December 18, 2011

Kau Ingat LRT ini Kau yang Punya ke?

Lokasi : LRT Taman Melati
Masa : lebih kurang 3pm, 17 December 2011
Tempat dituju : KLCC


Actually, ini rasanya kali kedua saya naik Putra LRT sejak dia memperkenalkan sistem token/coin tu. Yerlah, tunaikan hasrat anak teringin sangat nak naik LRT. Inilah lebih kurang perbualan kami :



Eyriqazz : Alamak, boleh guna machine je ke..Kaunter tak boleh beli tiket. Khas utk Touch n go n MyrapidCard. Info pasal MyrapidCard, Click Here

Eyriqazz : Umm, tak boleh beli tiket pergi balik ke?
Staff LRT : Tak boleh, single je. Memang machine tu camtu 

Eyriqazz : Umm, ni bukan menyenangkan, tapi lebih menyusahkan pengguna.
Staff LRT : Dah machine dia design camtu (suara dah semakin tinggi). Kalau tak suka, naik teksi je laa...Lebih mahal la, sanggup bayarke?.... (terus blah....)

Amboi, manis sungguh gaya bahasa. Saya jarang naik LRT, so salahke bertanya. Dan camni ke cara treat pengguna? Serius tak puas hati dengan caranya....


To make it worst, WTFish with the machine? Only accept coin, RM1 and RM2? Kat mana nak cari RM2?
Kalau time tu ada RM5 or RM10 je, camne? Ada machine tukar duitke?

Serius, sebagai pengguna saya keliru bila dia tukar sistem/machine ni. First, dahla tak boleh beli tiket pergi balik. 2nd, kaunter yang ada pekerja utk touch n go n myrapidcard je (special treatment due to???).... Then, accept RM1,coin and RM2 je? Umm, curious,curious....


Nasib baik time ni tak ramai orang...

Kaunter yang ada pekerja...Lengangje...Umm, what a waste of resources n waste our time to beli tiket dekat machine

Inilah coin/token yang dimaksudkan

Secara positifnya ,apa yang saya nampak, token ini akan menjimatkan kos operasi RapidKL, lebih senang diselenggarakan, mesra alam sekitar compare to tiket kertas,senang dibawa,dan kurang skit kerja pekerja di kaunter. 

Tapi, in term of implementation, banyak part perlu diperbaharui/dititikberatkan especially keselesaan pengguna yang memilih untuk tidak menggunakan Touch n Go & MyRapidCard especially bukannya pengguna tegar LRT macam saya, pelancong, etc.

Di LRT Taman Melati okla lagi coz tak busy. Check it out masa di KLCC :


Perghh, giler ramai beratur queue nak beli token. 
1st kalau ada pergi balik, kan dah lebih cepat?
2nd : Adakah penggunaaan machine sepenuhnya untuk token/tiket ini menguntungkan pengguna or RapidKL sahaja?
Serius, saya sedih...

Masa pulang dari KLCC, lebih kurang 15 minit nak beli token tu saja.Ada makcik-makcik tu saya perhatikan duduk di satu bucu bersila sambil menunggu anak-anak queue beli tiket rasanya.  Come on la RapidKL, time is precious. Don't waste our time.Takkan coz nak jaga touch n go n etc, pengguna yang guna token dianaktirikan?Mereka pun pengguna juga...

Serius, dahla KL ni dari dulu lagi problem dengan pengangkutan awam ,ditambah pula dengan hal-hal sebegini, memang sakit hati dibuatnya. Please,please, tell your staff to go for customer service course. Plus, sistem token tu perlukan pembaharuan. Saya sampai skang tak faham, kenapa tak boleh buat pergi balik? Bukankah ianya lebih menyenangkan pengguna especially time peak especially time pergi kerja/balik kerja?Adakah ini salah satu cara slowdownkan pengguna so takdelah LRT tu sentiasa pek macam sardin?Umm, entahla...

Entry ini akan saya forwardkan juga kepada RapidKL .

P/s : Kenapa saya suka complaint? Umm, salahke kalau untuk kebaikan bersama? Saya hanya mempertahankan hak Saya sebagai Seorang Pengguna [ Hak-Hak Pengguna] . Salah satu hak itu adalah, Hak untuk bersuara dan memberikan pandangan tentang isu pengguna. Umm, better cakap depan-depan dari cakap belakang-belakang pastu komplain "No Action Has Been Taken?". 

UPDATED 27 December 2011 - Jawapan Balas dari MyRapidKL

76 comments:

  1. Perghhh biar betul beb?
    ramai giler.. mcm menyusahkan je ni..?

    ReplyDelete
  2. Ya lemh perlu d perbaiki bro.. Sebgai pengguna kt ada hak

    ReplyDelete
  3. gitulah nampaknya bro....dan mesin nie semestinya akan hadapi masalah pengembalian wang baki....taktik diorang suruh pengguna beli kad la tue

    ReplyDelete
  4. xtaw pon LRT guna sistem mcm tuh sj=kang..one word..menyusahkan..plus staff lrt tuh mmg xblaja customer service ke ckp kt cust mcm tuh..pelik la org mcm nie..da keje awak..bt je la.hah kn da emo..thx bro..bgz u suka komplen2 nie..sbb bru ada tindakan nnt if ade staff rapidkl yg bce ke..:)

    ReplyDelete
  5. tu tak kira lg bila 1 ari tuh depa offline kan sume touch n go nyer topup - mmg menangis beratur (T_T)

    p/s:nasib staf lrt tempat gua sweet2 jek (^v^)

    ReplyDelete
  6. rasanya to make life easier, semua org kena ada sekeping kad touch n go sorang sekeping...me sbb memang guna kad ni so far tak de prob lah..sgt convenient...tapi those yg tak de kad ni memang akan menghadapi prob...

    ReplyDelete
  7. Memang mengarut betul, kena improve banyak ni

    ReplyDelete
  8. ehh ehh teruknya perkhidmatan dia...dah la tak mesra pelanggan langsung....

    ReplyDelete
  9. Bagus bro..saya setuju dengan pandangan bro ni..walaupun saya tak duduk kl, tapi saya dapat rasakan masalah ni, mmg bukan menyenangkan..suara rakyat memang patut didengari..

    ReplyDelete
  10. menyushakan jugak...xtau sbb tak naik Lrt ..hehe

    ReplyDelete
  11. pelik jugak sebab tak boleh nak beli tiket pergi balik.sedangkan komuter yang tak berapa tu boleh je..huhu

    ReplyDelete
  12. Good job bro! Mmg hak kita untuk komplain. Mungkin staff yg xde budi bahasa tu minority saje.
    Nak tahu juga apa reaction RapidKL.

    ReplyDelete
  13. Walaupun x selalu x naik train,kamu bleh belajar system baru ni kan??kenapa x nak terima perubahan??kenapa pelancong yg baru dtg ke negara ni reti berdikari utk beli token dimesin..anda patut rasa malu dengan pelancong negara asing..melayu pemalas!!!!

    ReplyDelete
  14. ye, saya sokong kalau bro nak adu kat pihak yg berkenaan.. dulu saya pengguna tegar lrt tapi sekarang dah x sebab tukar tpt keja... dan saya xtau pon sistem dia bertukar mcm sekrg.. melalui cerita bro, saya boleh bayangkan betapa teruknya keadaan masa peak hour..

    plg penting kebiadapan staff lrt tu sendiri mmg x leh blah.. mmg kena g kelas customer service.. rugikan org mcm ni diletakkan sbg org yg akan berinteraksi dgn customer...

    p/s: bukan rm2 bank negara dh stop keluarkan ke? mmg jrg dh tengok rm2 sekrg.

    ReplyDelete
  15. salam

    kalau tak baca entry ni tak tahu pun LRT dah tukau sistem token.. hmm.. baru je kot tak naik LRT dah tukar.. hmm...camne kalau dah susah camni..dah la saya kalau turun Kl naik LRT..hmm..

    pandangan saya tak patut betul la dorang buat sistem ni..sebab betul2 menyusahkan pengguna..huhu..jd makin lambat..:(

    ReplyDelete
  16. Kita bakor kita bakor kita bakor je...

    ReplyDelete
  17. agak2 la yea... selain 'pemalas' boleh tambah lagi ... hipokrit
    bukan semua 'melayu' pernah naik lrt...

    ReplyDelete
  18. sebabtu saya beli touch n go untuk elak diri dari susah macam tuh.diorg memang tak mesra pelanggan langsung

    ReplyDelete
  19. lagi diorg buat improvement, lagi mengarut yg jadi...masalah la kalau guna mesin2 ni...better guna jer cara konvensional...kan..

    www.dzuandiey.com

    ReplyDelete
  20. i setuju.. kalau kes macam saya kat klcc tu, rase nak nyumpah je setiap kali, sorry to say, malukan dekat foreigner.. of cos foreigner pergi tempat yang tourist attraction macam klcc, beratur punye la panjang nak nak time peak hours.. memang i think sekarang ni depa pakse semua orang pakai touch n go

    ReplyDelete
  21. ni mesti mesin out-dated. buat spek masa RM2 masih ada jaman dulu. harap2 LRT > efisyen lepas ni. dahla kemudahan komuter sangat menyedihkan.. kasihan rakyat M'sia.

    ReplyDelete
  22. kalo betul2 environmentally, haruslah boleh beli 2way punya token..

    setuju dgn mama zharfan..

    ReplyDelete
  23. penggunaan token nie bukan sahaja menyusahkan pada remaja dan para pekerja yang menggunakan kenderaan awam. tapi yang sedihnya lagi sian bila tengok ade makcik/pakcik teraba2 cari balik mana token yang die letak kt dalam kocek seluar/beg tangan.. sangat menyusahkan.. dan paling menyakitkan hati bila touch n go yang digunakan perlu ade limit above rm3 baru lepas nak guna.. walhal destinasi yang nak di pegi hanya rm0.70 sahaje sehala...

    ReplyDelete
  24. Penggunaan sistem tiket baru bukan memudahkan tetapi menyusahkan... Aku lebih selesa guna Touch 'n' Go... Buang masa nak beratur panjang-panjang... So suggest kepada pengguna LRT sekelian... Gunalah kad Touch n Go... Kalo nak jimatkan masa dan peluh... Kalo korang jenis yang suka beratur dan pada masa yang sama dok membebel dalam hati maki hamun RapidKL... Terpulang... Sebab sudah ada yang mudah nak cari yang susah... Kita nak komplen kat kakitangan RapidKL pun x guna... diorg cuma KULI...

    ReplyDelete
  25. Boooo! Komuter zaman kuno tu pun ada tiket pergi balik..

    Ye kut, dah lupa. Dulu ada, skang tak tahu la. Dah lama tak naik public transport. Kerajaan galakkan penggunaan pengangkutan awam, tapi servis kalau tak bagus macam mana?

    ReplyDelete
  26. sokong sangat2! dulu pun pernah kena cam ni.. masa zaman naik lrt.. suka2 hati je staff dia nak marah kita..

    ReplyDelete
  27. ada juga yg bg cdgn suruh pakai touch n go.

    dlm hal ni jelas bro eriqaz bukan selalu naik lrt. takde sebab semata2 nak naik lrt - kene beli touch n go utk setiap org anak, atuk, nenek dan sebagainya.

    pastu boleh tak topup touch n go tu rm5 je?

    ReplyDelete
  28. bagus Eyriqazz.. kakyong sokong walaupun kakyong jauh di Ipoh, tp mana lah tahu bakal jd pengguna juga...


    ntah sapa lah punya idea utk guna mesin token & lupa nak buat function utk tiket pergi-balik..

    pastu ade customer servis yg tak mesra pengguna pulak tu..

    ReplyDelete
  29. #Papa PUSS:entahla..bagi saya kalau nak tukar machine pun, at least buatlah kajian menyeluruh dan survey pengguna dulu..tup2 bertukar..kalau lebih menyenang, takpe, ni saya tgk queue makin panjang adalah...

    #Myvitrd :Indeed...Kita yang membayarnya...so,sooner or later, maybe harga lrt bakal naik pula?

    #hazman aka species1980:eden pun jarang guna kredit kad...especially takut tercicir...ingat lagi pengalaman pi stadium guna touch n go..ada touch n go,balance rm50+..tup2 tercicir coz bersesak2..so ,this is one of the reason eden tak guna touch n go...

    #ieyka dinda :yup,saya dah forwardkan kepada rapidkl..tgkla apa kata mereka nanti

    ReplyDelete
  30. Seriusly setuju seratus peratus!

    ReplyDelete
  31. #cimon:nasib baik awek tu cun bro..kalau tak cun? nangis tak berlagu laa kan?

    #Mama Zharfan :indeed..tapi tak semua orang selesa nak gunakan touch n go especially pengguna tak tegar + kalau travel dalam bilangan yang ramai...

    #Sharinginfoz :bro antara pengguna tegar lrt,so i think bro pun lebih faham kan?

    #far_east:tuhla..suka suki je nak marah2 pengguna...

    #Huda :keluarga saya ramai yang tak duduk kl..so saya dapat rasakan apa yang bakal jadi in future bila bawa ke klcc,masjid jamek, kl central etc....why make our life more difficult?

    #HafizRahman.com :nanti dah bekerja di KL bro alami la sendiri..hik3

    #aku:yup..saya memang tak faham, why there are no two way tickets?apa rasionalnya?

    ReplyDelete
  32. #Bo the Nerd :yup..setuju bro..jangan kerana nila setitik,rosak susu sebelanga..

    #Anonymous :amboi2, baling batu sembunyi tangan?

    #Syima Emi:indeed..mmg rm2 dah tak dikeluarkan lagi..so, apa rasional masukkan rm2 dlm tu?

    #Chekgu Azrine :makin lambat mb untuk mengurangkan bilangan yang naik train pada satu2 masa? soo..tak bersardin sangat maybe?

    ReplyDelete
  33. Mmg dah lama sgt tak naik LRT, serius tak tahu skrg dah pakai token. Perubahan boleh dilakukan, sepatutnya rapidKL berubah kpd lebih baik. Dah lama dlm bidang pengangkutan awam, sepatutnya mereka dah tahu apa yg pengguna nak. Inilah hasil dr sistem monopoli, mereka tahu susah mcm mana pun org akan naik juga, tak de pilihan lain.

    ReplyDelete
  34. Salam bro..

    Saya dah lama tak naik LRT so tak tau pun tentang penggunaan token ni. Tentu kalau saya pergi ke stesyen LRT, saya pun akan berada dalam situasi seperti eyriqazz. LRT ialah sistem pengangkutan awam, so mereka kena lah mengutamakan orang awam.

    Mesti buat official report n cc report ke org tinggi di RapidKL.. Can get info on the website.. As pengguna kita memang kena mempertahankan hak kita

    ReplyDelete
  35. untung sgt ynn ade touch n go, mmg xsanggup nak beratur beli tiket, lagi2 beratur nak beli tiket ktm oh tidak, walaupun ynn bukan pengguna tegar lrt/ktm but mesti kene ade touch n go. lebih rela topup touch n go dr beratur mcm tu -.- abg eyriq pun kene mcm tu HAHAHA

    ReplyDelete
  36. stop being a bitch!! kenapa x laporkan jer kat customer servis, suruh dia pecat pekerja tu?ni membebel mcm pompuan, owh silap maybe u r 1...dan betul lain kali naik teksi atau beli tiket rapid tu..mentality kampung mmg susah nak hilang...live with it!!

    ReplyDelete
  37. @Anonymous :Umm, baling boomerang nampak? i already did what i suppose to do...what have u done?

    ReplyDelete
  38. #Liyana Lunia :it is not worth it for me to buy 2 touch go for short term use....

    yup,mmg advantage ada touch n go tapi ianya tak semestinya sesuai for everyone....samalah juga di tol, dan lama diperkenalkan touch n go, but many people still prefer manual..there must be a reason rite?

    Kemajuan itu perlu, tapi biarlah 'win-win' situation...

    ReplyDelete
  39. yg tu satu hal bro. last time me naik bas rapid kl. sekali dia mintak ic utk touch,langsung x leh detect :p suh guna touch n go, mana laa bawak sbb simpan dlm kereta. last2 dia bagi free jer laa naik ;p sbb kita nak naik jugak .

    ReplyDelete
  40. bkan semua staff kurang ajar ada yg ok, itu bkn slah kompeni tapi slh staff 2 sendri
    saya biase tgk staff rapid kne maki psal bende token ni, tapi die kool je..........

    ReplyDelete
  41. Salam... Mencelah skit.l.... Nak bagi tips....

    Mungkin sedara sedari yang memerlukan return journey ticket.. Boleh beli 2 single journey ticket... InshaAllah boleh... Tak percaya cube ler... Tapi pastikan perjalanan anda cukup tambang nye... Kalo tak kene bratur gak kat kaunter tu nanti... Jumper lagi custumer service yg tak de etika tu lagi... Kannnnn...

    Satu lagi tips... Klo saudara saudari pengguna tegar lrt ni... Saya sarankan guna laa MyRapid atau TnGO.... Sesiape yang guna kete pastu lalu toll ... Then parking kete guna lrt... Di galakkan guna TnGo... Tapi TnGo kalo nak topup/atau ade masalah ape ape... Susah sket kot... Kengkadang rapidkl tak boleh solvekan problem Tngo tu... Korang kene gi Opis Tngo sendiri..

    Tapi sape sape yang naik lrt je hari hari... Saya cadangkan guna la MyRapid card tu... Card tu boleh di top up kat machine pon boleh... Kat counter pon boleh.... Tapi better kat machine laa.... Kang jumper lagi custumer service yang tak beretika tadi lagi kan.... Aku dengar cite... MyRapid card tu boleh guna kat Monorel ngan Bus soon... Dan mungkin akan ade product product ticket yang lain mungkin.... Kita ngk laa nanti cam ner... Mungkin saudara saudari akan menghadapi masalah guna system baru ni... Maklom laa system baru... Harap harap rapidkl baca komen komen kat sini... Mungkin depa boleh membaik pulih kelemahan yg sedia ada....

    Cuma kalo sy boleh bagi pandangan sket.... Kalo kita ngk negara negara yang dah berpengalaman dgn lrt ni.... Macam singapore, hong kong, china.... Depa pakse custumer die orang guna machine... Custumer service just assist pelanggan pelanggan yang ade masalah jek... Mungkin perkhidmatan macam tu lagi mudah dari segi operasi kot.... Pada saya, baik kita beratur panjang untuk mengadap machine dari kita beratur panjang mengadap custumer service yang moody ... Btol tak... Kang penat beratur dapat.. Hangin satu badan pon dapat... Cume rapid kl kene tau cam ner nak takle utk elak beratur panjang kat machine la... .mungkin depa kene tambah machine machine beli tiket ke... Kannn...

    Saya sekadar mencurah idea utk kegunaan kita bersama....

    ReplyDelete
  42. Salam bro blogger...
    aku rasa LRT ni ahmad albab yg punya la..entry yg menarik..

    bese la bro sistem baru..pasti ade kelemahan yg perlu diperbaiki..forward je kat RapidKL tu!
    tambah pulak rakyat 1Malaysia dan warga asing yg kurang bijak nk guna sistem 'canggih' ni..
    sume nk manja beli kat kaunter, alasan xreti nk beli kat mesin..
    kalau sedara pengguna LRT tegar, cuba la lihat gelagat pengguna..macam2, bukan bro sorang je..manusia la katakan..
    smpi bile nk manja beli kaunter?? tu la sebab negara maju cam Singapore (klu penah g n guna sistem depa la) xbukak kaunter, sume paksa beli mesin..setakat tukar duit besar bole buat kat kaunter..
    lagi satu macam la sume ni tak pernah bayar duit parking kat mesin mall ke pe, sume pakai duit cukup2...maybe kene tambah mesin je in future
    papepon customer service RapidKL mmg sux..mentaliti kene perbaiki, bahasa diorang mmg kasar!

    ReplyDelete
  43. Beratur je la. Klcc dah tentu mmg dari zaman dulu ramai org. Bukan skarang. Ko sendri ckp tmn melati xramai, sbb tempat tu mmg ceruk. Kalau ko dah biasa naik lrt cam org2 yg keje kat situ, ape nk bising nye? Serupa ldp jam tiap2 pagi kat tol sbb suma org nk pegi keje. Sape nk komplen? Klcc dgn klsentral kalau xsesak mmg magic la.. kalau xnk beratur panjang, ko berenti kat stesen damai. Konfem xramai.. ko nak bandingkan klcc dgn taman melati... Macam ko nak bandingkan kl dgn sungkai. Agak2 la...

    ReplyDelete
  44. dah dapat feedback belum?

    dah lama tak naik LRT ni..selalu gak naik kalau malas nak redah jem

    ReplyDelete
  45. salam pemilik blog....
    bagus isu yg awak letak dlm blog ni...dari yg tak tau pasal sistem baru dh dpt tau...
    bagi saye la as a regular lrt customer since 2006..sistem baru ni tak de masalah...cume mentality sesetengah pengguna je yg bermasalah...kita semua sekolah kan..kenal abc kenal 123...kenape kita tak boleh membaca...kenape kita tak boleh usaha...cube tgok org luar mcm pelancong...boleh je diorg gune sistem ni...penah juga mase saye beratur kat kaunter lrt..mat saleh tu dtg dr uk...dia just dtg tanya nk stop kat twin tower,stesen mne yg patut dia stop..staff tu pon ckp klcc..terus dia pusing pg kat mesin beli tiket...tertanya2 jugak kenape dia buat mcm tu..kalo di pikir2 kan balik kat kaunter tu tulis customer service office...bukan nye kaunter tiket....erm...memang patut la mat saleh tu beli kat mesin...pasal staff yg kurng etika saye setuju gak...tapi kita kena pikir la..sebelum2 kita naik dah berape ramai yg maki hamun diorg pasal sistem baru ni...cube kita di tempat dia...mampu ke sepanjang hari hadap maki hamun,caki maki dr org...mungkin tidak kan...tak tau la kalo pemilik blog ni jenis yg tahan maki...maklum lah...great teacher kan...mesti la great segale2 nya.......hari2 sye guna lrt...hari2 ad je yg maki hamun staff kat mesin lah kat kaunter lah...tapi diorg stay je nk tolong walaupun kena maki...cube la banyak kan mentality diorg...tak kesian ke.....pasal tiket two n flow ni...tak silap dh 5 taun di mansuh kan..penah tnye kat staff kenape tak buat dah..diorg ckp sbb customer ni pandai....pandai ape eks....pandai tipu rupenya...agak marah jugak....tapi staff tu ckp...diorg beli tiket sehala...tapi ckp return journey...dah sah2 blik naik free...memang la return journey tu international dh gune...tapi segelintir pengguna ni tak international....memang kita sebagai pengguna ad hak nk bersuara...tak di nafikan...selame naik lrt ni...tak penah pon ad kenaikan harga...same je..dr gombak ke kelana jaya still lagi harga same....di situ rapidkl dh buat kebaikan....kenape tak suara kan kebaikan itu...hanya keburukan je nampak....pasal terlalu crowd kat klcc tu memang betol...bygkan la..klcc tu ad 88tingkat drab dua bangunan...kan ramai tu...tak trmasuk lagi org asing...saye yg g keje hari2 benti kat klcc pon bileh je hadp...ni kan bru 2,3 kali turun klcc...name pon kawasan tumpuan awam...mcm ni lah pemilik blog...lrt ni kan public transport...kalo rase kita tak boleh ikot sistem diorg tak sangguo nk beratur...tak sanggup menyadinkan diri dlm tren...naik la kenderaan sendiri...selesa..luas...tak ramai org.....lrt kan murah...kalo kete tu mahal la sikit...puas hatu redah jem..puas hati cri n bayr parking..puas hati byr minyak...puas hati dgar staff sendiri(anak2or bini)membebel sbb jem......terpulang la kat pemilik blog....nk pilih yg selesa or yg sesak...sbb pilihan ditgn anda...cube la kita pikir sejenak....kenape dulu pam minyak ad org isikan..tapi sekarang kena isi sendiri...kenape tak kita bising...mne hak pengguna kita...ok lah pemilim blog...sye sebagai pengguna tegar lrt ni...dan juga rakyat malaysia...bangge sebb lrt ni dh makin maju......dh mula mengguna kan sisitem token....
    komen ini hanya la utk menyedarkan diri kita sebagai...sekian

    ReplyDelete
  46. Memang la beli Touch N Go tu dpt menyelesaikan masalah dan senang. Tp utk penduduk KL yg slalu guna mmg berbaloilah. Tapi macam mana dgn orang yg skali skale dtg KL? Perlu ke beli Touch N Go semata2 utk naik LRT skali je? Orang2 yang diluar KL bukan slalu pakai pun Touch N go. takde benda yg boleh dipakai utk org diluar bandar. Fikir2 kan la dulu sebelum tinggal komen. Guna otak skit.

    ReplyDelete
  47. Sedara.. kalo tak de card TnGO atau MyRapid... guna token je cara penyelesaian nye... tapi kene bratur laa..

    kalo tak nak bratur mase pegi dan balik.... beli je 2 token skali mase nak pegi... sy bagi contoh yek... kalo sedara dari station kelana jaya dan nak pegi station KLCC.. beli 2 token yang pergi ke KLCC... mase pegie ke klcc tu.. sedara guna satu token... dan pasti kan sedara kluar kat KLCC guna token yang same mase touch tu ye... pastu nak balik guna jek satu lagi token yang beli kat Kelana Jaya station tadi .... tak payah beratur da.. inshaAllah ia akan memudahkan perjalanan anda....

    ReplyDelete
  48. PEMILIK BLOG NIE PEMALAS DASAR MELAYU MENTALITY KETIGA, PATUT MALU DGN DIRI SENDIRI, SIAPA YG SETUJU SILA JGN NAIK LRT, X RUGI PUN DIORANG KALAU KORANG X NAIK!!CUSTOMER SERVIS MMG CAMTU, TAPI KALAU X PUAS HATI SOUND JER LAH, NI CKP BELAKANG2 APA GUNA, DIORANG X TAU PUN PERANGAI DIORANG KALAU KITA X TEGUR!!SLA UBAH SIKAP DAN BELAJAR BERATUR!! KESABARAN ADALAH SEPARUH DARI IMAN, INGAT TU, DAH SEMBAHYANG BELUM?? SELAMAT BERAMAL.....

    ReplyDelete
  49. btl ckp cikgu naman..sokong 100%..kalu dr pg dh kn mmg la panas..lg org melayu yang tau nak kondemkan org je..klu nk jd G.T.O kn ajar yg elok2..klu x nak baik jadia B.A.R.U.A je..

    ReplyDelete
  50. #:terimakasih anonymous..cakap berapi2 tapi baling batu sembunyi tangan?

    *thanks for letting me know yang boleh beli 2 token sekaligus satu tempat dan boleh buat as tiket pergi balik....serious don't know about it...

    *nobody perfect, me too...i tak cakap this machine tak bagus,just need an improvement..saya ada keluarga yang selalu dtg dari kampung...cakap kalau fikirkan 'kepentingan sendiri' mudah la kan?

    ReplyDelete
  51. Ha..sesuai dan elok beli kat mesin tu...Wahai Rakyat Malaysia..jangan nak manje dan ngade2..Guna teknologi yg canggih tu..Dulu beli kat kaunter..tak tahu nak bagi duit kecik. Tambang rm 0.70- rm 2.50 bagi duit Rm 50 @ Rm 100. Takde otak punye pengguna..pastu menyusahkan orang. Sebab ada rakyat malaysia macam ni..buat kaunter jadi lambat!!! Sekarang pandan muka ko orang..suke aku..[P/s: Walaupun aku pengguna LRT, tapi aku redha dgn penggunaan machine TVM ni..sebab Rakyat Malaysia memang perlu diajar dan dididik guna benda2 berteknologi ni!!!]

    ReplyDelete
  52. Wei..LRT pakai tiket guna cip dan beli kat mesin TVM..Memang sesuai UNTUK RAKYAT MALAYSIA!! Belajar beli kat mesin tu..guna teknologi yang canggih! Jangan nak jadi Diva...ko orang ni kalau beli kat kaunter tu pun..bukannya menghargai staff kat situ..paling bodoh dan bangsat..tambang rm 0.70- rm 2.50 bagi rm 50 @ rm 100. Bukan ke bodoh namanyer tu..?? Sekarang ambik ko..beli kat mesin tu..dan maki hamun mesin tu..wakakaka!! Puas hati aku..Dasar Rakyat Malaysia memang perlu di ajar! Bukan setakat mesin tiket jer..aku tengok macam2 mesin kerajaan kenalkan..tapi bangang ya rabbi..tetap nak ke kaunter..walaupun reti baca dan berpelajaran tinggi!!!!!

    ReplyDelete
  53. #Berani berubah : Hik3, baling batu sembunyi tangan register google baru lagi?

    Adake saya cakap machine tu tak bagus? i just suggest the machine perlu diimprovekan utk kebaikan bersama i.e. tiket pergi balik, boleh menerima duit RM5,RM10..Now dengan duit baru yang bakal diperkenalkan, adakah machine baru akan digunakan pula? Umm, who will bear the cost?

    Negara maju macam United Kingdom pun walaupun guna machine masih tetap ada kaunter supaya pengguna boleh memilih .... I don't blame the machine,it's up to the user....kalau machine panjang giler queue, kaunter langsung takde orang, apa salahnya open up the counter as well? Kan lebih memudahkan pengguna?

    Kemudahan dan kemajuan dibuat untuk ke arah kebaikan dan bukannya utk lebih menyusahkan...

    Apapun, thanks for ur comment...beranilah utk berubah dan menerima pandangan....

    easy said than done, terkena atas batang hidung baru tau kan? orr u r one of the staff there???macam biasajer ngan pengalaman orang bagi duit rm50?

    ReplyDelete
  54. #Eyriqazz - cuba saudara tengok balik gambar saudara post tu... tak salah saya ade tercatat kat paparan screen tu... "Tambang tetap sahaja" .. jika tak salah saya... mesin hanya menerima bayaran tepat sahaja sebab duit change machine tu dah abis... tupasal laa die accept sampai wang kertas RM 2 jek.. :)....

    saya pernah juga beli token yang harga lebih ~ RM 4.. dan ketika tu machine boleh terima duit kertas Rm5 ... mungkin sebab rapidkl tak nak jadikan machine tu sebagai machine tukar wang kot.. tu pasal laa die disablekan wang kertas yang boleh menyebabkan machine tu terpakse mengeluarkan baki wang yang banyak... emmm.. mungkin kan....

    kalo tak salah saya.. di atas machine tu ade display yang memberitahu status machine tu... kengkadang tulis "Coin and note only" .. kengkadang "Exact Fare"... kene alert display tu kot sebelom beratur panjang....

    apa yang saya nampak skang ni... mungkin pihak rapidkl perlu memperbaikki lagi cara hendak memberitahu kepada pelanggan pelanggan mereka.. tak boleh laa harap custumer sume boleh blajar sendiri... at least buat laa satu papan tanda ke yang ajar cam no nak beli token kat machine tu.. atau ade method lain yang boleh di guna pakai.. janji custumer ade tempat untuk refer nak guna... Tolong laa rapid KL ... kami memerlukan informasi informasi yang mudah kami dapat dan blaja tentang system baru ni... .. Plleaasseeee.....

    ReplyDelete
  55. #Anonymous:thanks anonymous..mungkin betul juga kata anda tu..tapi macam tak logik laa pula, dua tiket saya beli RM4..takkan tak boleh guna rM5 n balance RM1?

    yup,setuju dengan pendapat anda...especially buat pengguna yang jarang dtg, pelancong etc..kadang2 terkebil2 juga, katne nak beli tiket, what need to do,nak tekan button apa kat situ, etc...Saya asal dari kampung, so saya boleh rasa camne orang kampung kalau dtg ke bandar n first time nak naik rapidkl ni....takke kalau situasi jadi camni, it will spoil their vacation? time is preciouss...

    ReplyDelete
  56. Bro, kalo machine tu kekeringan duit ballance... Ballace 0.10 sen pon die tak boleh bagi dah...

    Tak pe.... Kita sebagai pengguna boleh suara kan pandangan kita... Ape ape yang kita tak paham.. Kita boleh tanye... Kalo rapidkl buat tak tau gak.... Tak nak bagi informasi informasi yang sepatutnya pada pelanggan, mungkin ade something wrong dgn management die kot... Dah terang terang entry bro ni dah menunjukkan education to custumer tu perlu... Jadi mintak amek tindakkan laa ye rapidkl....

    ReplyDelete
  57. enriqazz..btl la..sblm gn tgk la status machine..nk trglk gak bl tgk tetiba ada hamba Allah meluru g kt machine yg hanya trima coin..bl x bleh gn note dia membebel...ada yg dpt baki syiling pn sama gak..mcm tongkeng ayam mulutnye..agaknye kn ada suara kot bila sentuh.br org reti..sm gak kt kuanter..bila staff ltk sign"touch n go out of service"ada gak yg cb nsb nk topup...x phm kot..biasa la..org gagal blh bg 1000 alasan,yg berjaya blh bg 1000 sebab..renung2kan

    ReplyDelete
  58. salam.. nak tergelak baca komen2 korang nie...berckap mngikut ati bkn berckap mngikut otak...bkn nak kata pandai...tpi hakikat yang komplen pasal mesin 2 adalah bodoh...secanggih2 mana barang sekalipon ia tetap ader klemahanya.. mcm2 gaya n ragam aku tgok org pakai mesin tue... ader yg xthu n patut dtnya xnak tnya kat bdk customer servis...tpi bnda yg xsptut dtnya ader ke patut gi tnya....ish2.. yang aku pelik kat bank..pandai lak guna mesin atm n cdm... sistem jew len tpi cara nak gunakan sma jew...hahahahaha

    ReplyDelete
  59. yes.sy sokong.and mmg btol kdg2 ade baeknye n kdg2 ade bruk nye rapid wat machine ni.just septt nye rapid kne la bg info yg betol.bukan semua yg naek tu pro nk touch2 ni.kene plak yg jenis slowmotion,lg la berator pnjg.yg da biase maybe lju la nk touch2 ni.n sy pernah kne dgn staf yg kurg ajr.seppt nye owner blog amek nm n wat report.bukan utk mengena kan.just utk memperbaiki sikap staf tu.ape2 pon,gud job la wat cte psl rapid =)

    ReplyDelete
  60. salam...mcm ssh sgt je beli tiket kat mesin tu..sy slalu gak nmpak mat2 bangla beli kat mesin, xde ape pun..senyum lagi ade...

    ReplyDelete
  61. alahai..mesin gedabak mcm tu pn x tau ker..aku rs kalau i-pad blh lak gn..lg pn bhsa melayu..aku first time gn pn tau..aku cdgkn rapid bt promo beli 1 prcuma 1..msti ramai yg tetiba jd pandai..

    ReplyDelete
  62. "#Anonymous:thanks anonymous..mungkin betul juga kata anda tu..tapi macam tak logik laa pula, dua tiket saya beli RM4..takkan tak boleh guna rM5 n balance RM1?"

    ape la bengapnye..mmg la x blh..sbb dlm gmbo ko dh ada tulis BAYARAN TEPAT..ko ni melayu ke?x kn melayu x paham bahasa melayu????lg pn cara ko bkn tny pd staf tu..mcm nak membebel je..msti la dia pns..aku yg jrg nk lrt pn tau putra mmg x der tiket return..cian..cian..mcm br kua dr gua lak..

    ReplyDelete
  63. Semalam dah terima call dari MyrapidkL...Tahniah diucapkan buat @MyrapidKL kerana menerima pandangan saya pada sudut yang positif dan sanggup membuat pembaharuan di masa hadapan demi kebaikan bersama...Camnila yang pengguna mahukan....Tahniah..the credit should be given when it due.... Nanti saya updatekan story pasal ni,..

    ReplyDelete
  64. Mmg isu hangat nie..mcm2 opinion yg keluar..apapon we shd look in the positive manner kan..bila da owg highlightkan psl ini, at least diaorg alert...lgpon me pon x tau psl dh guna coint nie..

    #kdg2 bila x der org tegur ttg kelemahan kita..kita ttp melakukan kesalahan dan bila dh ada org tegur, at least kita cuba utk memperbaiki kesalahan tsebut kn..:D

    ReplyDelete
  65. Kenapa perlu memperbesarkan kekurngan?sedangkan kt baru melangkah ke era teknologi.mcm mana nak maju rakyat kt ni.kurng sikit dh kene kondem.bukan nak bg cadangan/pandangan.malah ditutuh dgn cacian..adakah ini sikap rakyat kt?sy sokong ade komen komen yg mengatakan barangan luar boleh belajar..kenapa barangan kt menjadi masalah?ape perbezaan antara brngan kt dgn luar?disebab kan pemikiran dan sikap kt masih lg dtakuk lama...tak perlu untuk menjatuh kan barangan kt..malah kt perlu support ...krana ini negara kita

    ReplyDelete
  66. rapidkl neh x sedo saper yg dok payung dier sbnornyer kan? hmmm...

    ReplyDelete
  67. dah nama pn public transport..so x bleh nk ikut kehendak sume org..

    ReplyDelete
  68. kenapa entry blog ni dpt refferals kt eyka eh? hikhik. tahu2 je eyka g balik keje naik lrt -.-"

    Ohh, uncle! yg pasal guna coin ni eyka dh tahu lama..tp xtahu pulak x boleh beli tiket pegi blk T__T Nasib, boleh click2 sndiri kt screen machine tu..so boleh beli 2 token terus kot rse nya?

    Ntah. Tak pernah try lg. Tp klau ikut logik, boleh je kan tekan destinasi mana pun kita nak pegi n berapa kali pun kan??

    COntoh :- Beli "coin" dkt Lrt Wgsa Maju. Kite nak ke Kelana Jaya then patah blk ke Wangsa Maju..

    So, beli coin utk ke Kelana Jaya 1st. Then buat sekali lagi tapi click nak ke Wangsa Maju pulak.

    (dats mean dah ada 2 coin la kite pegang.)

    Cuba uncle try mcm ni..eyka x penah try lagi..eyka terpikir mcm ni jela solution nk buat mcm tiket pegi blk :P

    p/s: So far eyka mmg pengguna tegar LRT n Bas Rapid. So everymonth eyka perlu stanby RM 150 utk guna kesemua public trnsport yg berkaitan..mcm Lrt,Monorail,Star and Bus Rapid.

    So x byk tahu psl machine ni. Lgpun eyka penah try sekali je dulu mse card T n Go dh expired & mmg panjang lah que!! Plus mse tu dlm purse pun xde small change. Tp bagusnya sbb kat Kl sentral kan...so ada lah pekerja dia jaga area machine tu utk tukarkan coin 50sen pd kita yg xde small change ni :')

    Just nk share my experience n suggesstion (^__^)v

    ReplyDelete
  69. setuju dengan pandangan saudara. menyenangkan RapidKL tetapi menyusahkan pengguna. Saya pernah tweet kepada @MyRapidkl pasal token ni.

    ReplyDelete
  70. ala kondem2 pun naik juga...kkakakakak...lain kali naik moto la....

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum...
    Saye slh seorg pengguna lrt yg mggunakn kad tngo.sistem ni sbnrnye mangajar kite menggunekn teknologi terkini.DR M sendr menyarankn lrt kite lbh kpd teknologi maju menuju era 2020.biaselah tu.mesin baru.barula negare kite setanding dgn negare2 maju spt singapura dan jepun.staff lrt ni x semue yg biadap.sesetengah sahaje.alhamdulillah setakat ni semue staf yg saye jumpe lyn saye dgn baik.saye faham...saye pon bhgn receptionist jgk..mcm2 ragam pelanggan mereke.mmm.bile diorg buat baik pon tiade siape pon yg puji.malahan di maki.tp mereke relax je.jgn la terlalu mmberi mereke tekanan mcm ni.diorg pon sbnrnye kalau blh nk jual tiket di stesen.tp da ade arahan kene beli di mesin.kalo x suke beratur pjg...why not kite beli tngo.kad ni blh digunakn di mane2. Malahan di toll juge.kalo x mahu beli pon xpe.tp beli je token sehale.ipad kite blh gune,atm kite blh gune,kad kredit blh gune,knp mesin tiket x blh gune?inilah namenye peredaran zaman.semoge kite mencapai target wawasan 2020 yg DR M harapkn...sekian...

    ReplyDelete
  72. Hmm tak kisah la token tu one-way jer.. tapi napa duit rm5 dan rm10 takleh terima? Itu bongok namanya. Sgt tak mesra pengguna. RapidKL nak customer dier sentiasa pastikn ada duit yg tepat ker? Camna kalau saya mmg takder duit kecik? takkan nak rayau masuk mall utk tukar duit kut? Unles kaunter dorang boleh bagi servise tukar duit then ok la.

    ReplyDelete
  73. Hhuhuhu...

    masa bulan 12baru2 ni, saye ade menggunakan perkhidmatan LRT dari Cempaka nak ke Ampang Park untuk urusan di Japan Embassy....dulu2 memang selalu guna LRT klu nk g mana2, tapi sejak dh mula bekerja ni, jarang guna....memang agak terkejut dengan pertukaran kad yg biasa tu kepada t0ken...

    lepas tu, saya jugak xtau yg skarang ni dh b0leh beli t0ken direct dr ampang line ke kelana jaya line, jadi msa pertukaran di masjid jamik tu, agak tercengang2 jugaklah....tapi agak sedih bila saya bertanyakan 0rg dkt kaunter mcm mana nk tukar LRT ni,kt arah mana, saya dimarahi pulak....pdhal pekerja yg duduk kat kaunter tu xde wat pape pun, b0rak je dgn kawan dia...rasa mcm tertekan pun ada, dh la kita xtau, bila tanya nk kene marah2 pulak....tapi xpela, tebalkan muka, tanya je 0rg yg tgh beratur kat machine nk beli t0ken tu....

    then, kejadian lagi satu yg agak bengang, waktu dh nak balik, di stesen Ampang Park, tetibe saya rasa nak rel0ad kat t0uch n g0 saya, maka saya pegi la dekat kaunter.....sbb td sy dah tau, tugas kaunter hanyalah utk rel0ad t0uch n g0....tapi memang hampa sgt2 bila saya lagi sekali dimarahi dengan petugas di kaunter tersebut..."xnampak ke watu untuk rel0ad ni pukul berapa?(sambil mnunjuk ke arah satu n0tis yg ditampal agak jauh di cermin kaunter tersebut)....saye pun beredar dan pegi baca n0tis tersebut...tapi agak kecewa sbb pada waktu tu,lagi 15minit je lagi nk cecah ke waktu yg ditulis ke dalam n0tis...xb0leh ke petugas kat kaunter tu menerima urusan saya?walhal dr td saya nampak dia hanya bersembang jer ngan se0rang lagi petugas lelaki kat dalam kaunter tu jugak...siap b0leh gelak2 lagi...xde pulak nmpk tangan tu tgh buat kerja....apa salahnya buat je urusan rel0ad ni...bukannya ada pelanggan lain yg sedang beratur pun...masa tu memang geram sgt2...klu nk kata utk rel0ad t0uch n g0 ada waktunya, sy rasa x....kita b0leh rel0ad t0uch n g0 pd bila2 masa asalkan masa tu sistem x0ffline....huhu...geram2.....

    ReplyDelete
  74. Ini sistem baru..harap sume pungguna bleh bersabar...sistem ini akan diperbaiki lg..tentang staff tu bleh dilaporkan kpd pihak rapidkl yg berkenaan...mntk id pekerja dan nama mereka...tindakan akan dikenakan terhadap mereka...tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails