Showing posts with label spain. Show all posts
Showing posts with label spain. Show all posts

July 12, 2010

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 | Spain vs Netherlands | SPAIN JUARA PIALA DUNIA 2010

Piala Dunia 2010 Sudah Sampai Ke Kemuncaknya

Keputusan PerlawaNan Akhir Piala Dunia 2010 bakal diketahui hari ini , dengan perlawanan yang dinanti-nanti antara Spain vs Netherlands aka Holland aka Belanda. Waduh2, Sampai 3 nama dia ambil. Apapun, ada apa dengan nama? Firstly, saya penyokong Spain, menang kalah saya tetap akan sokong Spain.

Adakah Ramalan Paul Si Sotong Kurita untuk perlawanan kali ini akan menjadi kenyataan lagi? Setakat ini Paul berjaya meneka 100% tepat untuk Piala Dunia 2010 namun itu semuanya games Germany sahaja. Dussh, jangan percayakan Si Sotong ini, sekadar selingan hilangkan mengantuk .

Keputusan Terkini/Penuh Perlawanan Piala Dunia 2010 adalah :

Spain 0 - 0 Netherlands ( selepas 45 minit)
Spain  0- 0  Netherlands ( Selepas 90 minit)
Spain  1-0   Netherlands ( Selepas Extra Time,hasil jaringan Andres Iniesta)

Tahniah buat pasukan  SPAIN kerana berjaya menjadi JUara Piala Dunia/World Cup 2010.

Glory-Glory Spain. Yiezaa, SPAIN Memang the Best!!!! SPAIN JUARA PIALA DUNIA 2010

July 9, 2010

Spain Juara Piala Dunia 2010 | Paul Si Sotong Kurita Haiwan Paling Popular Tahun Ini

Yiehaa, Spain Juara Piala Dunia 2010

Jika Sebelum Ini Paul Si Sotong Kurita meramalkan Kemenangan Spain ketika menentang Germany di Separuh Akhir 2010 dan ianya menjadi kenyataan, namun bagi kita penganut beragama Islam ini, janganla percaya sangat, Khuatir Rosak Pula Akidah.

Apapun ,sebagai Peminat setia Spain, saya yakin yang mereka bakal Menjuarai Piala Dunia 2010 tahun ini. Selain Reason saya seperti yang saya nyatakan di Entry Who Will Win the World Cup, sebab lain yang saya rasakan adalah :

1) Wow Faktor Pada Pasukan Spain (Mereka Pernah tewas di peringkat Group dan belajar dari kesilapan mereka dan berjaya menewaskan Germany yang cukup mantap)

2)Arjen Robben faktor. Dia gagal membantu Chelsea dan Bayern Munich ketika di  Pentas Champion League dan rasanya di pentas besar ini ianya bakal berulang sepertimana faktor Michael Ballack yang gagal membantu untuk menjuarai Champion League dan Kejohanan Besar buat Germany.

3) Juara berganda. Sudah pasti Spain mahu mengulangi kejayaan yang seperti dilakukan France sebelum ini. 

Hik3, sebagai penyokong Spain, sudah pasti saya mahukan Spain menang kan?

Juara Piala Dunia 2010 bakal ditentukan malam Isnin nanti
Perlawanan menarik yang dinanti-nanti 
Siapa Juara World Cup jomla kita tontoni
Adakah Paul Si Sotong Kurita bakal memilih Spain lagi?

Glory-Glory SPain dari saya sudahla pasti
Sudah pergi sejauh ini
Piala yang menjadi rebutan seantero sana dan sini
Semoga ianya bakal menjadi milik Spain nanti

P/s : Siapa pula pilihan anda?

P/s/s : Oh ya, gara-gara Piala Dunia, Paul Si Sotong Kurita menjadi Haiwan Yang Paling Popular Tahun ini apabila predictionnya untuk pasukan Germany 100% betul. Kat ofis tadi, topik paling hangat pun kisah Si Sotong I.e. :

1) Jom Makan Nasi Sambal Sotong Lunch nanti
2) Saya mahu tangkap Sotong dan predict nombor ekor ( Seorang rakan sekerja berbangsa India)
3) Team Mana yang bakal diramalkan menang oleh Paul untuk Games Spain vs Holland dan Germany vs Uruguay

Sotong oh Sotong glamournya kamu
Mengalahkan Ariel Peterpan dan Siti Nurhaliza gitu
World Cup bakal melabuhkan tirai aku bakal rindu
Menanti 4 tahun lagi mungkin Malaysia dapat masuk World Cup siapa yang tahu?

P/s/s/s : Kak Ina KL, bila nak belanja saya makan lauk Sotong? Teruja juga ni. Tapi, taknak Sotong Kurita, gelii.Sotong biasa pun jadi. Hik3....

July 8, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010 | Spain vs Germany

Yey, Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010 akhirnya memihak kepada Spain. Spain menewaskan Germany 1-0 hasil jaringan Carlos Puyol. Ramalan Paul the Sotong Kurita akhirnya menjadi kenyataan. Lepas ni agaknya kena gorengla Si Sotong Kurita tu ataupun ganjaran besar menanti sesiapa yang dapat membunuhnya.

Syabas Spain. Walaupun tak sempat tengok, Spain tetap best!!.Sorry penyokong Germany, mungkin next time kot?


Glory-Glory Spain. Nampak gayanya kena ambil cuti Isnin ni. Hik3....

Ramalan Paul Si Sotong Kurita vs Ramalan Eyriqazz Si Peminat Spain | Germany Vs Spain

Jom layan Ramalan Paul Si Sotong KURITA vs Ramalan Eyriqazz si Peminat Spain. Entry ini ditulis bagi mengubat kesedihan tidak dapat menonton games ini atas sebab besok bekerja dan kalau menonton mungkin pagi besok bangun lambat dan lambat ke tempat kerja. Hik3, Sebelum itu :



OK, Inilah ramalan Eyriqazz si Peminat Spain untuk Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2010 antara Germany dan Spain. Dengan ini, saya meramalkan :

Spain Menang 2-1 ( hasil jaringan David Villa dan Fernando Torres manakala gol saguhati Germany hasil jaringan Miroslav Klose )

Hik3, Cool tak?

Good Luck Spain dari Saya
Germany mampu ditundukkan seperti di Final Euro 2008 juga
Persembahan terbaik yang dipinta
Kalau Menang, berjumpa Netherlands di final pula

P/s : Tak kisah la apa ramalan si sotong kurita itu, saya tetap sokong Spain. Go, go Spain!!!

July 7, 2010

Ramalan Terkini Paul Si Sotong Kurita | Glory-Glory Spain

Terima Kasih buat JAI kerana alertkan saya pasal perkara ini. Ramalan terkini dari Paul Si Sotong Kurita yang nampak gemuk, dan sedap untuk digoreng pedas meramalkan :

Spain Vs Germany di Separuh Akhir Piala Dunia 2010 | Spain Menang

Bolehla refer entry dari CNN ini juga : Octopus: Spain to beat Germany in semifinal

Tak baik percaya pada ramalan sebegini kan? Tapi, just for fun, jika ianya menjadi kenyataan, Glory-Glory Spain. Saya memang penyokong setia Spain . Tak percaya? Bolehla refer entry Who Will Win The World Cup? . Hik3, lagipun nampak Spain macam ada potensi untuk menang.
Spain pasukan pilihan saya sudah semesti
Permainan menarik dan menghibur hati
Andai Spain berjaya ke Final nanti
Patutkah aku ambil Cuti hari Isnin nanti?

Barcelona telahpun ku singgahi
Bandaraya menarik, cantik dan bersih sekali
Terasa ingin juga menyokong Negara sendiri untuk kejohanan World Cup sebegini
Adakah ianya sekadar mimpi?

P/s : Team mana pula pasukan pilihan anda? Cimon Sokong Holland, Abg KK Sokong Germany, any penyokong Uruguay di sini?

June 10, 2010

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010

Jadual Perlawanan Piala DuNia 2010

Piala Dunia 2010 muncul lagi
Aku teruja buat tidur lewat malam la nanti
Lebih teruja bersama Astro B.yond seronoknya hati
Terasa mahu menonton hari-hari

Bagi peminat bolasepak macam saya, bolehla Download Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 di sini (Excel Format) :

http://rapidshare.com/files/397267614/Jadual_Perlawanan_World_Cup_2010_South_Africa.xls.html



http://www.sendspace.com/file/i098pi

Senarai Negara yang menyertai Piala Dunia 2010 boleh juga di perolehi di situ.

Antara Perlawanan menarik untuk disaksikan adalah (Waktu Malaysia/Malaysian Time) :

1) Uruguay vs France, Sabtu, 2.30 pagi, 12 June 2010

2) England vs United States, Ahad, 2.30 pagi, 13 June 2010

3) Portugal vs Brazil (group of death), Jumaat, 10 malam, 25 June 2010

Who Will Win The World Cup 2010? Pilihan saya sudah semestinya :

Spain (Currently no. 2 in FIFA World Ranking behind Brazil)

World Cup 2010 aku ternanti-nanti
Pasukan mengancam dan hebat sudahlah pasti
Aku mengidam Pasukan Asia di Final nanti
Namun adakah ianya sekadar mimpi?

P/s : Apa pula pasukan pilihan anda?
Related Posts with Thumbnails