September 9, 2008

Memori Di Alliance Bank

Pengalaman sepanjang setahun setengah bekerja di Alliance Bank byk mengajarku erti kehidupan di arena pekerjaan.Gambar di atas sempena Pertandingan Boling departmentku.Begitu seronok bekerja di Alliance Bank pada mulanya,banyak yg dapat aku pelajari.Pengurusku Si Steven Chen aka Steven yg dibantu oleh Lim Lee Ling dan juga Mardziah Kassim byk membantu melancarkan lagi proses perjalanan di sana.Mulanya kami ditempatkan di Plaza Hamodal,Section 13, Petaling Jaya.Rakan-rakan yg byk membantu,Dino,Jue,Diana,Dennis,Gopi,Kalai,Pramilla,Tan,dan yg lain-lain cukup memeriahkan suasana.

Kusangkakan panas sepanjang hari namun hujan turun di tengah hari.Rombakan dilakukan oleh pihak pengurusan Alliance Bank dan kami menerima Boss yg baru iaitu Janet Keng.Mulanya semuanya berjalan lancar dan byk perubahan positif yg dibuat utk memajukan perjalanan kerja kami.Namun,selepas berpindah ke Subang Jaya,semakin byk perubahan yg dilakukan yg mula menampakkan riak-riak ketidakpuashatian di kalangan pekerja-pekerja lama.Staff baru diambil diambil dan bermulanya pengambilan pekerja secara beramai-ramai dan kami menerima beberapa pengurus baru.

Seorang demi seorang meninggalkan Alliance Bank pada masa itu.Lee Ling meletak jawatan secara mengejut dan mendapat tawaran dari CIMB,Mardziah meletak jawatan , Steven Chen ditukarkan ke Head Office, Jue meletak jawatan dan bekerja Di Kastam,Diana meletak jawatan dan bekerja di Syarikat Swasta,Gopi ,dan ianya berterusan.Sehinggalah aku juga berjaya mendapat tawaran dari BNM dan apabila memikirkan pro n kons nya,aku mengambil keputusan utk meletak jawatan.

Sekarang,selepas hampir satu tahun berlalu,rasanya inilah antara keputusan yg terbaik yg pernah aku lakukan.MeninggalkanAlliance Bank yg semakin maju namun semakin kurang mengambil berat hal-hal pekerjanya dan beralih ke BNM.I will miss staff in Alliance Bank but not the Alliance Bank itself.To all my friends that still working in Alliance Bank,Good Luck with ur future and if better opportunities arise,don't look back and grab it.U deserve better.

September 2, 2008

Percutian Di Port Dickson

Rezekiku murah.Berjaya utk ballot chalet BNM pada 29/8/08 sehingga 31/8/08.Alhamdulillah.Malam Jumaat tu lepas kerja eyriqaz dan isteri terus gerak ke Port Dickson.Disebabkan hujan,kami berhenti makan malam dulu di Setapak.Lebih kurang pukul 9,kami meneruskan perjalanan.Walaupun sesat sikit kami selamat sampai di Chalet Port Dickson BNM lebih kurang pukul 11 malam.

Eyriqaz just ambil yg satu bilik.Berbaloilah untuk 2 org.Lagipun hanya RM20.Mana nak cari tempat penginapan di PD yg semurah tu.Chalet di PD agak cantik cuma agak jauh dari pekan PD dan susah untuk mendapat 'public transport'.Nasib baiklah kami memandu ke sini.Senanglah sikit.Chaletnya begitu selesa,jauh dari kesibukan bandar,dan menyenangkan percutian kami selama tiga harini.

Hajat ingin mandi di Pantai Teluk Kemang namun selepas puas mencari locker untuk simpan barang,tidak diketemui dan hasrat terpaksa dibatalkan.Takpalah,jalan-jalan di tepi pantai pun memadai.Sempatlah juga mandi di kolam renang di PD,membeli cenderamata dan makan rojak buah yg agak sedap di Pekan PD sehinggakan kami tapau balik.

Semasa pulang,pertama kali eyriqaz memandu kereta di Lebuhraya.Sebelum ni kurang berani kerana dah lama tak bawa kereta dan tak pernah bawa di lebuhraya.Memang seronok juga,90km sejam cam rasa takde apa-apa namun eyriqaz tetap berhati-hati di jalan raya.Kata org,beringat sebelum kena.
Related Posts with Thumbnails