Showing posts with label myselangorstory. Show all posts
Showing posts with label myselangorstory. Show all posts

August 25, 2011

Jom Join MySelangorStory 2011

MySelangorStory 2010 Masih kekal dalam Memori

Jom Join MySelangor Story 2011. Event yang menguja buat bloggers kini muncul kembali bagi sesiapa yang mahu join contest travel di tempat-tempat menarik sekitar Selangor, berblogging dan berpeluang memenangi hadiah menarik. Travel Period 28 September – 02 October 2011. Contest Travel yang dianjurkan oleh Tourism Selangor ini pasti menjanjikan seribu satu pengalaman yang sukar dilupakan di dalam memori.

Pengalaman saya menyertai MySelangorStory2010 memang menguja [ Klik Sini ]. Pengalaman sukar dilupakan sampai bila-bila especially Persahabatan yang dibina  serta melawat tempat-tempat yang menarik di Selangor. The best tempat rasanya bagi sata ketika melawat Haji Dorani Homestay. Suatu pengalaman yang sukar ditukar ganti.

Lebih gembira, bila turut memenangi Most Interactive Blog .Memang manis...

Hadiahnya memang mempesona.Ada yang sudah diguna, diberi hadiah buat orang tersayang, di give awaykan, cuma satu je Voucher Hadiah Tropicana medical check up masih belum terima. Teringin juga nak buat check up. Takperlah, kalau ada rezeki,tak ke mana kan? . Tahun ni tentu hadiahnya lebih menarik rasanya.

Memang teruja nak join serta juga tahun ini, namun apakan daya, faktor kerja, masa dan keluarga membataskan untuk turut serta tahun ini. Korang yang free, bolehla join sekali di http://www.myselangorstory.com/ . Cepat-cepat, dateline untuk hantar submission anda pada  2 September 2011, 2359hours (GMT +8:00).

Sebelum terlupa, sedikit teguran buat pihak penganjur especially Tourism Selangor. Firstly on timing hantar submission rasanya kurang sesuai. Yerlah, ramai tengah sibuk untuk berpuasa/beraya. Tak sempat nak buat entry/video untuk join "Contest Travel" ini. Feedback dari rakan-rakan bloggers especially.

2ndly, on promosi. Pengalaman dan Contest menarik, cuma rasanya promosi masih kurang berkesan. Tak ramai bloggers yang tahu Pasal MySelangorStory 2011 ini. Feedback dari salah seorang guest writer di Eyriqazz.Com :

"Bagi memastikan lebih ramai peserta bagi tahun 2011, adalah wajar jika hebahan tentang kontes ini dijalankan dengan lebih meluas dan  besar-besaran dan lebih praktikal peserta-peserta kontes yang pernah memenangi My Selangor Story 2010 sama-sama mempromosikan My Selangor Story 2011.  Dengan ini saya percaya, akan lebih ramai blogger yang akan tertarik dan ternanti-nantikan kontes ini."

My suggestion, approach Nuffnang as mereka mempunyai lebih dari 100 ribu bloggers di bawah mereka/berpuluh ribu bloggers sekitar KL/Selangor dan promosi di sana tentu akan memberikan impak yang besar bagi mempromosikan MySelangorStory 2011 ini.

Lastly, satu inisiatif yang bagus dari Tourism Selangor bagi mempromosikan Tourism di Selangor dan juga memberikan peluang kepada bloggers untuk travel di tempat-tempat menarik di Selangor yang semuanya disponsor.


MySelangorStory 2010 event yang menguja
Masih mekar dalam ingatan, takkan ku lupa sampai bila-bila
MySelangorStory 2011 kini muncul pula
Inilah giliran untuk anda mencuba nasib dan menikmati pengalaman yang sukar didapati di mana-mana

Terjahi http://www.myselangorstory.com/ untuk lebih lanjut

February 23, 2011

Elizabeth Wong Like Your Entry

Eyriqazz bersama Elizabeth Wong EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment Selangor , [ Genting Highlands Destinasi Pilihan ]


MySelangorStory  2011 penyertaan bakal menyusul tak lama lagi, apa lagi Amy, taknak mencuba nasib ke? Yup, tak kenal maka tak cinta, dah kenal terus tergoda dan pengalaman menguja sukar dilupakan sampai bila-bila. Tanyalah yang telah menyertai MySelangorStory 2010, mereka tentu akan katakan yang sama.

P/s : Oh, saya rindu kenangan bersama MySelangorStory 2010. Good inisiatif to promote Tourism in Selangor but i think more promotion are needed to promote this event.

P/s/s : Korang taknak join MySelangorStory 2011 ke?

February 5, 2011

Tak Kenal Maka Tak Cinta|Tourism Selangor & MySelangorStory

Tak kenal maka tak cinta... bila dah kenal, terkenang-kenangkannya...!

Saya telah dijemput oleh saudara Eyriqazz untuk menyertai program pay per post anjuran beliau ini.... Tugasan yang diberikan bukanlah mudah... peluang yang diberikan juga seharusnya dihargai dan tidak mungkin disia-siakan.

Ya, bukan mudah rupanya untuk membuat entry tajaan/Sponsored Post, memerlukan komitmen yang tinggi dan penuh dedikasi.... Maka saya mencuba sedaya upaya untuk memenuhi segala cirri-ciri dan syarat-syarat yang diperlukan untuk menulis entry ini.

Baiklah, kita terus kepada isinya....

Tourism Selangor telah menyediakan banyak rangkaian tempat untuk kita nikmati bersama keluarga.  Siapa sangka, rupanya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Selangor.

Rumah Buluh Betong Resort

Apabila saya melayari laman web Tourism Selangor, hati saya telah tertarik kepada Rumah Buluh Betong Resort.  Tidak saya sangka, Selangor mempunyai tempat yang indah dan unik sebegini.  Saya pasti akan datang bercuti ke sana suatu hari nanti.

Kompleks yang dibina tidak sahaja dengan rumah buluh, tetapi merupakan gabungan dari rumah Bambu, Sunda Garden & perabot buluh.  Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin merasai kelainan dari kehidupan kita sehari-hari.

Tekanan kehidupan kota yang sesak dan memenatkan, pasti akan dapat menenangkan fikiran sesiapa sahaja yang singgah di sini.

Kuan Wellness Eco Park

Jika memerlukan lawatan atau pelancongan singkat terutamanya bersama keluarga dan anak-anak, saya pasti akan memilih Kuan Wellness Eco Park.
Taman ini adalah pelopor dalam pengeluaran sarang burung di Malaysia. Di sini kita boleh melihat dan mempelajari bagaimana proses-proses sarang burung dihasilkan.  Mungkin kita akan berjumpa dengan satu pengalaman yang  baru di sana?

Bukan setakat ini sahaja, ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan mungkin amat sesuai dengan jiwa kita...!  Tak kenal maka tak cinta!!

Dan kerana bila tak kenal maka tak cinta saya berpendapat, Selangor Tourism seharusnya membuat hebahan dengan lebih meluas lagi tentang keindahan dan pelancongan di negeri Selangor.

Adakan lebih banyak promosi dan pakej pelancongan yang bertaraf mampu bagi mereka yang tidak berpendapatan tinggi supaya tarikan harga yang murah itu dapat mendorong mereka untuk melancong ke Selangor.

Bercakap pula tentang My Selangor Story, ini adalah satu laman kontes yang dipelopori oleh Pelancongan Selangor untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan sumber pelancongan yang sangat kaya untuk dijelajahi dan dinikmati oleh pelancong di seluruh dunia.

My Selangor Story 2010 telah menerbitkan ramai pemenang di kalangan blogger yang telah sama-sama menulis dalam blog masing-masing tentang keindahan pelancongan, tempat makan dan santai di Selangor.  Banyak hadiah-hadiah yang menarik yang telah disertakan oleh penganjur. 

Adakah sudah terlambat untuk menyertai kontes ini....? 
My Selangor Story 2011 sedang menanti para blogger untuk sama-sama bersaing dan bercerita tentang pengalaman masing-masing tentang pelancongan di Selangor!! 

Bagi memastikan lebih ramai peserta bagi tahun 2011, adalah wajar jika hebahan tentang kontes ini dijalankan dengan lebih meluas dan  besar-besaran dan lebih praktikal peserta-peserta kontes yang pernah memenangi My Selangor Story 2010 sama-sama mempromosikan My Selangor Story 2011.  Dengan ini saya percaya, akan lebih ramai blogger yang akan tertarik dan ternanti-nantikan kontes ini.


Sudah bersedia? Kalau belum bersedia, mari kita sama-sama membuat persiapan.  Nantikan pengumuman tentang My Selangor 2011 yang akan dilancarkan tidak lama lagi!

Mengenai Penulis :Entry ini ditulis oleh Amy dari http://sw33tdarling.com/, Salah seorang blogger pertama yang saya berjumpa face to face di alam nyata. Seorang ibu yang gigih, seorang blogger yang  sentiasa berusaha meningkatkan diri, dan juga tidak mudah putus asa. Cabaran saya di twitter disahutnya dan terhasillah entry ini. 2 komen terbaik entry ini akan memenangi 5 GTO Pointz.


Tahniah buat Mama Zharfan dan Far_East , 2 pengomen terbaik entry ini. 5 GTO Pointz each for u.

January 11, 2011

MySelangorStory 2010 Prize Giving Ceremony

Entry dah agak basi.Dah lebih sebulan berlalu. Namun, saya nak updatekan juga. Better late than never kan? 

MySelangorStory 2010 Prize Giving Ceremony

Thanks especially buat semua readers. Tanpa komen-komen membina dari anda, surely saya tidak akan menang.Quite happy ,siapa yang tak suka menangkan+ the only winner 4 MySelangorStory yang menulis dalam bahasa Melayu. I will keep writing in Malay even I know the chances of winning the contest is higher if i write in English. Bahasa Budaya Bangsa, tak gitu? Don't get me wrong, most "big company" are using English as their main language and writing in english will be an extra advantage. Lagipun, menang kalah adat dalam pertandingan la kan?

Bersama Peserta dan Pemenang-pemenang yang lain . Senarai Pemenang yang Lain bolehla terjah entry INI
One of my Sweetest Blogging Memory in 2010
3 Bujang Lapok Tetap Cool Seperti Selalu
Eyriqazz Sekeluarga
Peserta bersama Elizabeth Wong EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment Selangor
Eyriqazz dan Elizabeth Wong
Eyriqazz and Grand Prize winner: Dian of wanderlustheories.blogspot.com

A well deserve win for her. Gambar dan videonya diolah dengan begitu menarik. Oh, i wish I have the skills like her. Boleh improvekan kualiti of my blog better.
Eyriqazz dan Amelia , The MSS Guardian @ Hot Mommy
One of the most talented/happy go lucky person i ever met

Terimakasih buat Tourism Selangor dan MySelangorStory atas pengalaman yang mengujakan. I believe i won't get it elsewhere . Memang unik dan lain dari lain. One of the best moment in my life. Oh, stay tune. MySelangorStory 2011 akan dibuka penyertaan tak lama lagi. It will be bigger, better and........Terjahla di MySelangorStory official website untuk updates ya.

MySelangorStory 2010 event yang menguja
Masih mekar dalam ingatan, takkan ku lupa sampai bila-bila
MySelangorStory 2011 bakal muncul pula
Inilah giliran untuk anda mencuba nasib dan menikmati pengalaman yang sukar didapati di mana-mana

P/s : Amcam, berminattak nak join MySelangorStory 2011 pula?

December 7, 2010

Eyriqazz Menang Most Interactive Blog For MySelangorStory

Alhamdulillah, selepas lebih sebulan menanti, akhirnya keputusan diumumkan :



Eyriqazz Menang " Most Interactive Blog for MySelangorStory"
Pemenang dan Peserta MySelangorStory yang lain

Alhamdulillah, walaupun tidak menang Top 3 hadiah, menang hadiah ini pun sudah cukup gembira :

1)2-day-1-night stay at Sunway Resort Hotel & Spa sponsored by Sunway City Berhad
2)1 set Sunway Lagoon entrance tickets (04 adults entrance tickets per set value at RM400) sponsored by Sunway City Berhad
3)Pentax Optio H90 worth RM 849.00 sponsored by DSC World Sdn Bhd
4)Tropicana Medical Centre health screening voucher sponsored by Tropicana Medical Centre
5)Haven Restaurant cash voucher worth RM 100.00 sponsored by Haven Restaurant @ Ampang Look-out Point

Terimakasih buat semua pembaca yang telah membaca dan mengomen entry MySelangorStory saya, tanpa komen-komen dan feedback dari anda, for sure I won't win it. InsyaAllah, akan diadakan give away, planning nak kasi give away Haven Restaurant Voucher, ok tak?

More updates pasal event ni nanti, sebelum tu, MySelangorStory 2011 akan muncul dengan lebih gempak dan Kebaboomm..Korang join la, memang berbaloi-baloi.

Tahniah buat pemenang MySelangorStory yang lain, yang tak menang, u all the winners too. The friendship and Experience we get from this event ,we will never found it elsewhere. Good Luck to All, yes blogging can make a good side Income to All.

Special thanks to All yang buat entry juga untuk Eyriqazz. U know who u are...

P/s : Jangan takut untuk mencuba dan join Contest. Yes, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu? Tak gitu?

October 13, 2010

My Video Moments | MySelangorStory 2010

Salam tengah malam dari eyriqazz,


Just nak berkongsi video yang sempat diambil ketika MySelangorStory yang sempat diuploadkan di Youtube. Jom layan :


Hantu di I-City Shah Alam 

Jalan-Jalan di Uptown Shah Alam

Silap Mata Di Uptown Shah Alam

Layan Karaoke di Uptown Shah Alam

Geng Bujang Lapok Berkaraoke di Uptown Shah Alam

Salah Satu Proses yang Perlu Dilakukan dalam Penghasilan Pewter di Royal Selangor

School of Hard Knocks

Oh, Ini bukan Video saya,tapi lebih kurang camnilah Persembahan Jerome Murat di Dazzle Show Genting Highlands


P/s : The rest of the video bolehla terjah entry-entry saya yang lain di MySelangorStory . Last but not least, jangan lupa : 




Vote Eyriqazz For MySelangorStory Entry


P/s/s : If you have any good fedback on places that I visit during mySelangorstory, tinggalkan komen/cadangan/kritikan di mana-mana entry itu as judges/Tourism Selangor will read on the comment too. Jadi, mungkin komen-komen itu akan membantu dalam memperbaiki mutu Pelancongan di Selangor. To make a changes we must start from ourself rite?

October 9, 2010

Vote Eyriqazz For MySelangorStory Entry

You Can Make A Difference | Undilah Eyriqazz (25% Mark Come From Your Vote)


Buat semua pembaca eyriqazz.com. Di sini , eyriqazz memohon jasa baik semua untuk Mengundi eyriqazz for MySelangorStory Entry (Final Journey). Hadiah menarik menanti sekiranya eyriqazz menang. InsyaAllah, jika menang, rezeki akan dikongsi-kongsi lagi. Mudah saja, hanya pergi ke Link Vote itu dan tekan star (1-5 star). Mana-mana yang rasa saya layak menerimanya. Inilah entry-entry eyriqazz (More than 15 entries) to show my commitment and I really serious with this Contest/ to Promote Tourism In Selangor :

1) The First Day Moments that I Miss [ Entry / Vote ]
2) Ada Apa Di I-City Shah Alam [ Entry / Vote ]
3) Pengalaman Malam Pertama|Uptown Shah Alam Entry / Vote ]
4) Pengalaman Berharga Di Royal Selangor Entry / Vote ]
5) Genting Highlands Destinasi Pilihan Entry / Vote ]

6)Genting Highlands Theme Park dan Dazzle Show Yang Memukau Entry / Vote ]
7) Hutan Lipur Kanching Entry Vote ]
8) Pengalaman di Kampung Haji Dorani Homestay Entry Vote ]
9) Kelip Kelip Kampung Kuantan Entry / Vote ]
10)Satay Hut Lagi Sedap dari Satay Kajang Entry Vote ]

11) Say Goodbye to Haji Dorani Homestay Entry / Vote ]
12) Hotel Pyramid Tower Destinasi Dituju Entry / Vote ]
13) Tropicana Medical Centre Entry / Vote ]
14) Keseronokan di Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon Entry Vote ]
15) Jamu Selera di Awan | Haven Restaurant Look Out Point Entry / Vote ]

16) The Friendship that Will Live Forever Entry / Vote ]
17)Feedback Buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory Entry / Vote ]


Oh, tertinggal satu :


18) Preview | First Day at MySelangorStory Journey [ Entry / Vote ]

Appreaciate your vote semua. 25% markah datangnya dari undi. Jika ada kelapangan, kasila komen di entry-entry di atas.Cadangan, feedback,komen, kutukan atau apa saya yang anda rasa bagus bagi memperbaiki Industri Pelancongan di Selangor. Idea anda didengari dan akan dibaca oleh Tourism Selangor untuk memperbaik mutu pelancongan di Selangor. 

Anda komen, anda vote, InsyaAllah, industri pelancongan di Selangor akan lebih ke hadapan demi kebaikan kita bersama. I Love Selangor and jom sama-sama majukan pelancongan di Selangor. Every Vote/Comment is Count. Do so to make a difference.

P/s : Why you should Vote for Me ? Simple,...I love to Make a difference and speak out my mind.... 

October 8, 2010

Feedback Buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory

Ini adalah entry terakhir saya untuk MySelangorStory Journey. So, untuk entry terakhir ini saya dedicatekan entry ini buat :

Penaja MySelangorStory (kredit gambar kepada MohdZaid.Com )

dan Juga Penganjur MySelangorStory

Straight to the point, inilah feedback/komen/cadangan/kritikan membina dari saya buat Penganjur dan Penaja MySelangorStory :

Pandangan dari Wakil Tourism Selangor

1) Tourism Selangor  (Penganjur Utama)
- Inisiatif yang begitu bagus dan berkesan mempromosikan pelancongan di Selangor dengan menggunakan platform blogging. Bak kata YB Elizabeth Wong , blog semakin mendapat tempat di mata masyarakat dan orang ramai lebih suka mendengar feedback peribadi daripada iklan yang agak annoying di kaca tv.

-Friendly staff dari Tourism Selangor yang ikut serta. Seronok berbual bual dengan Encik Fazli, Kak Ning (tourist guide yang dipilih oleh Tourism Selangor), Hafeez dan lain-lain.

- Which one are the official website for Tourism Selangor? Bila search di google keluar 3 yang agak sama iaitu : http://www.tourismselangor.org , http://www.tourismselangor.gov.my/ ,dan  http://www.tourismselangor.com/ . Mungkin agak mengelirukan bagi sesetengah orang.

- Twitter dan Facebook kurang aktif saya nampak. Rasanya di zaman sekarang, Facebook dan twitter adalah salah satu medium perantaraan yang begitu penting.

- Website SelangorShine nampak menarik

- Linkkan pengalaman/entry blog berkenaan tempat yang menarik di Selangor di Official website, jadi pengguna/bakal pengunjung dapat membuat penilaian dengan lebih berkesan.

- More event to create buzz i.e. Pertandingan Permainan Tradisional, Pertandingan Fotographi tempat-tempat menarik di Selangor, Pertandingan Sukan dan sebagainya.

- Perbanyak event seperti MySelangorStory ini . Next time mungkin boleh buat dalam 100 bloggers pula, tentu lebih meriah dan mengujakan.

- I 100% agree with this statement by YB Elizabeth Wong in NST : 

"Selangor Tourism, Consumer and Environment committee chairman Elizabeth Wong said the blog has become an important information search tool for travel as well as a platform for smart shoppers to share their experiences." 

Cubalah Search Haji Dorani Homestay, Satay Hut Tanjung Karang,  Uptown Shah Alam dan Tropicana Medical Centre to name a few and some of our entries berada di halaman pertama ataupun kedua Google Search. 

2) Horizon Communications/Wonderwoman Amelia  ( Penganjur Bersama)
- One woman show. Superwoman. Berkesan dan bijak dalam mengatur emosi dan mengawal kelancaran program/journey ini. It is not an easy job. I almost tarik diri dari journey ini, mujurlah ada persefahaman dan tolak ansur, saya teruskan perjalanan event ini. Congratz and Thanks Amelia. You really did a really tremendous job.
- Amelia serba boleh. She can sing, she can dance, she can tell a story, she can make you laugh, what else you want ? Umm, can you beat Thrishtan in Wrestling Amelia or kalahkan Max dalam larian? 

3) Fireflyz (Official Airline
Pandangan,pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

4) Sunway City Berhad (Official Integrated Resort ):
- Salah satu tempat popular yang kami pergi tidak disediakan slideshow berkenaan tempat/intro berkenaan hotel,shopping complex, dan juga theme park. I know, it was a free and easy day, tapi rasanya lebih elok diberikan sedikit introduction around 5-10 minutes jadi sesiapa yang tidak pernah datang especially dari Indonesia dan Singapura dapat mengetahui dengan lebih details berkenaan hotel, shopping complex dan theme park.

- Kemudahan public transport yang bagus untuk ke sini.

- Harga tiket yang agak mahal ke Sunway Lagoon especially untuk middle income/lower income . Saya kebiasaannya ada event, mungkin Sunway City boleh adakan promosi diskaun bagi mereka yang selalu shopping di Sunway Pyramid . The more people come, the merrier kan?Apa salahnya berkongsi kegembiraan buat mereka yang mungkin teragak-agak untuk membeli tiket yang berharga RM50+ seorang (Including myself la tu)


5) P1 Wimax (Official Broadband Provider )  
- The only place that I can get internet connection during that journey is Charlton Hotel Shah Alam dan PetalingStreet ( laju juga) dengan menggunakan Wiggy wifi. Tempat lain seperti Genting Highlands, Haji Dorani Homestay, Sunway, tidak dapat membuat 'connection' langsung.

- Namun, saya faham yang P1Wimax semakin memperbaiki dan meluaskan kawasan liputannya.

- One of the best broadband in term of customer service in Malaysia, saya pernah menggunakannya sebelum ini dan customer servicenya memang pantas dan cepat dalam menjawab persoalan/troubleshoot. Juga aktif di Facebook dan twitter jadi jawapan dapat dibalas dengan cepat.

- Perbaiki kemudahan, coverage, dan speed ,dan sekarang ini saya masih mencari wireless broadband yang boleh dibawa untuk jalan-jalan dan saya yakin di masa hadapan yang P1wimax mungkin boleh menjadi salah satu pilihan saya.  

6) Resort World Genting (Official Resort) :
- Marvellous, excellent, layanan terbaik yang pernah saya perolehi.

-Staff yang peramah dan mudah diajak berbual 

- Facility yang terbaik dan menggiurkan hati

- Komen peribadi, mungkin Resort World Genting boleh mencari inisiatif baru/back up plan bagi pengunjung yang berkunjung terutamanya during peak hour. Saya pernah mengalaminya datang dengan abang ipar sekeluarga. Outdoor theme Park, satu game, terpaksa beratur lebih setengah jam. Cadangan : Mungkin sistem tiket bernombor boleh diperkenalkan jadi tidaklah bosan menunggu dan terjah ke tempat yang kurang sibuk dahulu.

- Kemudahan public transport terbaik. Pernah ke genting Highlands dengan menggunakan teksi dan juga bas. Harga pun berpatutan dari pelbagai lokasi strategik dengan jadual perjalanan yang agak kerap.

- Hotel. 92% penuh seperti diberitahu. Umm, teruja juga untuk menginap di hotel yang berada di atas. Selalunya booking di Genting Awana/Genting View di bawah nama syarikat. Mungkin once in a while Genting World Resort boleh adakan harga promosi bagi pengunjung setia, pengunjung bertuah, dan lain-lain.

7) Haven Restaurant (Official Restaurant):
Pandangan,pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

8) Pentax ( Official Camera)  
 Pandangan, pengalaman dan cadangan sudah berikan di entry INI  .

Terus terang saya katakan kualiti kamera agak bagus , hargapun berpatutan jika dibandingkan dengan competitor yang lain cuma rasanya kurang promosi yang berkesan. Mungkin boleh approach Nuffnang untuk mempromosikan produk dengan lebih berkesan dengan create buzz yang menarik i.e. event, contest online dan sebagainya. 

9) Royal Selangor (Official Souvenir)  
 Pandangan, pengalaman dan cadangan saya sudah berikan di entry INI

10) Pusat Perubatan | Tropicana Medical Centre ( Official Medical Centre) 
Pandangan, pengalaman dan cadangan  sudah berikan di entry INI

11) Casahana (Official Gift Shop) 
Beberapa hari selepas pulang ke rumah, isteri bertanya, abang ,sedaplah MoonCake tu, Mak dan Abah pun suka. Tentu Mahalkan? Ohh, saya pun terus mencuba, memang sedap seperti dikata. Cadangan : Letakkan sekali harga makanan/produk yang dijual di official website jadi orang ramai mudah untuk membuat keputusan untuk membeli.

Tak lengkap rasanya jika saya tidak akhiri dengan pantun :

Terimakasih Buat Penaja dan Penganjur MySelangorStory dari saya
Event/Journey menarik dan terbaik sudah semestinya
Pengalaman Berharga , berkongsi informasi buat semua
MySelangorStory 2011 dan seterusnya jemputla lagi saya, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahi untuk menyertai Journey yang mempesona

Last but not Least, I Love Selangor 

Appreaciate your Vote, Please Vote For Me HERE
Related Posts with Thumbnails