October 6, 2010

Pengalaman Di Kampung Sungai Haji Dorani Homestay

Selepas lunch dan menikmati Scenery yang cantik dan mengujakan di Hutan Lipur Kanching, perjalanan MySelangorStory diteruskan dan destinasi seterusnya adalah Kampung Sungai Haji Dorani Homestay. One of the reason i joining mySelangorstory journey adalah untuk menikmati pengalaman di Homestay, sudah lama teruja dan ingin menikmati pengalaman di Homestay yang semakin hari semakin disebut-sebut oleh ramai orang.

Inilah Pengalaman Saya di Kampung Haji Dorani Homestay :









Introduction By Kak Ning ( One of the best Tour Guide I Ever Met)

Kami disambut dengan paluan kompang (ewah,ewah,macam nak kahwin pula)
Sambutan yang Meriah Sekali
Dipersembahkan tarian Kuda Kepang
Video Kuda Kepang
MySelangorStory Peserta pun mencuba sama
Persembahan Barongan juga (lebih kurang macam gaya budak nakal menghiburkan tetamu)
Video Persembahan Barongan

Selain daripada Kuda Kepang dan barongan aktiviti lain yang boleh disertai/dipilih adalah Memancing Ikan, Mengagau Ikan, Main Layang-layang, memancing Belut, Aktiviti di sawah padi daln lain lagi.Lebih lanjut bolehla singgah di official websitenya [ Haji Dorani Homestay ]

Akhirnya kami mengikut ibu/bapa angkat masing-masing untuk merasai hidup di homestay. Saya, Spectre, Fadli, dan Victor mengikut Pakcik/Bapa Tohid ke rumahnya yang bersebelahan dengan sawah padi.

Sekitar kawasan Rumah Ayah Tohid
Santai dan menenangkan fikiran berada di suasana kampung

Suasana di Sawah Padi

Sayang, ketika kami datang ketika musim baru menanam padi, kalau tidak boleh melihat sawah padi yang menghijau dan menguning. Oh, rupa-rupanya banyak filem/drama dilakonkan di sini dan diantaranya adalah Drama Epilog Syurga Cinta lakonan Adik Mia Sara Nasuha.

Melangkah kaki kanan, masih di Mood raya, dijamu kuih raya
Inilah bilik yang saya kongsi dengan Spectre

Dalam pukul 6 petang, kami dijemput makan tengah malam. Nyam,nyam, selera kampung yang nampak sedap dan lazat.
Sememangnya lazat, saya tambah nasi lagi. Sudah lama tidak merasa masakan sebegini. Kat KL, memang sukar dicari kesedapan ini.

Perut sudah kenyang, aktiviti petang, saya lepak-lepak di luar rumah dan berborak-borak dengan Encik Tohid dan Isterinya. Memang peramah mereka, seperti layanan ibu dan bapa sendiri. Pelbagai cerita dikongsi daripada pengalaman pelancong asing menikmati homestay, anak belajar, aktiviti lain di homestay ini dan pelbagai lagi.

Bersama Isteri Encik Tohid (gambar encik Tohid belum sempat ditransferkan lagi)

Pengalaman di Homestay yang begitu menarik sekali. Terhibur hati, tenang dengan suasana kampung dan sawah padi. InsyaAllah, akan kusinggahi lagi bawa anak dan bini nanti, bolehla terjah ke UPSI sekali, Universiti Isteri yang hanya 30 Minit dari Homestay Ini.

More information about Kampung Sungai Haji Dorani Homestay :


Pengalaman menguja di Homestay ini
Sungguh seronok dan gembira hati
Akan kusinggahi lagi suatu hari nanti
Makin teruja untuk terjah Homestay lagi

Terimakasih buat Tourism Selangor yang membawa kami ke sini. Juga buat wakil/penduduk kampung Dorani Homestay atas layanan yang begitu meriah sekali. Sungguh teruja dan rasa tidak mahu pulang ke kota ini.

P/s :Pernah mengalami pengalaman Homestay? Apa pengalaman anda pula?

P/s/s : Apa pandangan anda pasal Homestay ini?Adakah ianya sesuatu yang menyeronokkan dan percutian yang mesti dirasai?

*** Silalah Undi Saya untuk entry ini [ Klik Here]

10 comments:

  1. pernah juga cari2 homestay sebab budget dia murah sedikit kalau nak pergi melancong.
    Bila kita ambil pakej homestay, maknanya sekali dengan makan minum kan...?

    ReplyDelete
  2. @maslinamansor :yup,biasanya dah included..harga murah,lain dari yang lain...puas hatikan?

    ReplyDelete
  3. insya allah tahun depan kami one big family nk booking homestay haji dorani ni sebab nk beraya kt rumah nenek. maklumla family dh semakin berkembang, tak muat umah nenek nak tampung semua tidur kt sana.. umah nenek mmg kt area sini.

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah tinggal kat homestay tapi saya pernah tinggal kat kampung...rumah saya dulu betul2 tepi bendang macam ni....best sgt lepak2 kat situ waktu petang....how I missed my good old days...

    ReplyDelete
  5. tak sngka plak kat situ ada tpt yg cantek..slalu lalu mcm biase jer. bgs org2 kampung skrg. pki carik duit..

    ReplyDelete
  6. Bokde Sah ( tuan rumah yg ada pentas ) anaknya Kang Amat tu makcik suami Kak Jie..kami tiap kali raya datang ke sini. selalu tengok gambar² pelancong yang menginap kat sini.

    ReplyDelete
  7. nak try laa pasnie...nampak mcm best jek

    hehe (^v^)

    ReplyDelete
  8. Oh, homestay ni yg dekat dgn kelip2 tu kan? Host dia mmg mesra abis. :)

    ReplyDelete
  9. @lydzar :wah2,bestnya..pengalaman beraya di homestay..tentu meriah...

    @ieda :yup,dulu2 kecik3 slalu main baruh dan pantai..bila pergi homestay ni,teringat kenangan memancing, tangkat ikan,lintah, mandi baruh n etc

    @Razis:agree..memang cantik dan pandai diorang cari duit sampingan..better stay there than hotel..

    @Kujie:oh ye ke?blelah saya singgah nanti...

    ReplyDelete
  10. @cimon:memang bestt..singgahla bro...bawa mak ayah sekali..

    @atreyu strange :haah,yup..host dia memang mesra habis...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails