Showing posts with label tips kewangan. Show all posts
Showing posts with label tips kewangan. Show all posts

November 6, 2012

Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?




449 Muflis Kerana Kad Kredit!. Wow! Satu angka yang besar tu. Ramai yang dah terjerat dengan perangkap kad kredit. Walaupun kad kredit dikatakan membantu dalam beberapa aspek, tetapi sudah ramai yang terjerat. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan boleh menjerumus pemilik ke kancah hutang dan silap-silap haribulan, muflis!.
   
Kelebihan Menggunakan Kad Kredit?
Setiap orang mempunyai sebab yang berbeza untuk memohon kad kredit. Antara sebab utama penggunaan kad kredit adalah untuk:

  •  Modal perniagaan. Beli barang perniagaan menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setelah balik modal.

Petikan komen dari artikel Awas Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit - mohdzulkifli.com

  • Booking hotel (untuk yang selalu travel atau outstation).
  • Beli barang yang harganya beribu-ribu.  
  • Shopping tidak kira berapa harga. Semua barang boleh dimiliki walaupun duit tiada di tangan :D.
  •  Isi minyak. Yang ni memang ada beberapa kad kredit yang kelebihannya memang khas untuk isi minyak.
  • Boleh kumpul mata ganjaran sambil berbelanja dan tebus dengan barang yang diminati.
  • Mendisiplinkan diri. “Aku ni boros, jadi aku guna kad kredit supaya boleh berdisiplin” kata seorang rakan saya. :D Oh, curious je saya dengar statement member saya ni. Hohoho..

Kekurangan Menggunakan Kad Kredit
  • Boros. Saya perhatikan, biasanya orang yang menggunakan kad kredit, tidak alert sangat dengan harga yang perlu dibayar. Pandang sekilas sahaja jumlah yang tertera di resit dan terus turunkan tandatangan. Kalau cukup bulan boleh bayar semua jumlah hutang kad kredit yang tertera di penyata memang bagus. Tapi kalau tak dapat bayar sepenuhnya, buat bayaran minimum sahaja, hutang  + interest = bertimbun-timbun hutang!. Teliti petikan dari WW-Bersama Irfan Khairi di Astro Awani di bawah ini:

  • Risiko menanggung hutang orang lain. Jika kad kredit jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dicuri atau fraud kad kredit, pemilik kad kredit yang perlu membayar semua amount yang telah dibelanjakan. Pengalaman seorang rakan saya, beliau terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kepada bank kerana hand bag nya dicuri dan pencuri tu swipe kad kreditnya.
  • Risiko muflis. Buktinya seperti yang tertera dalam keratan akhbar di atas.   




Kad Kredit - Keperluan atau Kehendak?
Jujurnya, saya sendiri pernah berkira-kira untuk memohon kad kredit. Masa tu rasa nak sangat memiliki N9. Tapi masa tu tak cukup duit nak beli. Datang pula flyers yang menawarkan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit. 0% interest, katanya. Oh, terpengaruh sudah!.  

Lepas tu mulalah survey pakej kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank. Tapi akhirnya saya tak jadi mohon kad kredit. Sebab?. Saya sedar lepas saya mohon kad kredit tu, saya akan bergelar student dan duit yang saya terima setiap bulan juga tak banyak seperti ketika saya bekerja. Memikirkan tak nak dibelenggu hutang, maka saya tak mahu menggunakan kad kredit. Sekarang ni saya rasa saya membuat pilihan yang bijak iaitu tidak menggunakan kad kredit.

Ada juga terlintas difikiran saya, “Oh, sebelum ada kad kredit boleh lah cakap nak control penggunaan. Swipe bila betul-betul perlu sahaja. Tapi kalau kad tu dah ada kat tangan, boleh ke saya control?”. Saya ibaratkan kad kredit ni sama je macam duit. Ada duit dalam dompet tu, laju je duit tu keluar. Beli itu dan ini. Tapi bila tak ada duit, pandai pula fikir banyak-banyak kali sebelum beli barang. :D

Pilihan ditangan sendiri. Nak pilih berhutang atau tunai. Bagi yang tiada kad kredit, dah ramai pengguna kad kredit menasihatkan agar tidak memohon kad kredit. Tapi, jika bercadang untuk memohon kad kredit, pilihlah kad kredit yang memenuhi keperluan. Boleh ikut Tip-tip Memilih Kad Kredit ini agar dapat memilih kad kredit yang terbaik. Untuk pemegang kad kredit, boleh baca Tip-tip Untuk Mengurangkan Caj Kad Kredit. Moga kad kredit memberi manfaat kepada anda.     

Bagi saya, mohonlah kad kredit jika rasa betul-betul perlu. Kalau dah ada kad kredit, kenalah berdisiplin dalam menggunakannya. Selagi kad kredit digunakan secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak perlu risau dengan caj-caj tambahan kad kredit dan anda akan menjadi pengguna kad kredit yang bahagia, bukan pengguna kad kredit yang tertekan kerana banyak hutang dan akhirnya muflis.

Ada orang kata: “Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah.” Betul ke?


Apa pendapat anda?. Kad kredit ini keperluan atau kehendak?. Kongsi sama-sama pengalaman anda dan kad kredit di sini. Sharing is caring. :D


Artikel ini ditulis oleh Sya Isya, penulis utama di syaisya.com. Follow FB syaisya.com untuk update-update yang akan datang.  

October 3, 2011

Seminar Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem

Sabtu lepas, 1 October 2011 saya telah menghadiri Mini seminar Sembang Sub-Sale/Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem yang diadakan di Mindstation Sdn Bhd,Shah Alam dari pukul 8.30pagi-1 tengah hari.

A little bit about Abang Ensem dan seminar ini :

Biodata Abang Ensem : Seorang banker, pelabur hartanah yang memiliki 13 biji buah rumah mostly di Sekitar Shah Alam dari low/medium cost. Total kesemua rumahnya bernilai RM2 juta+ ( Perbetulkan saya kalau tersilap). Seorang yang humble, happy go lucky, dan kini berkongsi informasi supaya makin ramai yang berjaya di bidang hartanah sepertinya. Oh ya, pernah di Featured kan di Personal Money Magazine beberapa tahun yang lepas. 

About Mini Seminar . Seminar membincangkan antaranya :

  • Apa itu pelaburan hartanah?
  • Tips dan panduan membeli rumah subsale.
  • Tips mudah lulus pinjaman.
  • Sesi bersama Peguam AE.
Kusyuk peserta mendengar penerangan dari Abang Ensem
Intro Skit...

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Kenapa Pelaburan Hartanah?
Nak Senang ke, Nak Kaya? Tepuk dada, tanya selera...Yess, u can have both..

Antara kes study yang dibincangkan, adalah kes Study Eyriqazz sendiri. Keputusan eyriqazz? Umm, lepas bincang-bincang ngan Isteri, we prefer Nak Senang Dulu...



Serius Panjang...Apa yang panjang tu Bro?
Hak3, korang rasa apa?
Strategi Pelaburan Hartanah

Nak Kaya, Flipping...Maksudnya, beli dan jual..Cam kes study eyriqazz, kalau eyriqazz jual rumah eyriqazz tu, boleh untung dalam RM100K . A very good return for 3 years investment.... Nak senang, Buy & Hold and dapatkan return yang konsisten.



Faktor Memilih Rumah...Location, Location, Location....
Plus, better kalau anda mahir dengan kawasan itu

Percaya tak kalau saya cakap, Mamat berkacamata di gambar di atas, sudah memiliki 6 biji buah rumah yang ditotalkan bernilai jutaan ringgit? Umm, dah ada 6 buah rumah pun datang seminar lagi ke? Inilah kata orang,ilmu itu akan sentiasa dicari especially buat yang mahu maju ke hadapan.



Site Viewing itu penting. ..Especially part terakhir tu..Jangan pandang enteng ya...

Makan-makan dan catch up time dulu...Makanan serius sedap..Beli kat mana bro?

Sesi Bersama Peguam

Tahukah anda?

1) Sebagai pembeli, anda berhak di dalam S&P untuk memanjangkan tempoh jual beli i.e. dari 3+1(bulan) ke ikut suka anda.Why? Usually rumah yang sudah ada Strata Title akan mengambil masa yang lama untuk completion of the Sale...Pengalaman peribadi, normally memakan masa 6 bulan..Ada yang sampai bertahun2 pun ada..Plus, takdelah nanti anda terkena "late charges" di atas kesilapan yang bukan daripada anda.
2) Bumi Lot hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja.
3) Pastikan rumah yang anda beli tidak dicaveatkan...Apa itu caveat? Google it..



