Bukan senang untuk membuat perbandingan
antara blogger sebenarnya, tambah-tambah lagi blogger yang kita masih belum
kenal tetapi dek tugasan yang diberikan, perlulah saya membuat sedikit kajian
dan mengenali penulis blog kepada abangensem.com dan nadot.my dengan
lebih mendalam.
Sebelum saya membuat perbandingan antara dua blog ini saya akan memperkenalkan kepada semua siapakah sebenarnya tuan empunya blog abangensem.com dan nadot.my:
[
Source ] : abangensem.com
|
|
|
|
[
Source ] : nadot.my
|
Kita akan berbicara
berkenaan AbangEnsem dahulu. "AbangEnsem" mungkin
penulis-penulis blog baru seperti saya sendiri agak tidak mengenali akan siapa
dan mengapa penulis blog ini digelar AbangEnsem. Menurut kajian dari beberapa
buah blog, kebanyakannya besetuju mengatakan AbangEnsem ni memang kacak sampai
Aaron Aziz pun tergugat dan gosip dari Mak Jemah ada mengatakan AbangEnsem sekarang
sedang sibuk untuk dapatkan Six Pack pada badan beliau.
Selain itu, blog AbangEnsem
juga dikenali kerana dikatakan taukeh Ebook Hartanah yang berjaya di Malaysia
sehinggakan ramai anak-anak muda yang berminat untuk menceburkan diri dalam
bidang hartanah. Menurut pandangan peribadi apa yang AbangEnsem cuba lakukan
adalah satu perkara yang baik, kerana tidak ramai anak-anak melayu yang
menceburkan diri dalam bidang ini, kebanyakannya bukan dari kaum Melayulah.
AbangEnsem juga dikhabarkan
sedang sibuk dengan persiapan untuk menganjurkan seminarnya yang bakal
berlangsung pada bulan hadapan. Seminar yang bakal berlangsung tersebut
merupakan seminar yang ke 13 dianjurkan oleh beliau.
"Nadot" agak kelakar nama blog tersebut, tetapi kita tiada hak untuk ketawakan mana-mana orang kerana itu hak mereka. Sebuah lagi blog yang saya baru juga kenal, sekali imbas entri-entri didalam blog tersebut terfikir pulak mesti kaki makan perempuan ni, awesome dapat kenal blogger kaki makan, kita serupa.
Kalau perhatikan
betul-betul lah gambar Nadot ni dah macam bekas guru saya jer, mula-mula
terkejut jugak, mungkin betul cikgu sejarah saya punya blog takut pula nak
update entri ni, kang takut kena sumpah dengan cikgu heheh nasib baik bukan.
Untuk pengetahuan semua Nadot merupakan bekas pelajar Universiti Malaya dimana
disitulah tempat saya belajar sekarang. Boleh ajak senior ni ngeteh lepas ni
hehehe.
Perbandingan antara
AbangEnsem dan Nadot mari kita saksikan:
|
|
|
*hasil
kaji selidik pada blg mereka
|
Apa yang jelas berbeza pada
mereka adalah cara mereka mengetengahkan blog mereka dimata pembaca sehinggakan
boleh berjaya dan terkenal dengan blog mereka. Jika ingin menjadi yang terbaik
mestilah belajar dari yang terbaikkan, so jadikan mereka sebagai panduan ketika
dalam masalah.
Artikel ini dibawakan khas oleh Jal merupakan
seorang pelajar, penulis bebas dan pemilik blog Maza Mohd sempena Birthday
Eyriqazz



























