Tak kenal maka tak cinta... bila dah kenal, terkenang-kenangkannya...!
Saya telah dijemput oleh saudara Eyriqazz untuk menyertai program pay per post anjuran beliau ini.... Tugasan yang diberikan bukanlah mudah... peluang yang diberikan juga seharusnya dihargai dan tidak mungkin disia-siakan.
Ya, bukan mudah rupanya untuk membuat entry tajaan/Sponsored Post, memerlukan komitmen yang tinggi dan penuh dedikasi.... Maka saya mencuba sedaya upaya untuk memenuhi segala cirri-ciri dan syarat-syarat yang diperlukan untuk menulis entry ini.
Baiklah, kita terus kepada isinya....
Kenali Tourism Selangor dan My Selangor Story
Tourism Selangor telah menyediakan banyak rangkaian tempat untuk kita nikmati bersama keluarga. Siapa sangka, rupanya banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di Selangor.
Apabila saya melayari laman web Tourism Selangor, hati saya telah tertarik kepada Rumah Buluh Betong Resort. Tidak saya sangka, Selangor mempunyai tempat yang indah dan unik sebegini. Saya pasti akan datang bercuti ke sana suatu hari nanti.
Kompleks yang dibina tidak sahaja dengan rumah buluh, tetapi merupakan gabungan dari rumah Bambu, Sunda Garden & perabot buluh. Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin merasai kelainan dari kehidupan kita sehari-hari.
Tekanan kehidupan kota yang sesak dan memenatkan, pasti akan dapat menenangkan fikiran sesiapa sahaja yang singgah di sini.
Jika memerlukan lawatan atau pelancongan singkat terutamanya bersama keluarga dan anak-anak, saya pasti akan memilih Kuan Wellness Eco Park .
Bukan setakat ini sahaja, ada banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan mungkin amat sesuai dengan jiwa kita...! Tak kenal maka tak cinta!!
Dan kerana bila tak kenal maka tak cinta saya berpendapat, Selangor Tourism seharusnya membuat hebahan dengan lebih meluas lagi tentang keindahan dan pelancongan di negeri Selangor.
Adakan lebih banyak promosi dan pakej pelancongan yang bertaraf mampu bagi mereka yang tidak berpendapatan tinggi supaya tarikan harga yang murah itu dapat mendorong mereka untuk melancong ke Selangor.
Bercakap pula tentang My Selangor Story, ini adalah satu laman kontes yang dipelopori oleh Pelancongan Selangor untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan sumber pelancongan yang sangat kaya untuk dijelajahi dan dinikmati oleh pelancong di seluruh dunia.
My Selangor Story 2010 telah menerbitkan ramai pemenang di kalangan blogger yang telah sama-sama menulis dalam blog masing-masing tentang keindahan pelancongan, tempat makan dan santai di Selangor. Banyak hadiah-hadiah yang menarik yang telah disertakan oleh penganjur.
Adakah sudah terlambat untuk menyertai kontes ini....?
My Selangor Story 2011 sedang menanti para blogger untuk sama-sama bersaing dan bercerita tentang pengalaman masing-masing tentang pelancongan di Selangor!!
Bagi memastikan lebih ramai peserta bagi tahun 2011, adalah wajar jika hebahan tentang kontes ini dijalankan dengan lebih meluas dan besar-besaran dan lebih praktikal peserta-peserta kontes yang pernah memenangi My Selangor Story 2010 sama-sama mempromosikan My Selangor Story 2011. Dengan ini saya percaya, akan lebih ramai blogger yang akan tertarik dan ternanti-nantikan kontes ini.
Mengenai Penulis :Entry ini ditulis oleh Amy dari http://sw33tdarling.com/, Salah seorang blogger pertama yang saya berjumpa face to face di alam nyata. Seorang ibu yang gigih, seorang blogger yang sentiasa berusaha meningkatkan diri, dan juga tidak mudah putus asa. Cabaran saya di twitter disahutnya dan terhasillah entry ini. 2 komen terbaik entry ini akan memenangi 5 GTO Pointz.
Tahniah buat Mama Zharfan dan Far_East , 2 pengomen terbaik entry ini. 5 GTO Pointz each for u.
Tahniah buat Mama Zharfan dan Far_East , 2 pengomen terbaik entry ini. 5 GTO Pointz each for u.
selangor masih banyak tempat menarik yang belum dikunjungi, kene pergi tourism selangor ini.
ReplyDeleteJauh perjalanan luas pemandangan,itulah ungkapan paling menarik untuk diungkapkan.Selangor,sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sejarah.Mempunyai pelbagai khazanah menarik untuk diterokai dan dipelajari.
ReplyDeletePelbagai tempat menarik wajib kita terokai bersama.Katalah apa sahaja,semuanya hanya di Selangor.:)
tahniah kepada sweetdarling sebab berjaya create satu entry yg sgt menarik dan simple.
ReplyDeletebila saya baca, hati saya sgt tertarik dengan rumah buluh betong dan satu lagi destinasi pilihan penulis. mungkin kalau disertakan dengan lokasi dan pakej2 yang ditawarkan di lokasi pelancongan tersebut akan memudahkan para pembaca seperti saya :) - sebgai cadangan shj.
tahniah eyriqazz atas penganjuran sponsored post ni.
tahniah sweetdarling , sy hampir2 ingatkan bro eyriqazz yg tulis entry asal ni ... ;)
ReplyDeleteyes , Selangor mmg byk tempat2 menarik yg wajib dijelajahi oleh warga Selangor sendiri , juga semua rakyat Malaysia . Tak kenal maka tak cinta lah ... tak perlu melancong jauh2 , di negara sendiri pun masih banyak 'permata' yg belum dirungkai ;)
entry yg menarik, santai tapi padat dan berinformatif.
ReplyDeletethumbs up to sweetdarling :)
bila me siap baca entry ni, terasa nak berkunjung and merasai pengalaman overnite stay kat rumah/chalet buluh yg unik tu..
me sgt bersetuju dgn saranan sweetdarling psl selngaor tourism kena giatkan usaha promosi--sbb me sendiri yg tinggal kat Selangor, agak kurang informasi tempat2 menarik yg boleh dikunjungi.
me sbg seog seorg blogger memang teringin nak join myselangor story tu--tp rasanya me tak dpt nak berikan komitment (being a mother of 2 kids)--lebih sesuai utk seorg papa mcm eyriqazz and those ladies yg bujang (less commitment) sbb me kurang sangup nak tinggalkan anak2 utk memenuhi komitment (me bacas emua entry eqyriqazz psl my selangor story last year)
last but not least, well done sweetdarling for a well presented writing up. u memang boleh pergi jauh ni :) congrats and all the best yer!
tulislah byk2 pasal selangor lagi...
ReplyDeleterumah buloh betong tu jumpa tak dengan buloh betung? huhu
ReplyDeletemenariklah! nak jalan-jalan kat selangor lah pulak. thanks bro dengan informasi yang sangat-sangat berguna :)
ReplyDeletethanks 4 those yg suka dgn my entry ni.. This is my 1st trial, mmg nervous dan terima kasih juga atas guide yg diberikan oleh bro eyriqazz
ReplyDeletetahniah Amy sebab dapat peluang dari Bro Eyriqazz..Satu info yang amat berguna nie bagi pelancong2 luar Selangor..
ReplyDeleteSebab selalunya kaalu kita nak melawat tempat2 luar nie akan search Internet. Jadi bila dah ada maklumat lengkap dalam blog macam nie pasti memudahkan kita pilih yang terbaik sepanjang percutian.
Saya pun selalu kalau nak berjalan2akan search laa cik google cari tempat2 best...tapi kebiasaan yg dapat, maklumatnya terhad.
Tak pernah tahu tentang kewujudan Rumah Buluh Betong Resort di Selangor ni. Banyak juga tempat menarik di Selangor ni, ya. Setakat ni, Sya sendiri pun tak pernah bercuti di Selangor. Bercuti di KL pernah lah. Mungkin boleh Sya jadikan Selangor sebagai destinasi untuk Family Holiday tahun depan. Sebab setahun sekali je ada Family Holiday. Teringin juga nak join MySelangor Story tahun lepas. Tapi, rasa macam jauh la pula kalau nak join. Tambahan pula, perlu minta cuti bekerja. Tapi tahun ni, InsyaAllah, mungkin Sya akan mencuba nasib untuk menyertainya. Akan menantikan pengumuman untuk MySelangor Story 2011. Tak kenal maka tak cinta, kan. Kalau dapat join MySelangor Story tu, barulah akan kenal dan jatuh cinta sekali. =D
ReplyDelete#Abu Mansur:terjah jangan tak terjah...
ReplyDelete#haiqal :semuanya ada?umm...Pasar cam Pasar Siti Khadijah ada tak ya?
#Syima Emi:setuju..more information yang simple dan padat is better..
#Ummi Hanie :setuju..jangan sampai permata yang hilang barulah sebut nak melancong di negara sendiri..huk3...
#Mama Zharfan;setuju..rasanya promosi yang dijalankan oleh Tourism Selangor amatlah kurang dan kurang berkesan...Perlu lebih pro aktif dan kreatif dalam mempromosikan Tourism di Selangor..My suggestion : Buat satu event yang gempak ..Boleh la Approach Nuffnang..they have the expertise...
#nuyin2u:InsyaAllah, more to come...
#khairul hisyam:hik3...entah...
#Miza Yusof :sama2..kredit to amy dari sweetdarling....
#sw33tdarling :sama2..sharing is caring kan?
ReplyDelete#far_east:setuju..samalah dengan saya...more info/input menarik pleasee ...
#Sya Isya :Joinla..memang meriah..Once in a lifetime opportunity..bukan mudah nak merasainya...I nak join this year, but tak layak dah..hik3...
hai. boleh tau tak kat mana tempat sarang burung tu?area mana ye kat selangor?tanx..;D
ReplyDelete