah margin untung lebih kurang 10 sen seliter. Setiap hari, lebih kurang 30-100 ribu liter terjual. So,untung kasar lebih kurang RM3-10 ribu sehari sebelum ditolak kos-kos lain i..e gaji, insurans,etc. So, stesen minyak sebegini pun, untung bersih lebih kurang RM50-100 ribu sebulan. Lumayankan? Gaji yang diberikan less than RM500.

Apapun, pengalaman kerja pertama ini mengajar saya erti susah payah mencari duit sendiri dan menghargai hasil titik peluh sendiri dan juga besarnya pengorbanan dalam membesarkan anak-anak dari segi kewangan. Now, dah jadi bapa, barula saya lebih faham .Combine gaji RM6K+ pun belum tentu cukup dalam membesarkan anak-anak dan memberikan yang terbaik buatnya.

P/s : Apa pula pengalaman pahit dan manis kerja pertama anda? Kongsi-kongsikan..Ada hadiah menanti...

July 16, 2010

Pengalaman Mengisi Minyak Sehari Sebelum Harga Minyak Naik

Bila saja mendengar perkhabaran harga minyak dari rakan dan selepas publish entry Harga Minyak Naik Lagi? | 16 July 2010, selepas isteri pulang kerja, makan-makan, dalam pukul 10 malam saya bergegas ke stesen minyak terdekat :

Pukul 10 Malam, tidakla berderet-deret seperti dulu

Tak pastila pula kenapa tak ramai sgt orang. Adakah sikap last minute rakyat Malaysia? Ataupun kenaikan yang tidak begitu besar? Ataupun berita lambat sampai? Sayapun kurang pasti, bagi saya kenaikan 5 sen untuk Ron 95 dan Ron 97 bakal diapungkan memberi kesan besar juga. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk isi full tank Kereta Myvi kami :

Tinggal Satu Bar, RM60+ Full tank kereta Myvi

Kami memang menggunakan Ron 97. Sebabnya boleh refer rujuk entry INI [ Ron 95 vs Ron 97 ] . Umm, selepas ini tiada lagi subsidi dan apungan terkawal, berapa la pula ya? Mungkin boleh cecah RM100+ untuk satu tank jika kami masih setia bersama Ron 97. Saya menggunakan Ron 97 salah satu sebabnya lagi adalah semasa saya bekerja sebagai pump attendant selepas habis SPM, orang yang pandu lori sendiri mengatakan kalau mahukan kereta tahan lama, sebaik-baiknya gunakan Ron 97. Alhamdulillah, sudah menggunakan Myvi ini sudah lebih 2 tahun dan masih belum ada masalah lagi setakat ini. Adakah patut curang selepas ini?

Pandangan peribadi, tiada hujan, tiada ribut, harga petrol dunia tidak dinaikkan, tetiba langkah yang lebih awal diambil oleh kerajaan. Rakyat yang menjadi mangsanya. Income tak naik mana, kos sara hidup makin meningkat, kita disuruh berjimat dan mengikat perut . Ohh , nak naik mudah, nak turunnya payah .

Apapun, kita doa-doakan yang terbaik selepas ini. Rakyat diutamakan, Pencapaian didahulukan. Semoga janji akan berjaya dikota. Kami sebagai rakyat hanyakan yang terbaik buat diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga negara. Fahamilah dan cuba dengari keluhan hati seorang rakyat. Election pun beberapa tahun lagi, saya masih terfikir-fikir patutkah saya pergi mengundi buat pertama kali?

Pengalaman Mengisi Minyak Malam tadi
Entry ditulis sudah hampir pukul 1 pagi
Minyak Naik, banyak lagi barang yang bakal naik nanti
Sama-samalah kita menanti

Kita bersama mengejar mimpi
Melongkah arus ke hadapan demi negara tercinta ini
Semoga kerajaan lebih prihatin di masa depan nanti
Kesabaran rakyat ada batasannya dan jangan sampai ianya meletup sukar dibendung lagi

P/s :Apa pula pandangan anda? Patutkah harga minyak dinaikkan dan subsidi untuk sesetengah barang dihapuskan?

P/s/s : Lepas ini agak-agak, harga tiket pengangkutan awam dinaikkan pula tak?
Related Posts with Thumbnails