Showing posts with label simplysiti. Show all posts
Showing posts with label simplysiti. Show all posts

April 26, 2012

SimplySiti Precious Hadiah Buat Isteri

Last time ada terima Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum . Sayang, tak dapat nak pergi jadi eyriqazz wakilkan rakan blogger antaranya Kak Ina KL. Check out her entry : 

Bestnya Jumpa Dato' Siti Nurhaliza Di Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum


Di Majlis tu, Kak Ina KL kata dapat dua minyak wangi free coz dia bawa anaknya sekali. Memang surprise, bila eyriqazz hantarkan Serunding dari Kelantan yang dikirim olehnya , dia menghadiahkan :

SimplySiti Precious, khas buat Isteri katanya
Tentu Isteri suka, warna pink lagi...
Terimakasih Kak Ina, siap wifey pesan, nak kena beli lagi 2 ,cukupkan koleksi..
Dussh...

P/s : Kuat kan pengaruh artis? No wonder, ada IbuBapa yang namakan anak mereka dengan nama-nama artis i.e. Siti Nurhaliza

April 11, 2012

Jemputan ke Majlis Pelancaran SimplySiti Eau De Parfum

Hari/Tarikh                 : 13th April 2012
Waktu                    : 7.45 malam
Tema                      : Masquerade
Warna Tema         : Merah, Hijau dan Ungu
Tempat                  : Double Tree by Hilton, KL

Terima Jemputan dari Pihak SimplySiti untuk majlis pelancaran perfume ini, Jumaat nanti. Tengok iklannya di TV3 boleh tahan juga dengan penampilan dari Khairul Fahmi etc. Wifeypun minat Siti Nurhaliza. Apakan daya, time ni berada di kampung untuk majlis Aqiqah Azim dan wifey pun masih berpantang. Kalau tidak, tentu wifey excited nak pergi.

Wondering juga, camne dia bleh invite eyriqazz coz selama ni tak pernah lagi dapat jemputan dari SimplySiti. Terimakasih buat pihak SimplySiti terutamnya buat Cik/Puan Seri Afezan atas jemputan. Kalau tidak dikampung bolehla jumpa Khairul Fahmi etc...

"Sempena ulang tahun yang ke -2 SimplySiti jenama kosmetik yang diasaskan oleh penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin telah mengambil satu langkah kehadapan dengan melancarkan SimplySiti Eau De Parfum iaitu kategori terbaru dalam bidang kecantikan yang diceburi oleh jenama tempatan ini.

Memperkenalkan SimplySIti Eau De parfum, bukan sekadar wangian yang diformulasikan dengan inovasi Betaphroline yang merupakan rahsia untuk lebih harum, menarik dan gembira, SimplySIti Eau De Parfum yang menggabungkan sains dan seni dari Perancis.

Disamping itu SimplySiti turut melancarkan komersial televisyen terbaru yang turut mempamerkan wajah – wajah seperti Khairul Fahmi Che Mat, Penjaga Gol Pasukan Kebangsaan Malaysia, SM Khalis SM Zul iaitu Ahli Perniagaan Muda Naza Italia, Adam Yahya selaku Pengarah Ibex Group dan turut memperkenalkan wajah baru Liuniey Natasha. Komersial ini telahpun ditayangkan buat pertama kalinya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Ahad lalu.

Turut menjadikan pelancaran wangian ini lebih menarik, SimplySiti turut bergabung bersama David Teo (Metrowealth Pictures) dan Majalah Lisa untuk mencari 3 bakat baru yang bakal berlakon di dalam filem terbaru David Teo. Kempen yang dinamakan SimplySiti Star Search ini turut dilancarkan pada Majlis Perasmian Wangian terbaru SimplySiti ini."

P/s : Bila pula Fauziah Latiff nak ajak ke majlis rasminya ya? Ingin sangat tunaikan hasrat Isteri teruja sangat nak jumpa Artis Kegemarannya itu...

August 7, 2011

Sayang dah Curang dengan SimplySiti

Abang, Sayang dah Tak guna SimplySiti lagi [ Rahsiamu kini Milik Isteriku]. Umm, kenapa sayang, Adakah kerana Isu Status Halal SimplySiti tu? . Umm, takdela, saje berubah angin. Terasa berkenan pula dengan produk ni :


Loreal White Perfect Pearl

Umm, OK ke produk ni?

For me, tak kisahla Isteri nak guna produk apa pun. Asalkan dia suka dan selesa menggunakannya.Kecantikan dalaman dan luaran mestilah go hand in hand kan? Barula manis dan cantik namanya....
Related Posts with Thumbnails