Antara Peserta yang hadir.Ramai yang minta tunda last minute atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan

Overall, it is really worth it..Perkongsian dari pengalaman peribadi diselitkan dengan jenaka bersahaja memang best. Cam sekejap je masa berlalu.Saya kasi rating 8.5/10. Berbaloi dengan kosnya lebih kurang RM88 untuk mini seminar ini. Ilmu yang diperolehi akan membuatkan peserta lebih mahir untuk bergiat dalam pelaburan hartanah including myself...Kalau Abang Ensem mampu memiliki 13 buah rumah sebelum cecah 40 tahun, my target untuk memiliki 5 buah rumah by umur 35 tahun. Umm, another 6 years to go for another 3 house. Wish me luckk...

Anyway, kalau anda berminat untuk menyertai Mini Seminar ini di masa hadapan, bolehla registerkan di SINI.Kalau nanti anda pergi dan Indah Khabar dari Rupa, dipersilakan untuk hentam saya nanti.

P/s : Ramai peserta yang mengaku kehensemanan Abang Ensem setelah bersua muka dengannya face to face...

May 25, 2011

Tips Menabung | Tabung Bunian

Tips Menabung | Tabung Bunian ( Credit Picture here )

Tertarik dengan entry Rina Salleh ( Juara Gadis Melayu 3 ) yang bertajuk Nilai Sepuluh Sen. Menarik sekali kupasan dan pengalaman yang dikongsi. Some part yang saya rasakan agak menarik untuk dikongsikan di sini :

@ Setiap kali pecahkan duit kalau ada baki syiling, kakak tak guna. Macam baki dari bayar tol, kakak kumpulkan. Balik rumah terus masukkan dalam tabung. Lia dah cuba, dia simpan dalam 6 bulan dapat lah dalam empat lima ratus".

@Dulu arwah ayah kakak orang susah. Tapi dia rajin dan pandai simpan duit. Dulu arwah ayah buat rumah dari buluh. Salah satu tiang rumah ayah jadikan tabung. Jadi setiap kali dapat duit, ayah akan simpan sebahagian dalam tiang tabung tu. Tabung tu ayah namakan tabung bunian. Ayah kata sebab duit yang simpan dalam tu kita tak boleh tau jumlahnya dan tak boleh ambil. Macam bunian kita tak boleh nampak dia, sama jugak duit dalam tabung bunian ni"..

Selebihnya bolehla baca sendiri di sana....

Tertarik dan bersetuju dengan Part Tabung Bunian tu... Sayang, saya tidak dapat praktikkan sejak dari kecil sehinggalah sekarang. Mana tak nya, asyik tak cukup saja duit gaji,alasan dan hasilnya, tak banyak simpanan dari saya.


Namun, kami praktikkan " Tips Tabung Bunian dan Duit Syilling" ini buat Alisya...Inilah yang kami lakukan :


1) Consistent saving at least RM100 sebulan untuk Alisya dimasukkan ke dalam akaun tabung hajinya yang dibuka sejak dia lahir. Buku akaun kami suruh mak mertua kami simpan/pegang, jadi takdela rasa gatal-gatal tangan untuk keluarkan bila ada masalah kewangan.

2) Duit yang orang kasi Kat Alisya, tak kiralah duit raya,pemberian etc...kami tak guna,kami simpan kesemuanya dalam akaunnya.

3) Syilling. Kami ada satu tabung syilling. Any duit syilling dari tol, baki pergi kedai etc, masukkan dlm tabung Alisya. Every few month bank in kan..Latest  dalam RM300 berjaya di bank in...

Hasilnya :

As at todate, ada dalam RM5K dalam akaun Alisya

Okla kan, kalau konsisten kami simpan lebih kurang Rm2.5K setahun untuknya, bila umurnya sudah mencecah 18 tahun, sudah ada lebih kurang RM45K (tidak termasuk compounded dividen )..Campur dividen rasanya adalah at least RM50K kan? How many people yang ada saving dalam RM50k? Umm, myself pun takde simpanan sebanyak tu...

Betulla kata pepatah, Tips Menabung tabung Bunian ni memang sesuai dipraktikkan dengan syarat kenalah Consistent, Disiplin, dan yakin.

P/s : Sikit-sikit Lama-lama jadi Bukit. Kalau tak dapat start big, mulakannya dengan RM1 sehari pun jadi..Sooner or later u will see the result...Setuju tak?
Related Posts with Thumbnails