June 6, 2012

Cara Membeli Tiket Murah Airasia

Assalamualaikum !


Saya bukan Eyriqazz walaupun ini blog Eyriqazz. Nama saya Adam, dari blog picisan, adameben.blogspot.com. Terima kasih kepada Eyriqazz kerana memberi peluang kepada saya untuk menaip satu entry di dalam blog beliau yang hebat ini. Pada mulanya saya bercadang untuk menaip satu entry yang mempromote blog saya habis-habisan didalam entry ini, namun setelah berfikir sejenak, apakah kejadahnya itu. Langsung tidak memberi manfaat. Oleh itu, saya pun membuat keputusan untuk menaip enty bertajuk "Cara membeli tiket murah Airasia "

Kenapa pilih tajuk ini ? Satu, pelajar, kedua, saya suka melancong, ketiga, saya tak banyak duit, keempat, saya tahu website yang boleh tunjuk kan kita bila harga tiket Airasia murah, kelima, saya nak share dengan anda semua.

Pernah dengar "Fleapy.com" ?


Saya rasa ramai yang dah tahu pasal website ini. Cuma kalau yang tahu, meh saya terangkan. Fleapy.com ialah satu website yang membantu kita membeli tiket penerbangan keseluruh network Airasia dengan harga murah. Bagaimana ? Website ini akan menunjukkan kepada kita tarikh-tarikh yang ada jual tiket murah Airasia. Contoh, Kuala Lumpur - Kota Bharu. Nak balik hujung bulan nih.

Dan dengan menggunakan website ini, korang boleh dapat tahu yang pada 26 Jun, ada tiket balik kampung ke Kelantan pada harga serendah RM 59.00 ! Lebih kurang harga bas express, tapi lebih cepat, dan of course lah, bila sampai dekat kampung, lebih bergaya sebab turun dekat airport.


Selepas anda memilih tarikh anda, anda akan di-direct kan ke website Airasia, dan anda pun boleh lah membuat penambahbaikan pada tempahan anda (tambah makanan, luggage, etc) sebab harga yang fleapy bagi hanyalah harga tiket dan tax sahaja.

Dan terima kasih kepada Fleapy.com, saya telah berjaya membeli beberapa tiket Airasia ke destinasi-destinasi berikut ;


Seoul, Korea Selatan. September 2011, RM 598 pergi dan balik.

Osaka, Jepun. Januari 2012. Rm 555 pergi dan balik

Singapura, Febuari 2012. RM 120 pergi dan balik. Dan kalau book awal gila, boleh dapat murah gila, seperti KL-Bandung (RM 65) dan KL-Jakarta (RM 21.20). Serius !
Percaya tak ? Hahahaha.
Jadi, kalau ada masa terluang, jenguk jenguk lah website Fleapy.com dan tengok tengok lah, mana mana tahu ada tiket murah, boleh lah pergi bercuti bersama seisi keluarga. Hehehehe.

Jadi, kalau ada apa-apa persoalan, bolehlah meninggalkan komen di sini, dan saya akan cuba untuk menjawabnya. Ataupun, anda bolehlah pergi ke blog saya iaitu adameben.blogspot.com (klik SINI) =)


p/s : Tiket murah yang Airasia jual terhad bilangan dia, jadi first come first serve. 

P.s dari Eyriqazz : Serius jealous ngan Mamat INI selalu dpt bercuti Oversea. Eyriqazz, sejak balik Malaysia tahun 2005, tak pernah keluar Malaysia lagi. InsyaAllah tahun ini... Jom terjah blog Mamat INI , banyak info dan tips travel dikongsikan di sana.

74 comments:

  1. Terima kasih banyak banyak Bro Eyriqazz diatas peluang yang diberi ini =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..entri bro ni sangat bagus..masih ramai yang belum alert/tahu pasal fleapy.com ni...Kalau tak silap, dulu sharinginfoz pun pernah buat entri pasal fleapy ni...the more, the merrier kan?

      Delete
  2. bestnyeeeee! sy pun kaki merayap jugak! blehla try pasni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla merayap dengan lebih kerap kan?

      Delete
  3. thanks adam and eyriqazz.. info yg sgt membantu.

    nampaknya angan2 nak pegi korea boleh trcapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..nanti kongsi2kan la pengalaman di korea ya?

      special thanks to adam..saya just copy n pastekan di entri ini...

      Delete
  4. mmg jeles lah. hehe.. nak gak gi oversea. tapi klu dah beranak pinak ni kena fikir byk kali. kmpul duit cukup2.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih belum terlambat..dah ada cucu ni dah tak syiok nak jalan2 kan?

      Delete
  5. wah..info yang menarik ni..rm59. bek naik flight daripada bas. cepat sikit

    ReplyDelete
  6. oooooo cmtuh kerrrr..

    sgt2 bergune info ni .. TQQQQQQQQ

    ReplyDelete
  7. wahh..sgt informatif...mmg best giler web nih...

    tq
    tq

    ReplyDelete
  8. Terima kasih perkongsian tiket murah AirAsia. :-)

    ReplyDelete
  9. omboih...murahnya..terima kasih kepada anda Adam :D

    ReplyDelete
  10. Assalam..
    Terima kasih atas info tu.
    Biasanya terus buka laman web AirAsia je..
    Kalau tempah tu, sehala ke dua hala murahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tempah one way atau return =) . dia tunjuk je, last last payment semua dekat website airasia.

      Delete
  11. Good tips.. saya pun dah lama x g naik kapal terbang disebabkan askar dah ramai.. Nak g mana2 kena pk 2 3 kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kene caranya, boleh je pergi kak. order awal awal, dan plan holiday family =)

      Delete
  12. pergh,syoknya dapat post satu entri

    ReplyDelete
  13. memang bagus... apa lagi jom fleapy

    ReplyDelete
  14. menarikkk tq sudi share

    ReplyDelete
  15. Tq bro yg menulis entri ni.. Serius baru ku tahu.. Apa lagi terus terjah.. He3

    ReplyDelete
  16. ermmmmm ooooo aaaaa bgitu ye rupanya..sgt bgune utk lov yg baru 1st time nek kpl tebang nih..kihkih

    ps : akn ku terjah blog si beliau ini..here we come!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana menerjah blog saya yang tak seberapa ituu

      Delete
  17. kenapa x dapat cari yg depart dari seoul?...nak balik raya nieee...hahaha...

    ReplyDelete
  18. adam.. kenal mamat ni masa g tsdayout kuala selangor.. best tip ko adam.. mmg kaki jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi kak ! hehehe. thanks. dulu ler selalu jalan. sekarang tak dah sebab takde ongkos. hahaha

      Delete
  19. very good sharing! tq adam!
    berguna info ni..

    ReplyDelete
  20. Wahhhh...sgt hebat! Tq pd bro nie!

    ReplyDelete
  21. salam..


    bagus ada penulis jemputan ni. berkongsi idea , x penting diri sendiri nak pk promok blog sendiri.

    boleh cuba sbb x pernah naik flight lagi.hehahe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba cuba ! hahaha. dulu time first time saya excited gila !

      Delete
  22. great info! tima kasih daun keladi.... :) bila2 nak fly boleh la cuba...

    ReplyDelete
  23. salam..terima kasih adam..macam x caye pulak ada harga murah cam ginie..
    :)

    ReplyDelete
  24. sgt suka entri ini! tq for the sharing sbb sya ni mmg kaki melancong.. cuma pulus je agak kurang.. so kalau dpt yg murah2 ni kan bagus!

    ReplyDelete
  25. 1st time dngr psl fleapy ni. Pasni nk kena slalu ushar fleapy lah. Tq adam, gitau

    ReplyDelete
  26. Tq for sharing.. Tak ramai yang tahu tentang ni..

    ReplyDelete
  27. nampaknya penulis jemputan ni banyak travel.. mesti berbaloi guna tiket murah!

    ReplyDelete
  28. Entri yang sangat2 berguna. Tak tahu pun pasal site tu. Thanks!

    ReplyDelete
  29. skrg dah stop keluar negara.. tunggu anak besar dulu..
    time fare air asia berbaloi kejor.. muroh :)

    ReplyDelete
  30. Tak pernah lagi pergi luar negara...teringin nak gi melancong ke China,Bandung, Vietnam, Rome, Mekah dll tempat menarik seluruh dunia. :)

    ReplyDelete
  31. wowwww ! besttt deal.. thank u for shring !

    ReplyDelete
  32. info berguna. apsal tak tahu sebelum ni :p tq for sharing this!

    ReplyDelete
  33. Menarik nihhh

    Berkobar2 nak backpacking lagi,,,

    ReplyDelete
  34. With AA, Everyone Can fly..jauh perjalanan luas pengalaman..good hsaring..aku baru tahu je!;-)

    ReplyDelete
  35. Lepas bc entry adik nie...try google cr tiket murah..mahal jugak ah psl fuel surchrge napt tax mahal siut now...
    Tunggu free seat n special disc br ler dpt nek kapal tobang! Ekekekeke

    Cer check..sy dh tukar header! Haizzz!

    ReplyDelete
  36. Memang satu tips yang sangat berguna.. Dah lah tgh survey tiket2 murah nak g singapore.. Time kasih.. ;)

    ReplyDelete
  37. nih terbaik!! trima kasih bro...

    ReplyDelete
  38. Salam kenal..Nekcik pun setiap kali travel mesti ikut AA harga murah murah jer...KL - Seoul RM300, KL -Shenzen RM475..ALL IN SIAP MAKAN LAGI!!! Terima kasih AA..cari hotel murah online..sampai sana ..jalan sendiri..guna public transport jer..tapi kena buat research lah dulu sblum pergi...sila singgah blog Nekcik..TERATAK 66..untuk jln jln murah murah!!

    ReplyDelete
  39. Baru tau pasal fleapy ni..
    Bestnyer lepas ni boleh booking terus ke tempat idaman :)

    TQ share

    ReplyDelete
  40. Salam, biar betul ni, risau jgak, Camaner bisnes ni ya, takut klon AA ke.

    ReplyDelete
  41. salam,

    sy planning nak ke korea awal bulan Oct 2013..tp lepas check kat fleapy.com schedule air asia until Sept 2013. camne ye nak tau bila lg flight ke sana from Oct 2013?

    plss help me!! thanks in advance for ur information..sgt membantu

    ReplyDelete
  42. kenapa bila da msuk web airasia, harga dia cm bertambah ye? bertambah dr ap yg papar kt fleapy..

    ReplyDelete
  43. Thx for the info bro...nk tnye ni nape kalo nk bli byk tket pastu kuar price lain...?cmne nk bli tok 2 or 3 org tp nk price yg kite nk 2?tlg2....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails