Showing posts with label jana pendapatan. Show all posts
Showing posts with label jana pendapatan. Show all posts

October 9, 2012

Rebut Peluang Menjana Pendapatan di Internet




Peluang terhidang di dunia tanpa sempadan, menjana pendapatan di Internet. Perniagaan dan penghasilan ebook misalnya, semakin mendapat tempat di hati pengguna yang sentiasa dahagakan ilmu dan jalan penyelesaian tanpa perlu menyimpan buku fizikal dan membacanya di mana sahaja .

Kreativiti dan pemasaran yang berkesan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Berikut antara medium pemasaran yang berkesan yang boleh digunakan bagi mempromosikan dan menjual ebook tersebut :


# 1 – Blog
Blogger semakin mendapat tempat di mata pengguna kini. Pengguna lebih merasa hubungan dua hala melalui medium blog. Produk ebook boleh dipasarkan dengan menjemput penulis jemputan, membayar entri berbayar kepada blogger dengan niche yang sesuai, dan menggunakan reputasi dan nama baik yang sedia ada dalam memasarkan Ebook yang dihasilkan.



# 2 – Facebook
Kreativiti dalam memasarkan ebook melalui medium Facebook mampu memberikan hasil yang memuaskan. Laman ‘Fanpage’ misalnya boleh dijadikan medium untuk memberikan informasi berkenaan ebook, harga promosi, dan mengajak pembeli sedia ada memberikan testimoni di laman fanpage tersebut.

# 3 – Affiliate
Kalau anda sibuk dalam memasarkan ebook tersebut, bolehlah upah orang lain bekerja dan mempromosikan bagi pihak anda. Satu langkah yang agak berkesan kerana dengan insentif, lebih ramai yang rasa tertarik untuk mempromosikan dan mendapatkan hasilnya. Langkah ‘menang-menang’ ini mampu menghasilkan promosi di luar jangkaan, lebih-lebih lagi sekiranya ebook yang dihasilkan mampu menarik affiliate yang mempunyai pengaruh yang kuat.


Walau apapun medium pemasaran yang digunakan, konsistensi itu amatlah penting. Manusia mudah lupa akan sesuatu walau sehebat mana produk tersebut. Patutlah banyak syarikat yang terkenal di luar sana sentiasa mempromosikan produk mereka secara konsisten dan berterusan seperti Nestle, Mc Donalds, Nike, Adidas, dan pelbagai lagi.


Medium pemasaran melalui blog melalui entri berbayar misalnya dalam mempromosikan ebook. Ebook hartanah misalnya, mungkin bulan ini anda boleh menjemput Aqif Azizan, bulan seterusnya Abangensem.com or Matjoe.com dan  diteruskan lagi bagi memberikan impak yang lebih maksima dan target pengguna yang lebih meluas. Lagi ramai target pengguna yang sesuai, lagi baguskan?

Tepuk dada, tanya selera. Sebenarnya banyak peluang terhidang bagi merebut peluang menjana pendapatan di Internet. Hendak atau tidak, rajin atau malas. Kalau sekadar hangat-hangat tahi ayam, memang hasilnyapun sekadar cukup-cukup makan. 

Namun, jika usaha yang berterusan ditambah dengan sikap tidak mudah putus asa, hasilnya tentu menggembirakan. Buktinya, tengok saja pada kejayaan beberapa penulis ebook yang berjaya di luar sana seperti Aqif Azizan, MeorZaidee, Saufi Karim dan ramai lagi yang mampu menjana 3-4 (maybe 5?) angka sebulan hasil dari penjualan ebook.

“ Jangan Direnung Letihnya Usaha tapi Renunglah Manisnya Kejayaan”

P.s : Doa-doakan eyriqazz dalam menyiapkan my 1st Ebook.

September 15, 2010

First ChurpChurp Cash Out | Terima Kasih ChurpChurp

Alhamdulillah, penantian akhirnya berbaloi juga. Akhirnya dapat juga Cash Out duit ChurpChurp  . Tak sangka, sekarang ni , dengan bertwitter pun boleh menjana Income Sampingan :

First Cash Out, RM192.77 

Tolak Charge RM1, tinggaL LA RM191.77

Actually, RM 100 adalah hasil memenangi Contest terbaru ChurpChurp. Bolehla refer entry saya sebelum ini :   Buat Duit Dengan Twitter/ChurpChurp

ChurpChurp ni memang boleh dipercayai dan diyakini dan bukannya Scam, sudah ramai yang berjaya memperolehi Income sampingan dengan ChurpChurp. Oh ya, saya menang hadiah saguhati/consolidation prize saja :

Seperti di janjikan di entry Buat Duit Dengan Twitter/ChurpChurp, hadiah kemenangan akan dikongsi bersama, dan selepas saya menghubungi pihak ChurpChurp berkenaan siapa yang referkan saya as referral, inilah jawapan yang diberikan :
Due to ChurpChurp\'s privacy policy, we will not disclose their full name and contact information. We may however disclose their twitter account which you may proceed contacting them from there - via DM, or tweet.  There are three valid (Twitter and or Facebook Friends / Followers) registered under your name : 1. twitter.com/wan_gerrard 2. twitter.com/jajarina 3. twitter.com/orend3vil89
Tak sangka, walaupun hanya referral 3 orang sahaja boleh menang hadiah saguhati RM100. Itulah kata orang, Tuah Ayam Nampak di kaki, Tuah manusia siapa yang tahu. jadi, as promised, hadiah akan dikongsi bersama dan RM25 each  untuk ketiga-tiga twitters di atas. Nanti saya hubungi anda semua berkenaan transfer of money ataupun top up pilihan anda ya?

Memang boleh buat duit dengan twitter. The more follower you have, the better the Income you will get from the twit assign to you by churpchurp. Mahu tambahkan follower twitter? Bolehla follow twitter Eyriqazz di twitter.com/eyriqazz dan informla di mesej ini twitter ID anda bila dah follow. InsyaAllah, eyriqazz follow kembali. Sama-sama mencari rezeki apa salahnya kan? In case of twitter, rasanya tak salah pakai konsep Follow Me, I Will Follow You.

P/s : Jadi apa tunggu lagi? Jomla sama-sama join ChurpChurp dan buat Income dengan ChurpChurp/Bertwitter. Twitter ini menyeronokkan juga, jimat belanja dan tambah kenalan, tak gitu? 
Related Posts with Thumbnails