June 4, 2012

Abang Ensem Di Mata Aku

Siapa Abang Ensem Di Mata Aku? . Agak menggigil juga nak karang entri ini, namun bak kata Pepatah, Orang Mengantuk diSorongkan Bantal. Inila peluang untuk saya untuk memberikan pandangan. Hahaha,Sila jangan nangis ya Abang Ensem.

 #1 - Ensem ke?

Ensem ke mamat ni? Inila first time pandangan saya bila terjah blog dia? Fuhh, badan ketak-ketak. Mesti kaki pukul or tukang tarik kereta bank ni. Don't play-play, Don't judge people by their look. Umm, adala kot sikit-sikit hensem ala-ala Datuk K.

 #2 - First Impression Jumpa Face to Face
(Credit Picture to Hazman Fadzil)

Ehh, Abang Ensem ni kan? Haahla, di luar nampak lebih ensem dari dalam blog (Ayat bodek nak paww Ebook). Memang santai borak ngan Mamat ni, sempoi, dan down to earth. Cayola bro, dalam blogging ni, bro antara blogger yang saya memang bertuah dapat jumpa. 

P.s : Sila belanja saya makan lagi...


Kerana entri nya yang nampak cam ada gatal-gatal dan bersahaja inila yang buat saya terus melekat kat Blog Abang Ensem ni. For me, kalau blog ilmiah itu too serious sangat, I'm not too interested to read. Better saya baca buku Robert Koyisaki, Azizi Ali atau banyak lagi buku ilmiah di luar sana. Selingan dan aksi manja dan perasan ensem inila yang buat "Eden menyampah tapi Selalu Nak Menyinggah" ....

Plus, aksi gatal-gatal diani di alam maya je. Di dunia nyata, depan Isteri, nyamuk pun tak mati. Yang lagi coolnya, Isteri pun punya perangai yang gila-gila cam Mamat ni. "Korang jangan Percaya sangat cakap Meor tu" , auta je lebih... Hahahaha, sweet couple, anak2 pun  comel2..Semua perempuan..Latest ni bro dah tau jantina?


Enough said, Mamat ini la yang telah meragut keterunaanku bersama Karaoke. Cissh, cisshh.... Aksi feeling-feeling syok sendiri aksi nyanyi cam Jamal Abdillah. Di sini juga la first time saya jumpa Zarul Umbrella. Saya ni memang blur2 bak artis, time ni siap saya tanya , Zarul Umbrella tu siapa? . Dia ada jual payung ke? (ayat last tambah sendiri...)

#5 - Ensem with A Brain

Jangan mudah tertipu dengan aksinya yang menggoda. Nampak nerd tapi dalam Hati ada taman. Yup, Ensem with a Brain. Mengenali Mamat ini, rupanya barula saya sedar, banyak lagi peluang di luar sana dan cara untuk lebih optimumkan kelebihan blogging untuk masa hadapan.


Yup, Contest anjuran bersama ini really give a win-win situation. Banyak juga backlinks yang diperolehi ketika Contest ini berlangsung. Cuma sayang,tak dapat hadiri sesi ini. Kalau tak, sure diorang jeles dengan ketajaman vokal eyriqazz. On the other notes, Current Contest bro ni belum cukup menguja. Satu hadiah Grand Prize dan hadiah Saguhati? Mana hadiah tempat ke-2,3,4,5? Hahaha,the more the merrier kan? Penat dowwh eden mengayat entri ini....

 7- Networking

Serius, saya kagum dengan networking yang AE ada especially dalam pelaburan hartanah. Yup, Mamat ni seorang Jutawan Hartanah yang kini memiliki lebih kurang 14 buah rumah. Berkenalan dengan penulis buku WTF membuka lebaran baru bagi saya, Usia bukannya penghalang untuk berjaya dan berani untuk mengambil risiko..


Setakat ini, 4 ebook telah berjaya dihasilkan oleh AE. Action speak for itself. Pulangan ebook yang konsisten 4 angka kini dan juga sistem affiliate yang membantu orang lain menjana Income sama,termasukla saya. InsyaAllah, tak lama lagi, satu Ebook hasil kerjasama dengan AE, Eyriqazz, dan Je Jai bakal dihasilkan.

#9 - Dialah Sifuku

Yieza, pengakuan saya.Diala sifuku. Untuk terus maju dalam bidang kewangan dan juga berblogging. Dia banyak menunjukkan jalan. Jana Income dengan Blogging bukan sekadar dari Iklan dari Nuffnang, tapi banyak lagi potential Income yang boleh dihasilkan. InsyaAllah, sedang mengorak langkah.

#10 - Sifu Hartanah/Robert Koyisaki Versi Melayu 

For me, Seminar Hartanah nya memang menarik. Must attend buat sesiapa yang baru/ingin menceburkan diri dalam pelaburan Hartanah. InsyaAllah, planning untuk memiliki rumah ketiga hasil tunjuk ajar AE.Harap-harap by next year..


