Semalam selepas menghadiri 'TM Everyone Connect Birthday Batch' di The Curve, isteri mengajak ke IKEA pula. Mengidam Swedish Meatballs katanya. Sayangkan isteri,saya turut-turutkan, orang dah mengidam, kenalah turutkan, kan?Psst,mengidam bukan sebab tutttt yaaa.....
Sampai sana, ramai giler tengah beratur.Sabar-sabar,setelah menunggu, akhirnya dapatla juga order :
IKEA Swedish Meatballs (Nyam,nyam,teruja hati- gambar diambil dengan Sony TX5)
10 Biji untukku, set 5 biji untuk isteri (gambar diambil dengan Sony TX5)
harga IKEA Swedish Meatballs, Set 5, RM5,Set 10 biji =RM10 , Set 15 biji = RM15Namun,di hari Promosinya iaitu hari selasa, set untuk 10 hanya RM8. Isteri dan saya memang sukakan IKEA Meatballs, rasanya yang terbaik di KL ni. Rating saya berikan 8.5/10 . Isteri cakap,rakan-rakannya kalau time hari Jumaat selalu singgah IKEA untuk pekena Meatball. Hik3, kuat betul aura Meatballs dari IKEA ni ya? .
P/s : Pernah try IKEA Swedish Meatballs? Apa pandangan anda pula?