Showing posts with label smartphones. Show all posts
Showing posts with label smartphones. Show all posts

December 4, 2011

Dilema Memilih Smartphones

Samsung Galaxy Note ini memang menjadi wishlist/impian saya . Apakan daya, hajat masih belum kesampaian. Namun, memang teruja dengan Smartphone ini, memang nampak menarik. Lebih menyentuh hati, apabila melihat entry Bro Myvitrd, dihadiahkan gadget ini oleh Isteri tersayang --> Bermula dari Angan-Angan Akhirnya Menjadi Kenyataan. 


Ahh tidak, sukar juga untuk membuat pilihan ya? Blackberry Torch 9860 ini turut berada dalam senarai shortlisted eyriqazz, yerla, senang nak update blog,bertwitter, berfacebook dan takdelah Mamat ni berlagak denganku kalau saya turut memiliki gadget ini. Apapun, Tahniah bro, u deserve it. Nanti buatla review ya, manatau kot-kot terdetik hati nak rembat. Fuh,fuh, harap-harap bonus tahun ini tidak menghampakan dan bolehla angkat Smartphone pilihanku.



Adussh, baruje nak shortlisted kan antara Samsung Galaxy Note dan Blackberry Torch 9860, kehadiran iPhone 4S tak lama lagi turut meruntun jiwaku. Pengalaman review iPhone 4 tahun lepas masih mekar dalam ingatan, dan iPhone 4S ini nampak lebih mempersona dan kena dengan lifestyleku. 

Teruja juga untuk memiliki iPhone 4S ini dan menjadi antara yang pertama memiliki smartphone ini  yang bakal berada di pasaran Malaysia pada 16 December 2011 nanti :

On Malaysia's Best Network, Celcom 

Check out this link http://bit.ly/vYgjma untuk maklumat lebih lanjut berkenaan tawaran dan pakej IPhone 4S ini. 

Fuhh,dilema-dilema. Sudah lama menanti untuk memiliki Smartphone pilihan hati namun ketiga-tiga smartphones ini sukar untuk kubuat keputusan, which one is the best for me. Tapi ,sekurang-kurangnya, satu masalah ini telah dapat diatasi, iaitu, ketiga-tiga Smartphones ini boleh eyriqazz dapati di SINI

P/s : Agak-agak Smartphones yang mana satu yang sesuai dengan eyriqazz? 

May 23, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones

Tajuk yang agak menarik kan ? Sudah lama teringin mahukan Smartphones ( Blackberry, Iphone, etc ), namun belum ada rezeki lagi. Akan dibeli juga dalam tahun ini rasanya, kalau tiada aral melintang.  Namun, perasankah anda, phone yang canggih pun boleh jadi tak hebat/cool ( Why Smartphones can be Dumphones).

 Inilah pandangan saya Why Smartpohes can Be Dumphones :
1) Apabila digunakan oleh 'Dumb People' ( Orang yang tidak pandai menggunakannya)

Seperti di entry INI , "Well, research by the minions in our basement has shown that most smartphone users only use 20% of their phones’ functions". Umm, apa guna phone canggih-canggih kalau tak pandai guna? Kalau setakat beli Blackberry tapi guna untuk telefon dan sms, baik beli phone yang biasa-biasa je kan?


2) Kos Melayari Internet Yang Mahal

Saya bertanyakan rakan-rakan dan pengguna Smartphones, salah satu sebab mereka menggunakan Smartphones selain modelnya yang canggih dan kelebihannya yang lain,sebabnya adalah kemudahan untuk access Internet di mana-mana dan dapat menggunakan perkhidmatan Facebook, twitter dan lain-lain lagi. Namun, ada yang agak takut untuk menggunakan secara berlebihan takutkan bil melambung tinggi.Dussh, what is the point kalau ada Smartphones tapi kos bil yang mahal dan tak dapat melayari Internet dengan sepuas hati?

3) Terpenjara dalam Smartphones sendiri

Huk3, Smartphones can be dumbphones bila pengguna terasa terpenjara untuk menggunakan 100% kelebihan smartphones terutamanya kemudahan Internet. Namun kerana takut bil melambung tinggi, mereka takut untuk pergi ke depan dan menggunakan teknologi yang sudah terhidang di depan mata. Selain itu, mereka turut rasa 'demotivated' untuk menggunakan kemudahan smartphones yang lain kerana takut dicharge walhal mungkin tiada charge dikenakan. Adussh, beli phone canggih-canggih tapi terpenjara dan rasa kurang bebas untuk menggunakannya.

Namun, dengan kehadiran 'I Will Follow You' bakal menyelamatkan keadaan dan pengguna Smartphones bebas dari penjara mereka sendiri dan bebas untuk menggunakan Smartphones terutamanya dalam melayari internet dengan lebih teratur, murah, dan selesa. Memperkenalkan :



Menarik bukan?

Memang berbaloi-baloi, antara kelebihan Digi SmartPlan ini adalah :

1) Murah - RM68 sahaja untuk Unlimited Subscription Plan (boleh melayari internet 24 jam) of Blackberry Internet Servis (BIS)

2) Paling murah dan mempesonakan yang berada di Pasaran Malaysia kini. Tiada tandingan dari Competitor yang lain .Kalau ada,cuba sebutkan?

3)Penjimatan sehingga 50% dengan Digi Smart Plan (banyak tu, berbaloi-baloi)

4) Indah khabar, Itulah dia, Digi Smart Plan....

Digi Smart Plan menawan hati
Break Free with Digi sudah semesti
Tawaran menarik dan mempesona sekali
Jangan lepaskan peluang, peluang yang datang perlu direbuti

Smartphones untuk pengguna bijak dan pandai memilih yang terbaik buat diri
Digi Smart Plan tiada tandingan lagi
Sekali cuba pasti puas hati
Terus terpesona, I will Follow U berkali-kali

Jadi, apa tunggu lagi, Jom Break Free with Digi dan bebaskan diri anda dari kekusutan risaukan masalah Bil Telefon Smartphones yang melambung tinggi. Berbaloi-baloi seperti video ini, sungguh menarik dan tergoda hati. Masalah di dada terasa hilang :

Jom Bebaskan Diri Anda dengan Digi Smart Plan

Peluang dan kebebasan di tangan anda. Digi juga mengajak dan menjemput semua Digi Angels ke event Digi Free Break Party seperti berikut :

Tarikh: 29 May 2010 (Saturday)
Masa: 6pm – 10pm
Tempat: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya

Lebih lanjut, bolehla rujuk entry INI : http://digi.nuffnang.com.my/2010/05/10/break-free-with-digi/

Last but not least :

Saya Mahu bebas dengan Digi, anda bagaimana pula?
Related Posts with Thumbnails