March 15, 2012

Mangsa Banjir @ Rakan Blogger Perlukan Bantuan

Cukup tersentuh hati bila membaca entri INI . Rumah sahabat @ Rakan blogger dilanda banjir baru-baru ini :


Di Sebalik Senyuman, Di Dalam Hati Siapa yang Tahu

Habis Katil dan peralatan rosak teruk

Berat Mata Memandang, Berat lagi bahu yang memikul

Habis perkakasan elektrik etc....Serius, siapa yang pernah hidup susah will know cabaran yang dihadapi

Dan antara ayat yang membuat air mata ini hampir menitik :

"Nasib baik ada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.. diorang bagi tikar, toto, sejadah dan sehelai baju.. tapi satu keluarga dapat satu je.. jadi keluarga aku ada 5 orang so tidurlah impit-impit kat toto dan tikar kecik tu.. apa-apa pun terima kasih la kepada yang sudi beri bantuan.."

Sebelum ini, saya ada Kongsikan Camne nak Buat Income dengan Blogging, dan salah satu darinya adalah :

2) Sebelum menerima, biarla kita memberi....Bantu2 la saudara mara or rakan2 yang memerlukan..InsyaAllah, rezeki anda dimurahkan... 

Hari ini, hari dia..Entah esok lusa, hari kita pula....Langit tidak selalunya cerah...Jadi, sama-samalah kita membantu meringankan beban Rakan Blogger @ Mohd Zaid ini . Bantuan anda bolehla terus di bank in ke akaun dia :

 MOHD ZAID OTHMAN
No Akaun Maybank : 162021264292

P/s : Benda yang berat akan menjadi ringan jika bersama-sama melakukannya...

24 comments:

  1. Kesian dan sgt simpati.. Insyaallah sama2 kt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2la kita membantu..InsyaAllah, bila kita didalam kesusahan nanti, dipermudahkan

      Delete
  2. Sangat terharu dan berterima kasih kepada saudara Eyriqazz atas keprihatinannya. Dan terima kasih juga kepada semua yang sudi membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ini hari bro..Kalau rakan2 tak membantu, apala gunanya ada rakan kan?

      Delete
  3. kesiannya.. sifoo.. nak cilok entry ini ye.. nak war-warkan di blog i jugak.. thanks!

    ReplyDelete
  4. harap ramai yang hulurkn bantuan :)

    ReplyDelete
  5. kesiannya..berat mata memandang...

    ReplyDelete
  6. Sya faham perasaan Zaid sebab inilah yang Sya alami sejak darjah 2. Dah lebih dari 5 kali kot jadi mangsa banjir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya yang pernah mengalaminya je yang akan benar2 tahu macam mana rasanya. Jom bantu Zaid, kerana Zaid sekeluarga memang benar2 memerlukan. (tetiba tengok gambar2 ni remind me to my own house ketika dilanda banjir).

    ReplyDelete
  7. Tengelam habis rumah beliau tentu banyak barang keperluan rumah yang rosak.

    ReplyDelete
  8. kesiannya.sama2 kita membantu. malang datang kita tak duga

    ReplyDelete
  9. teruk banjir kali ni.alhamdulillah semua selamat cume harta bende je tk dpt di selamtkan. moga ramai yg bantu zaid.

    ReplyDelete
  10. Menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan .. ^__^

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakan blogger... at least kita sebar info nie di blog ,facebook mahupun twitter....

    ReplyDelete
  12. :( bantu sedikit2 lama2 jadi bukit..

    ReplyDelete
  13. insyaAllah akan bantu.. kesian mereka.

    ReplyDelete
  14. Harap dia dapat bangkit membina hidup baru. Bagi kengkawan yang tidak dilanda banjir, bersyukurlah banyak-banyak.

    ReplyDelete
  15. alahai keciannya Zaid..insyallah akak buat N3 gak nanti

    ReplyDelete
  16. sama-sama kita bantu......semoga zaid dan sekeluarga tabah menghadapinya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails