June 7, 2012

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi

Penulis Jemputan : Mashimalo @ Jue Lee

Sempena kemenangan saya dalam contest yang dianjurkan oleh Bro Eyriqazz, saya telah diberi peluang untuk menulis entri bebas dalam beliau. Tajuk adalah suka hati. 

Kalau nak pomot belog sendiri, macam malu sebab belog sendiri adalah belog penulisan bebas. Ada kisah hari2 yang dilalui, ada cacatan saya tentang tempat atau destinasi percutian yang saya pernah jejak like, Brunei, Sabah, China, Singapore, Krabi, Cameron dan lain2, ada juga resipi2 ajaib masakan saya sejak berkahwin (ye la sejak berkahwin baru jejak dapor, so sesape yg tahu masak sebelum kawen jgn riso.. Lepas kawen sure magik, turun je dapor automatik reti masak) dan juga pengalaman yang saya lalui sebagai seorang ibu dan isteri.

Tapi untuk pembaca belog Eyriqazz saya ingin berkongsi sebuah restorant makanan China Muslim iaitu Mee Tarik Warisan Asli Sg Besi

Mee Tarik ni saya kenal masa saya pergi China tahun lepas. Saya sukakan mee nya sebab ianya fresh, kenyal dan yummy yummy. Mee tu akan ditarik bila kita order, maknanya ianya bebas dari asid borik T___T

Ni la die kedai mee tarik warisan di Sg Besi yang saya nak kenalkan dengan pembaca belog Eyriqazz.Tak susah nak carik kedai, dari Terminal Bandar Tasek Selatan tu pergi ke arah Pekan Sg Besi lama.

Masuk simpang yg depan balai polis tu, jalan je terus.

Sampai kat bangunan rumah kedai baru, nampak Speedmart 99, mee tarik ni kat building belakang Speed mart tu. Bersebelahan dengan Dome.

Antara menu2 yang ada di kedai mee tarik nii...

Harga memang mahai la, dalam RM8 sepinggan mee.. Tapi mee die memang banyak, portion makanan adalah besar. Tapi gerenti habes punye la...

Menu die tulis Cina hehe so tunjuk2 aje la.. Kalau tak paham, boleh tanya yang amek order. Dia akan rekemen menu yang best!
Ni saya amek gamba orang tu tengah tarik mee...

Memang sebijik macam kat Restoran Mee Tarik kat China yang saya pergi tu

In fact bila saya borak ngan tauke die, die kata memang ni branch yg dari China tu.

Owner die Chinese Muslim, tak pandai sangat cakap melayu. Saya cakap Mandarin ngan tauke tu, happy betul tauke tu dapat tau saya pandai cakap Mandarin.

Dapur yang bersih. Memang see tru dari cermin ni.. Memang bersih dapor die, so takde la ragu2 sangat kan..

Poster mee tarik besar terpampang di gerai..



Ni adalah daging kambeng peberet saya. Die marinate ngan rempah, pedas, masin sume ada.. Sedap sangat, kambeng die pun takde bau. Kat China hari2 saya makan ni hahahah.. Tak sangka boleh makan menu ni lagi kat Mesia dengan rasa yang sama. Tauke tu kata die memang guna rempah ratus yg die import dari China sana. So rempah asli la, patut la rasa tak lari.. And plus kambeng ni adalah kambing biri biri yang masih muda, patut lah sedap lemak berkrim!

Mee tarik hubby. Mee tarik die ada macam2 flavor tau, ada yg sup.. Ada yg berkuah ala gini. And lagi satu,  boleh pilih nak mee tu halus ke, kasar ke.. Boleh request...

Nasi dan tomato with telor. Ni pun sedap jugak...


Tak rugi!

Mesti ada yang bertanya, kedai ni ada sijil halal atau tidak.
Saya ada nampak sijil halal di gantung kat tepi cashier.
Untuk memberi jaminan saya tak berani tapi saya hanya berpandukan sijil itu saja.

Sama lah seperti saya makan di Restoran Chinese Muslim yang lain spt Chan Abdullah, ShangRin Lo...

Ini adalah entri saya berkenaan Mee Tarik di Chinaanda boleh tengok sendiri persamaan menunya...

P.s : Jom terjah Blog Mashimalo ini, banyak entri menarik dikongsikan di sana especially percutian dan makanan yang menguja...

20 comments:

  1. nyum2.. menarik makanan yang disediakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik dan tertarik untuk mencuba kan?

      Delete
  2. Kenal Jue..pernah jumpa dia n cousin dier dulu kt Penang..

    Menarik restoren nie..tp jauh la plak..kena cuti2 Mesia br leh p..haizz!

    ReplyDelete
  3. wah!! menarik makanan2 yang dihidangkan kat restoran ni

    ReplyDelete
  4. sy tak pernah makan mee tarik. tp pernah tgok video jamie oliver cuba buat dkt restoren cina noodle oodle london. tak jadi. dia lempar mee tu. pastu chef cina tu ketuk tangan dia.

    ReplyDelete
  5. Menarik. Pertama kali mendengar mee tarik. Lebih-lebih lagi ia diperbuat daripada bahan-bahan yang halas dan bebas kimia.

    ReplyDelete
  6. Pernah beli dan makan MEE TARIK CHINA nie kat bazar ramadhan kat kajang.... memang sedap dan lembut je mee dia....menariknya amat mengenyangkan....boleh terjah nie

    ReplyDelete
  7. kat giant dulu ada mee tarik ni. tapi x pernah cuba. skang dah tak der pun.

    ReplyDelete
  8. ermm nmpk sedap ye, mmg ramai jgk kwn2 lov yg meminati mknan cine mslim ni..

    lebeh2 lg dari segi pembuatan mee, mreka mmg arif kn..

    lov xsempat lg nk terjah rstorn yg sbegini..

    ReplyDelete
  9. ermm nmpk sedap ye, mmg ramai jgk kwn2 lov yg meminati mknan cine mslim ni..

    lebeh2 lg dari segi pembuatan mee, mreka mmg arif kn..

    lov xsempat lg nk terjah rstorn yg sbegini..

    ReplyDelete
  10. boleh pergi dekat dgn rumah jer..thanks for sharing!

    ReplyDelete
  11. kambing tu pon ada. pernah rasa kat Beijing. Sedap. Saya yg tak suka kambing pun makan pun sedap.....

    ReplyDelete
  12. sorry yea kawan2..saya cuma nak share..pegi makn kat kedai ni tadi tapi makanan dia tak sedap la..sy order n adik order noodles n hubby ambik beef onion rice tapi makanan dia semua tak panas..suam2 je dah tu mcm makanan hospital la,,,takde asam garam pedas..tawar n cair je..dalam menu nampak menarik sgt tp bila sampai dpn mata rasa mcm nak nangis...daging dalam plate adik saya cuma 3 ketul nipis..tak bebaloi la kalau dgn harga 8 henggit kan...this is my 1st n last la...sy mmg frust la sbb nampak makanan mcm sdp je..tak kan recomen kat sapa2 lah,.
    j

    ReplyDelete
  13. pegi mkn tadi ngan hubby n adik - sorry la pas ni mmg tak kan masuk dah kedai ni,,..makanan dia tak sedap ok.hubby order onion beef rice, adik order beef bean noodle n saya order chic breast noodle..all 3 dish was not nice, semua makanan sampai tak panas..mcm mana nak mkn mee sejuk? dah tu takde rasa..makanan hkl lg ada rasa la..mmg frust la..dalam menu nampak cantik n sedap tp bila sampai dpn mata rasa nak nangis pun ada..dalam plate adik saya daging yang dipotong nipis dan kecik 3 ketul je..bebaloi ke dgn harga rm8??? tak dinafikan kedai tu penuh masa sy pegi tadi tp kalau mcm ni la..susah nak cakap laa..meja sebelah saya pun family tu tinggal je makanan yang tak habis...harap tuan kedai tingkatkan mutu dan kualiti makanan..cust bayar bukan mkn free,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke.xbaiknya komen mcm ni.kedai die sentiasa ramai je org.mgkn awk kolot.xpandai nk mkn mknan cina.kesian.

      Delete
  14. Mungkin kot..sy baru jer nak pegi cuba ngan family

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails