September 2, 2008

Percutian Di Port Dickson

Rezekiku murah.Berjaya utk ballot chalet BNM pada 29/8/08 sehingga 31/8/08.Alhamdulillah.Malam Jumaat tu lepas kerja eyriqaz dan isteri terus gerak ke Port Dickson.Disebabkan hujan,kami berhenti makan malam dulu di Setapak.Lebih kurang pukul 9,kami meneruskan perjalanan.Walaupun sesat sikit kami selamat sampai di Chalet Port Dickson BNM lebih kurang pukul 11 malam.

Eyriqaz just ambil yg satu bilik.Berbaloilah untuk 2 org.Lagipun hanya RM20.Mana nak cari tempat penginapan di PD yg semurah tu.Chalet di PD agak cantik cuma agak jauh dari pekan PD dan susah untuk mendapat 'public transport'.Nasib baiklah kami memandu ke sini.Senanglah sikit.Chaletnya begitu selesa,jauh dari kesibukan bandar,dan menyenangkan percutian kami selama tiga harini.

Hajat ingin mandi di Pantai Teluk Kemang namun selepas puas mencari locker untuk simpan barang,tidak diketemui dan hasrat terpaksa dibatalkan.Takpalah,jalan-jalan di tepi pantai pun memadai.Sempatlah juga mandi di kolam renang di PD,membeli cenderamata dan makan rojak buah yg agak sedap di Pekan PD sehinggakan kami tapau balik.

Semasa pulang,pertama kali eyriqaz memandu kereta di Lebuhraya.Sebelum ni kurang berani kerana dah lama tak bawa kereta dan tak pernah bawa di lebuhraya.Memang seronok juga,90km sejam cam rasa takde apa-apa namun eyriqaz tetap berhati-hati di jalan raya.Kata org,beringat sebelum kena.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails