Jealous juga bila tengok Pakcik Goyang yang sudah kerja sendiri. Bergiat aktif dalam Pelaburan Hartanah,ebook, seminar, etc dan mampu memperolehi income lebih dari kerja fulltimenya dulu disamping dapat luangkan lebih banyak masa dengan keluarga, anak-anak dan mengorat gadis-gadis genit berjogging.
Alihkan seketika kisah Pakcik Goyang yang memang dah kaya itu. Berkongsi pengalaman kisah Pakcik Eyriqazz, dari makan gaji jadi pemandu peribadi kepada orang kaya, dibuang kerja kerana sikap Isteri majikan yang keterlaluan, dan kini :
Berniaga kecil-kecilan Kuih Akok dan Bahulu
Berminat nak order sekitar Marang, Terengganu , silala hubungi : Mak Ta @ Pak Alang di 019-9231279
Mak eyriqazz cakap, sekarang hidup dan ekonomi pakcik eyriqazz lebih stabil. Kalau dulu kerja dengan orang, selalu kena bergadai bila kesempitan wang. Sekarang ini, jualan akok dan bahulu pakcik memang mendapat sambutan yang menggalakkan lebih-lebih lagi bukan mudah nak cari kuih bahulu dan akok yang "kembang cantik" dan masih lagi dimasak menggunakan cara tradisional menggunakan sabut kelapa. Kadang-kadang sehari boleh dapat dalam RM300-500. Lumayan juga kan?.
Makan gaji vs kerja sendiri, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Bagi yang makan gaji dan ingin beralih ke kerja sendiri, tentu banyak yang bermain di fikiran i.e. bolehke untuk long term? Medical dan insurans camne? Anak-anak bini boleh ke makan nanti? Sebabtu sifu saya cakap, rancangla dengan teliti dan bina side income yang konsisten jika mahu beralih dan kerja sendiri. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya, kan?
P.s : Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri, mana yang lebih menguntungkan?
kerja makan gai senangnya tak payah nak fikir untung rugi...hujung bulan dah tau dah gaji masuk...berapa jumlahnya.nak bajet pun senang.
ReplyDeletekerja sendiri ni mmg kena berani ambil risiko...seronok sebab tak payah nak fikir kerenah bos.tapi kena disiplin juga sebab kalau main2 boleh kering kontang jadinya.
basically...ada org mmg boleh berjaya dgn kerja makan gaji & ada yg lebih berjaya bila kerja sendiri...masing2 berbeza.kenalah kenali diri sendiri sebelum buat keputusan.
Higher risk, higher return kan? tapi, kena pandai dan rajin berusaha juga...
Deletesuka makan bahulu nissan (gula melaka ):p
ReplyDeletekalau kena cara, memang berniaga ni menguntungkan. salah satu cabang rezeki kan.
9/10 cabang rezeki datangnya dari perniagaan kan?
DeletePakcik 'Goyang'?? Cisssss....
ReplyDeletesaya makan gaji tp hati nak kerja sendiri... sedang membina keyakinan diri utk ada biz sendiri yg serius...
ReplyDeleteGood luck...Usaha tangga kejayaan kan?
DeleteNak duit lebih kerja sendiri boleh jana pendapatan lebat... ada saudara berniaga goreng pisang je.. leh dapat sehari 300-400 sehari.. tapi kalau nak gaji masuk bulan2 kerja makan gajilah pilihannya.... bagi aku semua ok.. tapi kalau berniaga lagi baik sebab 9/10 rezeki datang dari perniagaan..
ReplyDeleteSetuju kata bro GOYANG.. kalau nak bekerja sendiri.. kena bina site income yang kukuh dulu baru leh antar surat resign dekat bos.. kalau tidak.. merana diri nanti
Peniaga pasar malam pun boleh generate 5 angka sebulan... Nak bekerja sendiri, kena ada strategi, usaha, dan mental yang tinggi...
Deleteikut di mana rezeki tu dtg (: tak kisah kerja ngan org or kja sendiri. muehehehe.
ReplyDeletetepuk dada, tanya selera
Deletesejak bila en.eyriqazz jual kuih akok?bukankah encik ni seorang cikgu dan blogger tegar? (skema gler ayatku..:p)
ReplyDeleteBukan saya...Pakcik dan makcik eyriqazz...
