Peluang terhidang di dunia tanpa sempadan, menjana pendapatan di Internet.
Perniagaan dan penghasilan ebook misalnya, semakin mendapat tempat di hati
pengguna yang sentiasa dahagakan ilmu dan jalan penyelesaian tanpa perlu
menyimpan buku fizikal dan membacanya di mana sahaja .
Kreativiti dan pemasaran yang berkesan mampu menjana pendapatan yang
lumayan. Berikut antara medium pemasaran yang berkesan yang boleh digunakan
bagi mempromosikan dan menjual ebook tersebut :
# 1 – Blog
Blogger semakin mendapat tempat di mata pengguna kini. Pengguna lebih
merasa hubungan dua hala melalui medium blog. Produk ebook boleh dipasarkan
dengan menjemput penulis jemputan, membayar entri berbayar kepada blogger
dengan niche yang sesuai, dan menggunakan reputasi dan nama baik yang sedia ada
dalam memasarkan Ebook yang dihasilkan.
# 2 – Facebook
Kreativiti dalam memasarkan ebook melalui medium Facebook mampu memberikan
hasil yang memuaskan. Laman ‘Fanpage’ misalnya boleh dijadikan medium untuk
memberikan informasi berkenaan ebook, harga promosi, dan mengajak pembeli sedia
ada memberikan testimoni di laman fanpage tersebut.
# 3 – Affiliate
Kalau anda sibuk dalam memasarkan ebook tersebut, bolehlah upah orang lain
bekerja dan mempromosikan bagi pihak anda. Satu langkah yang agak berkesan
kerana dengan insentif, lebih ramai yang rasa tertarik untuk mempromosikan dan
mendapatkan hasilnya. Langkah ‘menang-menang’ ini mampu menghasilkan promosi di
luar jangkaan, lebih-lebih lagi sekiranya ebook yang dihasilkan mampu menarik
affiliate yang mempunyai pengaruh yang kuat.
Walau apapun medium pemasaran yang digunakan, konsistensi itu amatlah
penting. Manusia mudah lupa akan sesuatu walau sehebat mana produk tersebut.
Patutlah banyak syarikat yang terkenal di luar sana sentiasa mempromosikan
produk mereka secara konsisten dan berterusan seperti Nestle, Mc Donalds, Nike,
Adidas, dan pelbagai lagi.
Medium pemasaran melalui blog melalui entri berbayar misalnya dalam
mempromosikan ebook. Ebook hartanah misalnya, mungkin bulan ini anda boleh
menjemput Aqif Azizan, bulan seterusnya Abangensem.com or Matjoe.com dan diteruskan lagi bagi
memberikan impak yang lebih maksima dan target pengguna yang lebih meluas. Lagi
ramai target pengguna yang sesuai, lagi baguskan?
Tepuk dada, tanya selera. Sebenarnya banyak peluang terhidang bagi merebut
peluang menjana pendapatan di Internet. Hendak atau tidak, rajin atau malas.
Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, memang hasilnyapun sekadar cukup-cukup
makan.
Namun, jika usaha yang berterusan ditambah dengan sikap tidak mudah putus asa, hasilnya tentu menggembirakan. Buktinya, tengok saja pada kejayaan beberapa penulis ebook yang berjaya di luar sana seperti Aqif Azizan, MeorZaidee, Saufi Karim dan ramai lagi yang mampu menjana 3-4 (maybe 5?) angka sebulan hasil dari penjualan ebook.
Namun, jika usaha yang berterusan ditambah dengan sikap tidak mudah putus asa, hasilnya tentu menggembirakan. Buktinya, tengok saja pada kejayaan beberapa penulis ebook yang berjaya di luar sana seperti Aqif Azizan, MeorZaidee, Saufi Karim dan ramai lagi yang mampu menjana 3-4 (maybe 5?) angka sebulan hasil dari penjualan ebook.
“ Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan”
P.s : Doa-doakan eyriqazz dalam menyiapkan my 1st Ebook.
P.s : Doa-doakan eyriqazz dalam menyiapkan my 1st Ebook.
peluang sentiasa terbuka luas
ReplyDeleteaku paling suka quote last tu
ReplyDelete“ Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan”..good luck bro!
orang pertama baca
ReplyDeletesaya juga try buat fan page sendiri di facebook
kot-kot boleh jana pendapatan sampingan masa depan
di samping kongsi info dengan rakan
moga berjaya bro..
ReplyDeleteSemoga Berjaya menyiapkan ebooknya..InsyaAllah
ReplyDeleteUsaha yg berterusan dgn semangat yang kuat InsyaAllah pastinya ada kejayaan...
ReplyDeletemudahan "my 1st Ebook" bro succes hendaknya, insyaAllah.
ReplyDeleteGua doakan keberhasilan ebook lu tu nanti.
ReplyDeletemasalah kebanyakan kita adalah konsistensi.. ramai yg nak result dlm tempoh yg singkat.. bila ambil masa mudah putus asa..
ReplyDeletemasalah kebanyakan kita adalah konsistensi.. ramai yg nak result dlm tempoh yg singkat.. bila ambil masa mudah putus asa..
ReplyDeletesalam...peluang memang banyak, tapi takpa2 ramai menggunakan peluang yg ada.
ReplyDeletesemoga ebook tuan akan terbit tidak lama lagi.
Yang penting usaha tanpa jemu..
ReplyDeleteGood Luck bro, tak sabar nak tunggu e-book :)
Semuanya terletak pada minat dan kesungguhan. Sudah pasti kejayaan akan jadi genggaman. Insya-Allah.
ReplyDeleteGood luck untuk penghasilan 1st ebook.
Kena minat serta berusaha...:-)
ReplyDeleteGd luck n all the best..
good luck bro.. untuk ebook pertama tu.. aku org pertama yg nak beli ebook hang.. hehehe
ReplyDeletegud luck.. memang kena rajin kalau nak buat blog jadi pendapatan sampingan,,
ReplyDeletegood luck siapkan ebook..cepat sket .. nadot x sabar nak bli ni...hehe
ReplyDeleteapa pon bermula dari usaha kan.. :)
ReplyDeleteSemoga berjaya ..
ReplyDeletewww.anastasyea.com
semoga berjaya bro!
ReplyDeleteJangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan
ReplyDeletesaya suka gila dengan quote ni..