Hadirila Seminar Hartanah AE. Beli ebook Hartanah Abang Ensem. Terjah blog dia. InsyaAllah, ilmu berkenaan Hartanah dapat anda pelajari.


Secara jujurnya, mengenali dan hasil tunjuk ajar Mamat yang mengaku ensem ini, eyriqazz banyak belajar cara "Menjana Income Sampingan". Yup, bukan sekadar blogging, hartanah dan kembangkan ia. Banyak lagi yang belum eyriqazz lakukan. My first Ebook maybe? Who knows kan?

#13 - Cabaran dan Cadangan

Last but not least, teruskan dengan cabaran bro bagi memberikan ilmu kepada lebih ramai orang. Semoga sama-sama dapat meraih kejayaan. 

Blogging wise, cadangan saya, teruskan berblogging dan kerapkan buat entri. Bosanla satu entri je sehari. Tak puas. Gambar-gambar jangan lupa tambah. Hadiah Contest jangan lupa tambah, jangan kedekut..Hahahaha.... "Statistik Lawatan ke website anda: 132" Affiliate website masih belum berupdate lagi, Sila upkan sebelum banner ditarik dari blog...

Terimakasih kerana menjadi Mentor & Sifu. Yup, blogging bukannya semata-mata  "Traffic and Money". AE telah banyak mengajar saya, dalam berblogging, banyak lagi yang anda boleh lakukan. Nak atau tidak saja. Yakin or tidak, berani or tidak, Ensem or tidak???

Kalau Ensem,Cantik atau mahukan cabaran untuk lebih berjaya, Jom Sama Joini Contest Siapa Abang Ensem Di Mata Aku? 


26 comments:

  1. Thanks Beb sebab menyedarkan aku yang affiliate program aku bermasalah.

    ReplyDelete
  2. Tidak mampu buat apa-apa ulasan lagi.. semua kehenseman bro dah cerita.. hehehe.. apa pun memang kalau nak belajar pasal hartanah ni.. AE memang tempat nak berguru.. sampai sekarang tak sempat2 nak dtg seminar beliau.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, saya suka cara dia bercerita coz dia berkongsi dari pengalaman dan bukannya dari pembacaan semata2.... "experience is one of the best teacher"...

      Delete
  3. Oh ada contest dari abang Ensem rupanya. Selamat berjaya kepada bro. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom sama2 join bro..tanda sokongan kepada bakal bapa lagi ni

      Delete
  4. hahaha.. AE yang separuh bogel..hehehehe.. gud luck bro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhh...gambar ni kalau hantar majalah remaja ni, mesti kuar cover depan ni...hik3

      Delete
  5. fuhh terbaek la bro...aduh mcmana gua nak karang pasal AE ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. karang jgn tak karang..Nanti dia merajuk kan dia menyanyi lagu :

      " Ramalanku Benar Belaka, Zarul tidak sertai Contestku"

      Delete
  6. Artikel yang menarik.. Bersahaja.. Ada unsur humor di dalamnya..

    Walaupun ada masanya AE ken hentam, tapi pandai cover balik dengan ayat-ayat power.. kasi 'jack' sikit sama AE.. ;)

    ReplyDelete
  7. Hamboihhh.. kemain abang hensem berposing-posingan! haha

    Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

    ReplyDelete
  8. cayalah bro...tabik sprriiiinnngg ...haha ..abg AE pun memang power.. kalau lah dapat jumpa dengan mereka semua tu, tak kan sia-sia kan peluang tanya pasal blogging ni n macam-macam lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed....Ilmu yang dapat bukan sekadar ilmu berblogging, byk ilmu lain yang dikongsikan i.e. nak kasi badan ketak2, cara mengorat awek tanpa guna wang, etc,etc...hik3....lariikkk

      Delete
  9. 'high-jack' sudah ne bro!...
    wish u luck...hehehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar memeriahkan contest rakan bloggers...

      Delete
  10. pergh! memang matap bro! rasa dah jatuh rank #2 sbb entry bro ni..hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....takdela bro....ni entri eden karang pun coz AE hari2 call eden suruh buat entri..kan dia nangis, susah la pulak nak agak mengeteh nanti2...

      Delete
    2. Tuhlah gua pun sama nak taknak terpaksa gua keluarkan entri malam nie..wakakakaka

      Delete
  11. Assalam..
    Terbaik entri ni.
    Moga berjaya..

    ReplyDelete
  12. ha'a, AE memang down to earth... =) nice entry la Eyriqaz ....Glad to know AE actually

    ReplyDelete
  13. fuhhhhhhhh dasyat lah entry n.. tahniah eyriqazzz mmg layak menang beb...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails