December 18, 2011

Pengalaman di AstroLife Fun Night Carnival 2011

Last week, 10 December 2011, kami telah menghadiri AstroLife Fun Night Carnival yang telah dianjurkan oleh Astro di Sunway Lagoon bermula dari pukul 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Ramai yang dijemput, rasanya lebih dari 500 orang.

Lebih kurang pukul 6.45petang, sudah ramai yang beratur untuk masuk

Ramai. So, biarla orang masuk dulu, kami masuk dalam lebih kurang pukul 7.30 malam

Aturcara Majlis. Wahh, ada Scha Al Yahya? Mesti kalau dia nampak eyriqazz, dia teruja nak bergambar ngan eden ni...Kih3...
Wagon Wheel - Antara permainan di dalam. Tak sempat naik, malas nak queue plus wifey pun tengah pregnant

Jumpa Si Clown. Terimakasih buatkan bunga untuk Alisya
Gumball menceriakan anak-anak kecil
Games yang this part, kena bayar sendiri kalau nak main

Scream Park. Hik3, ingat nak masuk tapi queue pun panjang plus kesian pula nak tinggalkan Isteri di luar

Bosan-bosan, makan pop corn laa dulu.Papa, Alisya nak naik kuda?
Fuhh, berapi-api

Pelbagai booth Astro turut dibuka

Pelbagai booth Astro yang memberikan informasi berkenaan produk Astro disamping boleh dapat doorgift. Hik3, once again, malas nak beratur ramai orang ,sempat claim kipasje. Nasib baik Je Jai bermurah hati kasi payung untuk kami hasil doorgift yang dia terima. Thanks bro, nanti payung-payungkan belanja makan pula ya?

Di event ini sempatla juga berjumpa dengan rakan blogger antaranya MadamMondoq dan Kak Ina KL. Apa lagi, gosip times laa..Hik3....

Saat yang dinanti-nanti oleh Alisya. Kemunculan Maskot SpongeBob dan Patrick
SpongeBob memang rancangan No. 1 kegemaran Alisya, siap kami rakamkan guna Astro PVR. 
Thanks Astro, hopefully rancangan ini diteruskan ya...
Bertuah dia dapat bergambar ngan SpongeBob dan Patrick. Queue memang panjang, so ambil gambar dari jauhje la

Tertunailah hasrat di hati. Dapat naik kuda and the only games yang saya sempat saya bawakan Alisya naik

Overall, boleh tahan juga event ini. Cuma pada pandangan saya dan juga berdasarkan pengalaman rakan-rakan saya yang turut dikongsikan di blog mereka [Entri Madammondoq, Entri Kak Ina KL, Entri Je Jai                                                                    ] , inilah cadangan saya jika event sebegini diadakan lagi di masa hadapan :

  • Peserta - Mungkin boleh hadkan sedikit. Jadi tidakla beratur terlalu lama untuk naik rides, etc. Namapun for fun kan, of course mereka yang hadir wanna have fun and enjoy.
  • Harga Makanan & Minuman - Maybe boleh beri token diskaun coz harga di dalamni memang mahal. Pop corn campur air saja pun dah RM10+.
  • Acara - Pentas mungkin boleh dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara yang sesuai dengan kanak-kanak antaranya pertandingan melukis, pertandingan menari kanak-kanak .
  • Ride & Games - Kesian saya tengok anak Kak ina KL, Imran, tak banyak permainan yang sesuai untuknya iaitu kanak-kanak lingkungan 7-12 tahun. Mostly untuk yang bawah 6 tahun dan atas 12 tahun.
  • Make it more fun....Hik3, dah namapun Fun Night kan, honestly, as a father and family, i don't feel much fun coz Alisya don't have fun that nite.
Anyway, thanks for invite. Special thanks to Astro for the invite. Take my feedback positively ya so customer have enjoyable moments dan tak teragak-agak to join again in the future. 

3 comments:

  1. betul tu akak setuju..memang dah tak fun malam tu. tapi nak buat camner..kenalah hadapi gak. kalau tahun depan buat kat sini lagi kena fikir gak lah beberapa kali.

    penat ambil chop tapi cuma dapat 1 bekas lengkap seperti pengetip kuku dan sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  2. me memang tak dpt join event2 kat tempat yg over crowded mcm ni..me jenis rimas hehheh

    ReplyDelete
  3. wah syoknye pegi event macam ni...pgalaman even ramai sangat orangnye...

    http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/segmen-blogwalking-1-jom-ke-kedai.html

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails