January 19, 2010

Ika, Kenapa Takut Nak Join Nuffnang?



Seperti yang dijanjikan di entry Penangan Cik Epal dan Melromeo , edisi terjah diteruskan .Sebelum terjah BeautifulNara , terjah kalini buat pengomen terpilih seperti di random.org dan undian pertama dilakukan pada pukul 130petang, 18 Januari dan ianya jatuh kepada :





Inilah Komen si Ika (Hehehe,makin berseri la Cik Epal nampak gayanya)


Inilah komenku selepas menerjah blog si Ika ini :

1)First Impression



Content Warning


Fuhh,takut aku dibuatnya.First time singgah terus kluar content warning.Blog Ika ni sesuai untuk 18 tahun ke atas ke?Ishh2,ni yang makin aku teruja nak buka ni.Namun,bagi setengah orang,cam annoying skit bila ada benda ni  dan mungkin orang terus tutup blog tu tanpa sempat membukannya.Pendapat peribadiku,buangla content warning ini,barulah mesra reader skit.

2)Font dan background rasanya agak susah dibaca


Background dan fontnya tidak sepadan

Hanyalah pandangan peribadi,lain padang ,lain belalangkan?Bagiku yg baru beberapa kali singgah ni rasa macam kena bulatkan mata sedikit hendak membaca ayat-ayat yang ditulis.

3)Takut/Was-was nak Register Nuffnang

Ni antara ayat di entrynya :

""guys. aku kecewa gila sebab tak tau nak register nuffnang.best tengok u guys dapat income, join event, etc.. aku da try, tapi ragu-ragu.. sebab dorang mintak IC number.. so, takutla kalau apa-apa jadi.. kira, kalau boleh, ada jaminan yang data kita tu private dari others. so, camne heh? ada sape-sape yang boleh guide aku tak? macam-macam yang aku nak tau pasal nuffnang. function nye kepada blogger, keistimewaannya, ada pengiktirafan or lesen ke.. macam-macam laa.."

Tak perlulah takut Ika.Nuffnang ni memang boleh dipercayai.Walaupun kurang daripada 5 bulan register dengan Nuffnang,saya dah perolehi lebih daripada RM3K dengan Nuffnang (Income + Hadiah Contest Nuffnang,yang terbaru Samsung Corby yang bernilai RM699).Memang berbaloi2,IC tu untuk pengesahan saja.Tak perlulah risau dan cepat-cepatlah register di http://www.nuffnang.com.my .Di sana pun ada tutorial camne nak letak ads or etc...


Kreatif gambar ini

4)Entry berkisar "Personal Life" dan kehidupannya
-Zaman belajar ,seronokkan?Hey,Cik Epal pun seorang pelajar.Namun,kalau entry disensasikan lagi,tentu lebih menarik.I.e. Lecturer Cun /Hampeh di Universiti, Mamat Skema Jatuh Cinta,Perpustakaan Universiti ku bocor lagi or etc....By the way,minta maap ye Ika,copy paste gambar tanpa kebenaran walaupun amaran keras telah diberikan di belah kanan blog anda.Kalau tak suka,nanti saya removekan kembali ye?

Jadi,apa lagi...Jomlah terjah blog dia ini....Dia ni suka terjah juga org yang mengunjungi blog dia  bila ada kelapangan.

P/s :Cabutan seterusnya untuk terjahan seterusnya akan dilakukan tak lama lagi.Mungkin lebih dari 2 blog lagi yang akan diterjah.Ikut kepada mood dan inspirasi yang datang...

P/s/s :Good Luck Ika....Ala,Sambil menyelam sambil minum Air.Alang-Alang dah ada blog,tak salah dapatkan side Income sekali kan?

P/s/s/s : Jom layan citer terjah di TV3 setiap Isnin pukul 11 malam(entry ini ditulis semasa menonton cerita terjah).Sambil menulis sambil melayan citer ni juga.Manatau dapat Inspirasi...Hehehe...

26 comments:

  1. Wahhh..terjah jangan tak terjahh..kena pakai cap dengan rambut palsu panjang bro..hehehe

    ReplyDelete
  2. ahaha.. content warning.. dlu ak penah letak. tp entry mcm kanak kanak adult kontent hapernyer? wakaka

    ReplyDelete
  3. mai laa terjah blog hamba ni.. teringin nak tau apa impression orang kat blog hamba tuu.. :P

    ReplyDelete
  4. Wah3..ceronottnya cik ika. Bertuah ni. Congrat congrat :-)

    ReplyDelete
  5. bagus terjah2 komen2 mcm ni...kekadang kita perlu perbaiki diri kita melalui pandangan orang lain...takut gak kena terjah ngan GTO ni. kalah nas ahmad...haha

    ReplyDelete
  6. hehe..bila nak terjah blog gwe(err..leh buat request ke di sini..kuang2) ...

    bgs ni bg byk tips.. :)

    n..5mths 3K..wauu..thats big ok..kagum

    ReplyDelete
  7. to ika jgk....jgn takut...xde ape2...
    to eriqazz:wahh...5 bln 3k..nice bro...kena rajin masuk contest...

    ReplyDelete
  8. Wohoho.. Ada edisi terjah2 lak. Bkn nas ahmad je taw terjah2 neh, GTO pn dh terjah2 skrg ni..

    ReplyDelete
  9. kita dah update pasal digi pimp my day challenge. sori arr lambat update sampai dah mng samsung corby pun ye. hehe..

    ada gambar gto, tp mlm tu dah pnt, x bertegur sapa, sori ek.. :)

    ReplyDelete
  10. bagus komen terjah dari tuan rumah , sehebat tajuk blog, 'great teacher....'

    rezeki murah betul ya, 3K tak sampai 5 bulan...
    tahniah!
    usaha memanglah akan membuahkan kejayaan.
    semoga bertambah lagi rezeki di masa akan datang.

    ReplyDelete
  11. salam ziarah dari saya-si budak baru letak nuffnang di blog=p

    ReplyDelete
  12. tq ye..saya pun banyak kenal blogger2 hebat dari terjah2 ni...penulisnya juga tak kurang hebat..chaiyok!!

    ReplyDelete
  13. haha.. comel ada misai ala2 dato X.. LOL..
    saya rase cik gto boleh jadi judge atau pengkritis utk blog2s yg ada. nak2 blog saya.. haha..

    ReplyDelete
  14. Terjah blog saya sama hehehhh:)
    Cik Epal menulis mmg best...bersahaja..:)

    ReplyDelete
  15. mula2, sy pun tkt nk join nuffnang gakk..igtkan berblog tuk saja2 je..
    lepas tgk ramai2 dok suh join nuffnang ni, br sy join..hehhe...

    anyway, thx.. :)

    ReplyDelete
  16. jangan terjah blog saya..
    tkot dpt byk komen3 yg menakutkan.. hehe...
    well.. teruskan menerjah!!! best! he

    ReplyDelete
  17. terjah jangan tak terjah...... bila nak terjah my blog pulak.. he he he.. opsss tak famous kan..

    Afiqah, Apasal Nangis????

    Jom Esso Card

    ReplyDelete
  18. nak tnya klw kita dapat invitation dr nuffnang tuk tgk wayang..bleh ganti kan dengan org lain x? u kan berpengalaman..heehe

    ReplyDelete
  19. baguslah kamu ni..ada sessi terjahlah pulak..terjangkit dari edisi terjah TV3 ek..jomlah kita terjah sesama kita..

    ReplyDelete
  20. wah.. 3k???!!! banyak tu. dasat ah. tabik spprrriiinnnggg toink toink la!!

    ReplyDelete
  21. Good job. Lagipun bukan senang nak terjah blog orang betul tak. Nak kena baca entry diorang n summarize apa yang ada dalam blog diorang yang buat diorang top :)

    ReplyDelete
  22. Bro, tak lama lagik leh join group Abg Naz ~ Terjah hehehehe
    congrats to Ika mendapat terjahan & dpt plak komen2 membina ni!

    ReplyDelete
  23. whoaaa...baru 5 bulan ko join nuffnang terus dpt 3K income....giler masyuk tuh.jeles²..ehehe

    ReplyDelete
  24. fuuyooo, dah dapat 3k 3 bulan je? memang hebat la... :D
    bagus juga kan dapat pandangan dari orang lain.. boleh perbaiki diri lagi.. :D
    Tapi malu pula if diterjah blogger hebat... dah la ayat skema semacam... hahaha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails