Showing posts with label sinar harian. Show all posts
Showing posts with label sinar harian. Show all posts

October 28, 2010

Jawapan Balas Dari Sinar Harian


Entry Saya Kecewa Dengan Sinar Harian dirujuk. Hari ini saya mendapat balasan e-mail dari salah seorang wakil Sinar Harian (kenapa sekarang baru memberi jawapan dan biarkan berteka-teki?). Inilah jawapan yang diberikan :

Salam

Saya sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah Mak Ngah. Projek berkenaan bukan di bawah Sinar Harian tetapi dianjurkan sebuah NGO. Niat kami untuk menolong memudahkan penyampaian bantuan tetapi disebabkan sikap tidak bertanggungjawab badan berkenaan, pihak kami yang menerima kesannya. Bagaimanapun akan lakukan sesuatu untuk mengubat hati Mak Ngah.

Yang baik itu dari Allah dan yang tidak sempurna itu dari kami sendiri

Sekian

Kalau betul kenapa tidak maklumkan dari awal? Tidaklah Mak Ngah saya ternanti-nanti dan mengharap? At least, tahu situasi sebenar....Terlalu lama menanti, dan hari raya yang diidamkan dengan lebih gembira, sebaliknya terjadi.

Entahlah, tunggu dan lihat saja..Sebagai Anak Buah Sulung, apa yang termampu saya tolong, I will Fight till the End...

P/s : Agak-agak badan NGO manakah yang dimaksudkan?

October 25, 2010

Saya Kecewa Dengan Sinar Harian

Salam dari Eyriqazz,

Entry Terima Kasih Dari Mak Ngah dan Berita Sedih dari Kampung | Sumbangan Anda Diperlukan dirujuk. Sekadar meluahkan perasaan hati, saya betul-betul :

Kecewa Dengan Sinar Harian

Taglinenya bukan main gah lagi iaitu "Suara Cakna Komuniti Anda" . Prihatin dan bagusnya??. Ok, inilah kisahnya :

1) Selepas entry saya itu, wakil dari Sinar Harian datang ke rumah Mak Ngah ketika bulan puasa untuk mengukur size baju Mak Ngah dan anak-anak untuk bantuan baju raya. Bukan main gembira Mak Ngah sekeluarga time itu.

2) Seminggu sebelum raya, Mak Ngah menelefon wakil Sinar Harian itu, jawapan diberikan , akan ditransferkan duit ke akaun anak mak ngah (no. akaun diberikan)

3) Raya menjelma, tiada apa yang diterima. Wang mahupun bantuan baju raya.Hampir berderai air mata saya bila mendengar berita itu. Saya bersabar, mungkin lepas raya kot , almaklumlah mungkin sibuk dengan banyak bantuan yang perlu diberikan.

Balik Kampung weekend lepas selepas sudah lebih sebulan raya, tiada khabar berita dari Sinar Harian. Mak Ngah saya pun sudah kecewa dengan Sinar Harian. Kenapa memberikan harapan apabila janji tidak dikota? Saya benar-benar kecewa dengan Sinar Harian, sikap acuh tak acuh pegawainya telah mengguris hati Mak Ngah saya. Harapan yang diberi rupanya omong-omong dan janji kosong.

P/s : Saya tekad, saya Kecewa dan saya akan cuba untuk tidak akan membeli Akhbar Sinar Harian lagi. Kalau tidak mahu beri bantuan kepada Mak Ngah, janganlah cuba menabur janji dan beri harapan kosong. Jangan kerana Mak Ngah sudah menjadi ibu tunggal dan orang miskin, hatinya dipermain-mainkan?
Related Posts with Thumbnails