449
Muflis Kerana Kad Kredit!. Wow! Satu angka yang besar tu. Ramai yang dah
terjerat dengan perangkap kad kredit. Walaupun kad kredit dikatakan membantu
dalam beberapa aspek, tetapi sudah ramai yang terjerat. Penggunaan kad kredit
tanpa kawalan boleh menjerumus pemilik ke kancah hutang dan silap-silap
haribulan, muflis!.
Kelebihan Menggunakan
Kad Kredit?
Setiap
orang mempunyai sebab yang berbeza untuk memohon kad kredit. Antara sebab utama
penggunaan kad kredit adalah untuk:
- Modal perniagaan. Beli barang perniagaan menggunakan kad kredit dan bayar kemudian setelah balik modal.
Petikan
komen dari artikel Awas Taktik Terbaru Penipuan Kad Kredit - mohdzulkifli.com
- Booking hotel (untuk yang selalu travel atau outstation).
- Beli barang yang harganya beribu-ribu.
- Shopping tidak kira berapa harga. Semua barang boleh dimiliki walaupun duit tiada di tangan :D.
- Isi minyak. Yang ni memang ada beberapa kad kredit yang kelebihannya memang khas untuk isi minyak.
- Boleh kumpul mata ganjaran sambil berbelanja dan tebus dengan barang yang diminati.
- Mendisiplinkan diri. “Aku ni boros, jadi aku guna kad kredit supaya boleh berdisiplin” kata seorang rakan saya. :D Oh, curious je saya dengar statement member saya ni. Hohoho..
Kekurangan Menggunakan
Kad Kredit
- Boros. Saya perhatikan, biasanya orang yang menggunakan kad kredit, tidak alert sangat dengan harga yang perlu dibayar. Pandang sekilas sahaja jumlah yang tertera di resit dan terus turunkan tandatangan. Kalau cukup bulan boleh bayar semua jumlah hutang kad kredit yang tertera di penyata memang bagus. Tapi kalau tak dapat bayar sepenuhnya, buat bayaran minimum sahaja, hutang + interest = bertimbun-timbun hutang!. Teliti petikan dari WW-Bersama Irfan Khairi di Astro Awani di bawah ini:
- Risiko menanggung hutang orang lain. Jika kad kredit jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, dicuri atau fraud kad kredit, pemilik kad kredit yang perlu membayar semua amount yang telah dibelanjakan. Pengalaman seorang rakan saya, beliau terpaksa membayar beribu-ribu ringgit kepada bank kerana hand bag nya dicuri dan pencuri tu swipe kad kreditnya.
- Risiko muflis. Buktinya seperti yang tertera dalam keratan akhbar di atas.
Kad Kredit - Keperluan
atau Kehendak?
Jujurnya,
saya sendiri pernah berkira-kira untuk memohon kad kredit. Masa tu rasa nak
sangat memiliki N9. Tapi masa tu tak cukup duit nak beli. Datang pula flyers
yang menawarkan pembayaran secara ansuran menggunakan kad kredit. 0% interest,
katanya. Oh, terpengaruh sudah!.
Lepas
tu mulalah survey pakej kad kredit yang ditawarkan oleh bank-bank. Tapi akhirnya
saya tak jadi mohon kad kredit. Sebab?. Saya sedar lepas saya mohon kad kredit
tu, saya akan bergelar student dan duit yang saya terima setiap bulan juga tak
banyak seperti ketika saya bekerja. Memikirkan tak nak dibelenggu hutang, maka
saya tak mahu menggunakan kad kredit. Sekarang ni saya rasa saya membuat
pilihan yang bijak iaitu tidak menggunakan kad kredit.
Ada
juga terlintas difikiran saya, “Oh, sebelum ada kad kredit boleh lah cakap nak
control penggunaan. Swipe bila betul-betul perlu sahaja. Tapi kalau kad tu dah
ada kat tangan, boleh ke saya control?”. Saya ibaratkan kad kredit ni sama je
macam duit. Ada duit dalam dompet tu, laju je duit tu keluar. Beli itu dan ini.
Tapi bila tak ada duit, pandai pula fikir banyak-banyak kali sebelum beli
barang. :D
Pilihan
ditangan sendiri. Nak pilih berhutang atau tunai. Bagi yang tiada kad kredit, dah
ramai pengguna kad kredit menasihatkan agar tidak memohon kad kredit. Tapi, jika
bercadang untuk memohon kad kredit, pilihlah kad kredit yang memenuhi keperluan.
Boleh ikut Tip-tip Memilih Kad Kredit ini agar dapat memilih kad kredit yang
terbaik. Untuk pemegang kad kredit, boleh baca Tip-tip Untuk
Mengurangkan Caj Kad Kredit.
Moga kad kredit memberi manfaat kepada anda.
Bagi
saya, mohonlah kad kredit jika rasa
betul-betul perlu. Kalau dah ada kad kredit, kenalah berdisiplin dalam
menggunakannya. Selagi kad kredit digunakan
secara berhemat dan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang diberikan, anda tidak
perlu risau dengan caj-caj tambahan kad kredit dan anda akan menjadi pengguna
kad kredit yang bahagia, bukan pengguna kad kredit yang tertekan kerana banyak
hutang dan akhirnya muflis.
Ada orang kata: “Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah.” Betul
ke?
Apa pendapat anda?. Kad kredit ini keperluan atau kehendak?. Kongsi
sama-sama pengalaman anda dan kad kredit di sini. Sharing is caring. :D
Artikel ini ditulis oleh Sya Isya,
penulis utama di syaisya.com.
Follow FB syaisya.com untuk update-update yang akan datang.
Kehendak je semua tu. Untuk impress org.
ReplyDeleteBergantung kepada individu kot..tapi, rasanya majoriti adalah kehendak...
DeleteThanks for sharing... Apa yang penting, disiplinkan diri dan amalkan sifat jimat cermat...
ReplyDeletebro.. ni base dari pengalaman saya sebelum ni.. rasanya kad kredit ni ibarat satu syarat di dalam kehidupan. boleh juga dikatakan permainan bank2 juga. kenapa saya cakap macam tu? hmm, baiklah. Sebelum ni saya pernah nak try buat personal loan untuk bayar hutang mara dan suntik modal buat bisnes. tapi loan saya tak lepas disebabkan zero history. maksudnya di sini, saya tak pernah berhutang. syarat loan, dorang nak tgk kita punya history. perjalanan bayar hutang bank. salah satunya kad kredit. disebabkan saya tak punya apa2 hutang dengan bank, apatah lagi tak ada kad kredit, yang ada cuma dengan mara (mara ni tak termaktub di bawah bank negara), jadi saya tak lepas utk buat loan tu. jadi, apa yang saya nampak kat sini, bank ni seolah2 mensyaratkan agar kad kredit tu salah satu benda yang sangat diperlukan sebelum meneruskan apa2 urusan lain dengan bank berkenaan pinjaman.. jadi, apa yang saya nampak di sini, pihak bank sendiri yang menjadikan kad kredit ni sebagai salah satu keperluan kepada setiap rakyat. dorang pun agak agresif dalam menawarkan kad kredit kepada kita. seperti mahu mengejar keuntungan besar semata2 je. golongan muda pula, dorang ni biasanya pendek akal. hanya ikut nafsu je dan darah muda je. dan ini juga adalah fakta. hanya nampak keindahan daripada keburukan kad kredit ni je. jadi, saya rasa bank sendiri yang meramaikan jumlah golongan muflis dalam negara ni. ini pandangan saya je. kalau salah, saya minta maaf..
ReplyDeletePernah jadi kat adik ipar bro masa nak apply housing loan...
DeleteApa yang dia buat, dia apply loan guna dua nama..Actually, bank just nak tengok history...
seriau bila baca cerita kad kredit ni.. saya pun masih berperang untuk melangsaikan hutang 1 kad kredit ni.. insyaallah memang dah target sebelum masuk tahun 2013 akan langsai.. anda kata ada rezeki lebih contohnya dapat bonus.. bayar je semua duit bonus tu ke kadkredit..