DeleteP.s : blogger tegar dah betoi, cikgu tu isteri eyriqazz
Memang teringin nak bekerja sendiri di rumah. Dari perniagaan dan juga side income berblogging. Bilalah agaknya. Heeee
ReplyDeleteSesiapa yang nak cari design baju plus size boleh cari disini Style Me Gorgeous By Qashmere
InsyaAllah, kalau ada rezeki tak ke mana kan?
DeleteSaye tertarik dengan nama 'pakcik goyang'.
ReplyDeleteseperti ade daya tarikan..dan juge unsur humour
hik3..nickname baru AE..pakcik goyang
DeleteSy pun ada buat online business tapi cume parttime je...nak buat fulltime byk risikonya...
ReplyDeleteKena perancangan yang betul kalau nak kerja sendiri ni. Lebih2 lagi kita dah selesa dengan kerja makan gaji dan berasa selamat dengan keadaan mcam tu. Tapi kalau perancangan tu betul, kerja sendiri memang best dan menguntungkan... Memang kena berani ambik risiko kerja sendiri ni.
ReplyDeleteLEBIH BAIK BEKERJA SENDIRI, SAYA PUN SEDANG SETUP BISNESS SENDIRI
ReplyDeletehaha, pakcik goyang
ReplyDeletemakan gaji dengan kerja sendiri mmg ada pro dan kontra nya... tapi bagi kami yg dah biasa makan gaji nie, rasa better makan gaji sebab dah biasa nak buat kerja sendiri tp last2 tutup camtue jer..
ReplyDeleteMacam Pakcik Goyang tu update kat blog dia... list perkara yang perlu kita fikirkan untuk kerja sendiri....kalau semuanya steady boleh teruskan niat...
ReplyDeletetapi ada juga org sekarang lebih selesa makan gaji dari kerja sendiri.
ReplyDeletetapi kalau kerja sendiri lagi best rasanya sebab keuntungan lebih besar dari kerja makan gaji... hehehe
Makan gaji la..terjamin sikit..up to masing2..
ReplyDeletemasing2 ada bahagian masing2..mula2 susah..lama2 senang kan...usaha tangga kejayaan tahniah...
ReplyDeleteSedapnyer bahulu.. InsyAllah.. x kiralah makan gaji ker keje sendiri ker..rezeki ade di mana2 yg penting kena berusaha..
ReplyDeletetingin nak berniaga tapi sedang memikirkan apa nak diniagakan
ReplyDeletekerja sendiri dalam seronok ada juga kerisauan...
ReplyDeletehurm... kalau nak tau kena mencuba..tak cuba tak tau apa hasilnya kan..hmm, tapi planning kena mantap. Kena merancang betul2.. bila betul2 dah bersedia dari segala segi, baru boleh try.. bila semuanya dah betul2 bersedia, kita akan nampak bekerja sendiri ni lebih baik daripada makan gaji.. good luck bro.. semoga impian akan jadi kenyataan..semoga akan berjaya seperti rakan2 bro lain yang telah berjaya tu.amin..
ReplyDeletebahulu macam nih baru sedap! asyik makan yang beli kat tesco jer x best..hehehe
ReplyDeletekerja sendiri lagi masyuk. makan gaji penatlah
ReplyDeletejadi motivator macam pakcik goyang lah... hehehe
ReplyDeleteDua-dua ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, apabila menilai, pastikan senaraikan kelemahan dan kelebihan, bukan sekadar melihat bahagian kelebihan sahaja, kerana khuatir apabila dah terjebak, jadi panik sebab tak buat persediaan yang sepatutnya. :)
ReplyDeleteAll the best bro
bro, ada tak org bekerja makan gaji, dalam masa sama, kerja sendiri..hm..
ReplyDeletepakcik goyang INUL? hehehehe
ReplyDeleteBagi saya dua-dua untung. Kita perlukan aktif income yang 'kuat' pada awalnya utk membina pasif income. Tapi jika pasif income dah masuk macam abam eyriqazz,blh lah berhenti dan fokus kt belok ni..
ReplyDeletep/s: Jadi unit trust consultant fulltime blh dikategorikan bekerja sendiri ke?
Setakat ini belum mempunyai tahap pendapatan sampingan yang mantap sebelum membuat keputusan. Walaupun bagaimana pun persediaan telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu.
ReplyDeletePernah mengalami kerja dgn kerajaan & swasta..akhirnya buat kerja sendiri. masa,simpanan dan income yang baik jauh berbeza dari mkan gaji dulu..Alhamdulillah
ReplyDelete