Baruje lepas Menonton Nur Kasih The Movie bersama Isteri malam tadi di GSC Midvalley. Agak kepelikan coz masa booking online petang tu banyak seat yang kosong, dan dengan happynya dapatla booking seat yang digemari. Well, Inilah Review Peribadi dari eyriqazz :
Apa Yang Best Pasal Nur Kasih The Movie ni?
@ Banyak unsur-unsur kekeluargaan di selitkan. Hubungan kekeluargaan yang jitu, Air dicincang takkan putus.
@ Ada Adik Mia Sara. Comel dan menceriakan filem ini.
@ Cerita agak jiwang dan menyentuh perasaan juga, kasih sayang seorang Isteri, Suami, Anak, Ibu, rakan, dan etc diselitkan dengan begitu menyentuh jiwa. Kalau feel betul-betul citer ni, memang boleh nangis dibuatnya.
@ Kakak sebelah eyriqazz nangis teresak-esak. Huk3, buat eyriqazz pun mahu nangis sama.
@ Dapat tunaikan hasrat Isteri teringin sangat nak tengok movie ni.
Apa Yang Kurang Best Pasal Nur Kasih The Movie ni?
@ Sedih je memanjang. Huk3, nak santai-santai kan diri. Tapi ,bila asyik sedih je memanjang, rasa kurang bestla pula. Maybe expectation saya, cerita ini bercorak "Romantic and Lovely " bukannya sedih-sedih...
@ Some Part macam kurang real especially part keretapi meletup. Badan terbakar, darah, kurang real.
@ Tizz Zaqyah nampak lebih menawan dan cantik di Drama Nur Kasih jika dibandingkan dengan Nur Kasih The Movie.
@ Tudung Tizz Zaqyah kurang cantik. Dalam Drama rasanya byk yang lebih cantik (Oppps, sampaikan tudung ko usharr? ). Apapun, pandangan peribadi. Orang lelaki ni manalah pandai sangat bak2 tudung ni kan? Hik3...
@ Cerita mostly berkisar tentang Adam dan Nur Amina . Tak suka part Wifey Aidil meninggal. Banyak watak menarik cam hilang especially Ummi Nazeera (fuuh, really love dia berlakon...) .. Memang twisttt cerita...
@Cerita agak lost buat seketika. Sampaikan wifey cuit, "Abang, tak fahamla jalan ceritanya "
@ Anak Aidil ketika besar dilakonkan oleh "Norman Hakim" . Umm, takde orang lainke?
Overall, saya kasi rating 6.5/10. Saya lebih sukakan dramanya jika berbanding dengan Nur Kasih The Movie ni... Apapun, lain padang lain belalang kan? Boleh la baca review mereka ini juga :
P/s : Korang dah tengok Nur Kasih The Movie ? Apa pula pandangan anda?
dah tengok! sokonggg..
ReplyDeletesangat tak best part memanjang nak sedih.. hahhaa
tapi ending complicated dan terbaikK!!
sedih sedih.. takmo laaa tgk.. aku tak tgk lagi.. huhuhu
ReplyDeleteNasi Itik Kwek Kwek TTDI
personally, sy suke cerita ni. one of the best malay movie. dan kalau bab tudung tu, rasanye bro silap pndg ni, dlm drama teruk sgt kot tudung2 si nur tu, senget benget awningnye, dlm filem ni, ariani sponsor, jauh lebih cantik. ;)
ReplyDeletewoohaa..tak sabar den nak usha kat panggung...:)
ReplyDeletesedih itu trilll jugak kadang2...:)
ahcooooiii
tips terbaru
Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka
Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan
Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???
Tips 10 Petanda Dia Jodoh Kita
Bila Bercinta Dan Disalah Ertikan
Apekah Pasangan Itu Gula - Gula???
Tip Memupuk Minda Kelas Pertama
alahaaaiii. belum sempat pegi tengokkkk ! teringin ~
ReplyDeletebuat la hepi2 n bahagia2 baru best..haha
ReplyDeletebelum tengok, tak ada sapa nak temankan, suami kurang minat cerita air mata gini..
ReplyDeletenak nonton kat rumah je nanti, bnyk komen kata kurang memuaskan, ntah betul ke tidak....apa2 pun sokong filem melayu.
ReplyDeleteme tak minatnak tgk sbb drama pun me tak pernah tgk kan :)
ReplyDeletemmg la seat dah kosong skrg ni... sbb org layan kung fu panda la ni... ;p
ReplyDeleteblm tgk.. tapi org kata gmbr pmndgn nya menarik..
ReplyDeletebelum tengok lagikkk.... huwaaaa...
ReplyDeletenak gi tengok lah nih...
terbaik ker?
tgk tgk lg..tapi mak saya dah tgk..dia kata best dan sedih tul, sampai teruk dia nangis dlm panggung..tp x tau la, sbb mak saya mmg over sensitip..mmg suka nangis..hehehe
ReplyDeleteblum tgok lg...
ReplyDeleterase cam kurang menyengat la movie ni...
ReplyDeletedengar khabar tak ada kat astro first, tunggu dvd ajalah
ReplyDeletebelom sempat tengok lagi.. ajak laling tak mahu sokmo.. huhu..
ReplyDeleteaku nak tahu apa kata ISTERIMU tentang NUR KASIH nie.......
ReplyDeletepandangan lelaki lain dgn perempuan yek!!!!!!!
Sumijelly.com
dah tengok jugak..rse membazir 13 ringgit...hahaha jln cerita kdang2 buat org blurr.... part org terbakar tu lawak sbb nmpk sgt tak realnyerr... rating sy kasi 2 jerr drpd 5..okeyy lah tu kan..haha
ReplyDeleteTak sempat lagi nak tengok Nurkasih the movie ni.. tapi kalau ada yg nak layan drama boleh download dekat sini ye
ReplyDeletehttp://sedutje.blogspot.com/2011/05/download-slot-drama-tv3-nur-kasih.html
lagi satu tema NURKASIH sekali jee....panggung agak kurang sebab ramai yang beralih tengok citer pirate dan kung fu panda 2.....
ReplyDelete