Showing posts with label ada apa di selangor. Show all posts
Showing posts with label ada apa di selangor. Show all posts

October 8, 2010

Tropicana Medical Centre

Hari ke 5, MySelangorStory, perjalanan kami bermula dengan membuat lawatan  ke : 

Pusat Perubatan | Tropicana Medical Centre [ Official Medical Centre ]
Bangunan yang cantik dan Tersergam Indah
Kami disambut oleh  Puan Hayati Abdul Rahman (Account Manager, Marketing & Community Relations)Tropicana medical Centre dan dipecahkan kepada 2 Kumpulan 
Terasa tenang dan begitu mesra Pelanggan
Khusyuk mendengar taklimat/ucapan yang diberikan

Pelbagai Lokasi dilawati antaranya Wad Anak Anak, Tropicana Zoo, dan Wad Kesihatan. Begitu bersih dan dijaga rapi
Rehabiliation Centre, International Patient Centre, dan lokasi lain yang dilawati
Tempat pengumpulan Semen, ICU,Wad bersalin juga kami lawati
P/s : Kelakar bila Alid cakap, tempat kumpul semen  "Filem Cinta ada ke". Umm, tak pastila pula

Nurse yang peramah, gambar-gambar yang menenangkan dan Informasi yang berguna

Tempat Stress Test, Tempat bersenam untuk fisioterapi juga disediakan

Kemudahan disini memang terbaik dan salah satu hospital swasta yang terkenal dalam membantu pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak. I think AzuanZahdi should try this place.

Pelbagai kemudahan disediakan di Tropicana Medical Centre, lebih lanjut boleh la referkan di Official websitenya : http://www.tropicanamedicalcentre.com/ 

Honestly, saya sudah beberapa kali berada di hospital antaranya Hospital Kerajaan di Terengganu ketika kemalangan jalan raya, Tawakal Hospital ketika membuat pembedahan Hernia, Subang Jaya Medical Centre ketika kemalangan motosikal, dan Ampang Puteri Medical Centre ketika Isteri bersalin.

So, pandangan peribadi saya, pemilihan hospital yang baik amatlah bagus bagi mempercepatkan proses pemulihan dan kesihatan yang lebih lebih sejahtera. Saya nampak Tropicana Hospital, facility dan staffnya begitu membuatkan saya tertarik hati untuk singgah ke sini lagi di suatu hari nanti andainya ditimpa sesuatu. harap-harap tidakla, tapi kata orang sediakan payung sebelum hujankan?

Satu nasihat yang bagus dari wakil Tropicana Hospital, belilah Insurans kesihatan ketika masih muda, bayarannya lebih murah dan bagi menjamin kos rawatan di masa hadapan. Saya tahu peritnya tanpa insurans kerana ayah saya tiada insurans dan terpaksa berulang alik ke hospital kerajaan dengan masa menunggu yang agak lama untuk mendapatkan perkhidmatan. 

Feedback/suggestion saya buat Tropicana Medical Centre bagi menarik lebih ramai pesakit memilih Pusat Perubatan Ini :

1) Kerjasama dengan lebih berkesan dengan syarikat Insurans bagi membolehkan Pihak Insurans meletakkan Pusat Perubatan ini sebagai salah satu hospital panel.

2) Promosi yang lebih berkesan. Tidak semestinya journal ataupun majalah kesihatan ,kerana orang yang sakit biasanya tidak baja journal-journal ini. Bolehla mempromosikan di Blog Advertising Company yang semakin dipercayai contohnya Nuffnang

3) Pakej promosi "Health Screening" .Ramai orang yang tidak buat health screening kerana memikirkan kosnya yang agak mahal, termasuklah diri saya sendiri. Namun, biasanya , sakit datang ,bila sudah ditahap yang agak sukar untuk diubati. Jadi, inisiatif awal dapat membantu pesakit.

4)  Contest kesihatan yang menarik diadakan dari masa ke semasa. I.e. Contest menulis Pengalaman Peribadi Di Hospital, detik terindah di hospital dan sebagainya.

Tropicana Medical Centre tempatnya cantik dan selesa
Suasana tenang ,bersih,selesa dan sesuai untuk keadaan pesakit supaya cepat sembuh hendaknya
Layanan yang mesra itulah yang orang semua mahu dan tergoda
Saya syorkan Tropicana Medical Centre, sekali singgah sudah jatuh cinta

P/s : Pentingtak dalam membuat pilihan yang terbaik bagi memilih Pusat Perubatan yang bakal kita pergi?

***Buat semua pembaca, harap dapat undi Eyriqazz di SINI

September 23, 2010

Get Ready For MySelangorStory Journey


Get Ready For MySelangorStory Journey

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, i will joining all the participants tonite :

" Travel Period 23th – 28th September 2010

* Tourism Selangor will arrange for the entire tour itinerary, including return flights, meals and lodging. Miscellaneous expenses will be borne by individual participants.

* The 30 selected bloggers will be flown in to Selangor for a 6 day/5 night tour of Selangor from 23th – 28th September 2010.

* During this period, participants will be required to produce a video (up to 3mins) of each day’s activities and upload it every evening together with a travelogue of the activities on to the Tourism Selangor website with a link to YouTube.

* The videos/stories must be produced based on the requirements of Tourism Selangor and be saved as an audio-visual file, with the copyright co-owned by Tourism Selangor, Sponsors/Partners and the entrants.

* Upon completing the itineraries in Selangor, with the required videos and stories uploaded, participants will be awarded with a per diem provided by the organizer and sponsors.

Bolehla follow my journey nanti, akan saya updatekan di sidebar di dengan tag : myselangorstory

P/s : Wish me Luck..Hopefully i can win something and enjoy the experience/journey ( I think we will be travelling to a lot of attractives and Amazing places in Selangor. Yiezaa, Love It and I Will Rocks Selangor ).

MySelangorStory saya sudah bersedia untuk mempromosi
Event di nanti-nanti saya teruja hati
Yang terbaik dan perkongsian pengalaman terbaik dari saya sudah pasti
Singgah-singgahi blog ini, saya pasti akan pastikan anda teruja sekali
Related Posts with Thumbnails