ReplyDeleteAda orang cakap buat apa kita terkejar2 melabur bayar setiap bulan dengan keuntungan tahunan 10-12% tapi dalam pada masa yang sama kita berhutang kad kredit dengan interest 18%.. lebih baik langsaikan hutang kad kredit baru fikir step kedua untuk melabur..
samalah kita bro..saya masih ada 2 kredit kad yang perlu disettlekan..easy said than done nak disiplin guna kredit kad ni especially bila kos sara hidup semakin meningkat sekarang...
Deletememang betul tu bro.. kekadang sebelum beli barang guna kad kredit dah janji dalam diri nak disiplin bayar hutang tu lebih dari minimum.. tapi kekadang penyudahnya nak bayar minimum pun sangkut2.. mcm nak gi bank negara je check hutang2 aku dalam dan luar negara ni.. hehehe
Deletekebanyakan seminar dan forum kewangan yang saya sertai tidak menggalakkan kita mempunyai kad kredit, melainkan benar2 perlu. keperluan itu bergantung pada individu.
ReplyDeleterata-rata sahabat yang saya temui (termasuklah pensyarah IPTA) menasihatkan supaya seboleh-bolehnya elakkan guna kad kredit.
Kalau dengat pendapat Hjh Rohani pula, selain bermasalah dari sudut syariah (kad kredit konvensional), banyak godaan dan ujian lain yang perlu dihadapi..
Tapi alasan nak disiplin untuk guna kad kredit tu memang tak boleh pakai la hahahaha
Yup,setuju... better safe than sorry... Kredit kad ini bolehla diibaratkan macam rokok..once dah hisap, susah nak berhenti..hanya yang kental saja mampu mengawalnya...
Deletepada pendapat sy ..kredit nih kehendak..nanti kalau nk beli ape2 sure x pk dah..men swap jer!
ReplyDeleteKad credit umpama pinjaman bank segera dgn pembayaran semula ikut keselesaan pengguna. Plus ia juga beri keselesaan dari segi penggunaan terutama bila travel jauh - takkan nak bawaa banyak cash. Bahaya tu.
ReplyDeletetak perlu guna kredit kad..travel jauh pun dah banyak tempat accept debit kad sekarang ni...i.e. Maybank Visa Debit Card..Selalu travel, byk yg accept
Deletetak setuju dgn fakta keburukan kad kredit kena tanggung hutang yang org lain buat... kalau kad hilang atau hand bag di curi org.. apa susah cuma perlu 2 minit call credit centre.. cancel lah kad kredit tu...
ReplyDeleteKadang2 boleh jadi fraud case...banyak kes fraud kredit kad sekarang ni
DeleteYang dibimbangi adalah perbelanjaan diluar kemampuan kerana hanya mempunyai kredi kad.
ReplyDeleteItulah yang biasa terjadi kini...apabila kos sara hidup menghimpit diri...emosi menguasai diri....disiplin sudah ditolak tepi..tengok kanan tengok..semua rasa berkenan di hati,buka wallet terus swip kredit kad ini
Deletekad kredit hutang dalam diam kalau tak reti guna. ada terbaca hari tu ramai juga golongan muda yang muflis
ReplyDeleteHutang di dalam tidak diam pun banyak....
DeleteKad kredit hanyalah alat, tuanpunyalah yang menentukan baik buruknya. Seperkara lagi, sentiasalah baca fine print (tulisan kecil susah nak baca tu), tak kira pinjaman ke, kad kredit ke, iklan ke. Kalau nak cari keburukan/perangkap kat situlah tempatnya :)
ReplyDeletecan't agree more..kadang2 pelik juga, kenapa fineprint tu sengaja ditulis dalam tulisan kecil yang susahkan orang nak baca?
Deleteperlu terutama ketika saat saat kecemasan.... kena ada payung sebelum hujan sebab kadang kala mungkin cash di tangan terhad dan perlu ambil masa at least 1 hari untuk mengambil cash di institusi kewangan (jika disimpan di dlm akaun tetap contohnya)
ReplyDeleteKalau ade cc tp x guna ade hidden caj x?
ReplyDeleteKalau ade cc tp x guna ade hidden caj x?
ReplyDelete