Showing posts with label ariffshah. Show all posts
Showing posts with label ariffshah. Show all posts

June 28, 2012

Awek Ariffshah?

Wahh, boleh tahan Ariffshah ni... Balik-balik dari Moscow, bawa balik Aweks Minah Salleh.... First picture boleh refer entri --> Bersama Blogger .2nd picture, cuba usha elok2 Awek yang ditengah-tengah :



Betul ke Awek Ariffshah?
Hik3, Sila tanya tuan punya badan

P.s : Adushh, buat terliur laa pulak nak pekena coklat malam2 ni....

May 5, 2012

Jumpa Penulis Buku WTF? 23 Properties by 30

Berjumpa Penulis  WTF? 23 Properties by 30 , Faizul Ridzuan
Serious, bukunya laris dan bagaikan pisang panas, banyak tempat sold out

Preview : Faizul Ridzuan knows how to invest. And he makes it look easy. This regular employee turned RM2,000 in seed capital into multi-million property portfolio in just 5 years, with 23 properties purchased to date.

Buku ini menceritakan pengalaman penulis macam mana dia berjaya memiliki 23 biji rumah by umur 30 tahun. Umm, eyriqazz 30 tahun baru 2 biji rumah. Sempat mengorek serba sedikit rahsia yang dikongsikan secara peribadi kepada kami. InsyaAllah, akan dikongsikan di blog ini beserta review tentu bukunya sekali. 


Partner in Crime , Abang Ensem, AriffShah, dan Tuan Bri

Eyriqazz dah baca serba sedikit buku ini dan dalam proses nak khatamkan minggu ini. Gaya penulisan yang mudah difahami, dan bolehla dikatakan buku ini macam buku versi "Robert Koyisaki versi Melayu"

P/s : Hati semakin berkobar-kobar untuk memiliki rumah yang seterusnya. Mungkin minggu depan akan turut serta join Seminar Hartanah, 4 Langkah ke Arah Hartawan Hartanah

P/s/s : Yup, Buku WTF ini mostly Sold Out di Kedai Buku kini. Saya turut rekomenkan Ebook Hartanah ini, pengisian, informasi dan maklumat berkenaan pelaburan hartanah tak kurang hebatnya...

July 20, 2010

Rezeki Menang Contest Lagi | Thanks AriffShah.Com

Alhamdulillah, mendapat perkhabaran gembira lagi. Jalan-jalan cari pasal di dunia maya, perasan entry dari AriffShah.Com . Pemenang Contest Tulis dan Menang telahpun diumumkan. Rezeki memihak kepada saya kali ini :


Gembira juga, kerana turut berkongsi tempat kedua bersama Sifu saya / orang yang paling berjasa kepada saya di dunia blog ini, tak lain tak bukan Saudara Melromeo  yang kacak dan hensem bergaya.


Imbas kembali, inilah yang perlu ditulis :


Ceritakan tentang blog anda/Blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?


Macam terjah blog saja. Mula-mula saya fikir mahu memilih Melromeo tapi blognya telah diterjah. Jadi, saya menukar fikiran dan memilih blog sendiri untuk diterjah dan dikomen dan akhirnya terhasil la entry ini [ Terjah Eyriqazz ]


Bertitik tolak dari situ juga, serba sedikit pembaharuan dibuat untuk memperbaiki blog ini. Alhamdulillah, ianya semakin ke arah yang positif dari hari ke hari. Jadi, tak salah untuk mengomel /menerjah blog sendiri dan itulah yang sebaiknya kerana kita know more about ourself kan?


Segmen terjah Eyriqazz , InsyaALLAH, akan disambung minggu ini. Kalau boleh , nak cuba terjah at least 1-3 seminggu. Komen dari orang lain tentu lebih memberikan kesan, kan?Itulah yang terjadi kat diri sendiri.


Rezeki Menang Contest kali ini
Terima Kasih AriffShah.com saya teruja hati
Sudah lama tidak memenangi Contest sebegini
Di lain kali ,anjur-anjurkan lagi

P/s : Teruja tak bila menang Contest? Saya akan cuba laburkan hadiah Contest ini untuk menambah GTO Pointz untuk pembaca blog ini. 

P/s/s :JIka tiada aral melintang, 10 Finalist Contest Hadiah Birthday untuk Alisya akan diumumkan minggu ini dan minggu depan akan diumumkan pemenangnya.

April 25, 2010

Tulis & Menang Ariffshah.com

Salam dari Eyriqazz,

Hari minggu biasanya hari Eyriqazz join Contest & Santai . Kalini ingin join Contest :


Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com & denaihati.com

Jadi, blog yang eyriqazz pilih dan ingin review/terjah tidak lain dan tidak bukan adalah :


1) Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka
Eyriqazz - Nama diambil sempena watak gabungan sebuah novel semasa di sekolah dahulu. Kusyuk membacanya, tapi maklumat penuh biarlah menjadi teka teki terlebih dahulu.
Great Teacher Onizuka - Kenapa saya pilih Great Teacher Onizuka?
Great = Cuba memperbaiki diri/cuba menjadi yang terbaik
Teacher = Teach Others and learn from others + my wife is a teacher . Onizuka = Suka sangat lakonan dia. Drama GTO antara drama paling kugemari. Sudah khatam lebih 3 kali.

Eyriqazz turut menjadi penulis jemputan di MombloggersPlanet dan InfoKami.

2) Motif Berblog

Faktor utama adalah Alisya. Aku ingin abadikan koleksi penulisan peribadi buat puteri tersayang . Faktor lain, berkongsi pengalaman,informasi,diari peribadi, mencari ilmu berguna di dunia blog, kenalan, dan juga Duit .

3) Kelebihan Blog Eyriqazz

Entahla, apa yang lebih ya? Blog ini masih baru dan sayapun baru je aktif berblog lebih kurang 7-8 bulan. Jadi, kelebihan itu biarlah pembaca sendiri yang menilainya. Cuma, saya suka mencipta kelainan dan cuba menulis mengikut rentak tersendiri. Antara segmen dan entry yang saya cuba serlahkan adalah :

i)Berpantun
ii)Terjah Blog Popular dan Blog Pembaca
iii)Contest (Saya memang minat Contest, telah memenangi a few of Blogging Contest worth RM7K+ )
iv)Tips Blogging Yang Dikitar Semula dan dari pengalaman sendiri
v)Berkongsi Pengalaman dan Informasi
vii ) Nuffnang ( I Love Nuffnang)
viii) Apa pula pandangan pembaca?

Apapun, saya sudah cukup gembira. Target saya untuk menambah at least 100 uniques visitors setiap bulan setakat ini tercapai. Tak lupa juga Followers. It goes hand in hand setakat ini. Namun, masih banyak yang perlu diperbaiki. Bercita-cita mahu blog ini lebih dikenali dan mendapat tempat di hati pembaca. Ewahh.

4) Kekurangan Blog Eyriqazz

Banyak, antara yang saya temui dan cuba untuk perbaiki dan pelajari :
i) Template yang belum cukup menarik
ii) Teknik mengedit gambar bersama Photoshop ( bleh rekomenkan mana-mana tutorial yang bagus tak? ) dan juga cara membuat banner yang cun dan menawan hati.
iii) Teknik SEO (mungkin Ariffshah dan Kak Jie boleh kasi tunjuk ajar lagi)
iv) Teringin mahu bertukar ke Wordpress dan Domain Sendiri namun ilmu belum cukup didada. Tidak mahu terburu-buru. Biar lambat asalkan selamat.
v) Sesetengah entry panjang dan membosankan. Hak3, bila dah mula syok menulis mulalah syok sendiri. Sedang cuba untuk memperbaikinya
vi) Masih belum cukup mesra dengan reader (faktor masa membataskan untuk menerjah kembali secepat mungkin pembaca terutamanya buat pengomen di blog)
vii) Andalah yang menilainya. Jadi, apa lagi.Komen-komenla ya?

5) Idola Eyriqazz di Dunia Blog : Kennysia, Redmummy, Melromeo, BangNara, TheEggYolks, LittleMama dan Ramai Lagi.


6) Apa Pandangan Positif pasal berblog ini ?

- Hobi yang bagus ,menarik, dan menguntungkan.
- Dapat mengenali ramai kenalan, join event, dan berkongsi informasi.
- Menajamkan minda dan fikiran
- Dapat mengimbau kembali kenangan lama dengan lebih mudah disamping informasi berguna.

7) Pandangan Negatif pasal berblog ini ?

- Masa semakin kurang bersama keluarga. Selalu terfikir akan kejayaan Redmummy namun apa yang dia terpaksa lepaskan untuk itu seperti susah nak bercuti, masa rehat yang semakin kurang, dan sebagainya. Apapun, No Pain No Gain kan?
- Sesetengah pihak mengambil kesempatan  di atas berblog ini. Ada yang mengeluarkan Ebook untuk dijual tapi tak semuanya berguna/tidak sepadan dengan harganya. Ada yang bagus dan ada yang tak bagus . Ada juga yang Indah Khabar dari Rupa.
- Pandangan peribadi,  Rasa sangat tidak suka membaca blog itu bila blog terlampau banyak dengan iklan yang mengacau penglihatan untuk membaca walaupun blog itu memang best dan menawan. Tak salah letak iklan tapi bila terlampau mengacau membaca, rasa sangat tidak enak untuk membaca. Apapun, tepuk dada tanya selera. Lain padang, lain belalangkan?

Cukuplah dulu, last but not least terimalah serangkap pantun dariku :

Terjah/Review Blog Sendiri untuk Contest Ini
Untuk berkongsi Informasi dan memperbaiki diri
Komen anda saya nanti-nanti
Komen NEGATIF paling saya gemari untuk saya teruskan usaha ke depan meningkat mutu blog INI

Saya tahu Kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Ariffshah.com

P/s : Tidak lupa juga, jika anda menyokong dan sukakan blog ini , jangan lupa Vote untuk saya di sini :

February 23, 2010

Terjah | Ariff Shah Jejaka Russia Idaman Wanita Malaysia

Seperti dijanjikan di entry Terjah | Alam Maya Saya yang Cute, kali ini eyriqazz ingin menerjah :


Inilah sebabnya kenapa Ariff Shah diterjah olehku :

Penyumbang tertinggi di Gengblogger

Oh ya, mungkin lebih dari satu bakal kuterjah selain Ariff Shah.Jadi, kalau mahu kena terjah, marilah menyumbang sama skorku di gengblogger.Hik3.

Ok,berbalik kepada persoalan asal.Siapa Ariff Shah ni?Macam nama ahli politik je yang bertanding dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh satu ketika dulu? Oh ya ,tajuk sengaja dikomersialkan .Untuk mengetahui lebih lanjut pasal Ariff Shah bolehla terjah di sini :

http://ariffshah.com/about-ariff-shah/ (Jejaka Idaman Malaysia )

Pertama kali aku mengenali Ariff Shah ketika di Gengblogger. Ariff Shah telah memenangi pertandingan :

Pemenang Pertandingan Cipta Tagline Gengblogger dengan taglinenya "Komuniti Blogger Anda"

Semenjak detik aku, aku semakin setia menerjah blog Ariff Shah walaupun selalu tak sempat tinggalkan komen. Jadi, apa tunggu lagi, dengarlah terjahan olehku pasal blog Ariff Shah ini :

1)Blog yang penuh Berinformasi

Boleh baca dan perbesarkan gambar untuk melihat komen ku.Banyak tips-tips menarik dari blog Ariff Shah dan banyak yang boleh dipelajari.Nak tahu lebih lanjut, bolehla terjah di sini :


Antara tips Menarik yang kurasakan sangat best adalah :


Selebihnya, bolehla terjah sendiri, banyak tips menarik lagi di sana.Memang tak rugi menerjah blognya .

2) Layout yang kemas dan Menarik

Honestly, aku memang jeless ngan layout Ariff Shah.Mungkin lepas ni aku kena berguru dengan Ariff Shah dan bodek dia camne nak buat layout cantik cam dia. Memang menarik, cepat loading, sejuk mata memandang, dan rasa nak terjah selalu. Cuma yang menjadi persoalan ku sekarang adalah :


Ariff Shah dan Cik Bintang bercinta ke?Hik3...

3)Entry yang pelbagai, santai dan menarik

Cam sama je dengan entry No. 1?Lain skit. Entry Ariff Shah turut diselitkan percutian, pengalaman di luar negeri , serta motivasi. Entry nya yang bertajuk http://ariffshah.com/hidup-berani-untuk-gagal/ memang menyentuh perasaanku. Teringat kisahku semasa aku ditawarkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negeri, memang teruja dan hampir ku tolak tawaran tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Namun, berbekalkan semangat Hidup berani untuk gagal, aku gagahkan hati, dan segulung ijazah dari Universiti dari UK berjaya ku bawa pulang. Ehh,melilau pulak ayatku.Hik3...

4) Alexa Ranking yang mengkagumkan

Wah,kalau ditengokkan Archivenya, blog Ariff Shah ni dibuka pada September 09 iaitu masa yang sama aku bergiat aktif dalam berblog. Aku kurang faham sangat dengan Alexa ranking ni, cuma yang ku tahu, lagi rendah ,lagi baguskan?Fuhh, bawah 200 ribu tu, memang mengancam.Blog yang bertahun-tahun pun belum tentu ble lawan kehebatan Alexa Ranking AriffShah ni. Apa rahsia ya?Tentulah pembaca yang ramai dan entry yang berkualiti.

Banyak lagi aku nak mengomen sebenarnya ,namun coz blog dia ni memang hebat, aku serahkan kat korang la pula untuk menerjah blog nya.Jangan lupa terjah blog Ariff Shah ini di sini :


Komen peribadi pula dan apa yang aku rasa boleh diperbaiki/apa yang aku mahukan di blog AriffShah :

1)Search button supaya mudah nak menerjah/search .Banyak sangat entry menarik, rambang mata dibuatnya.Hik3...

2)Tutorial nak buat banner seperti ''Aku dan Kamu '' tu.Seriously, memang cool dan aku teringin sangat nak belajar.

3)Contest.Hik3,dah join Innity, tentu Income masyuk kan?Bila nak buat Contest?Akan ku sertai kalau syarat-syaratnya tidak memberatkan.

Itu saja .Jadi, marilah sama-sama terjah blog Ariffshah. Bak kata iklan TV, blog Ariff Shah ''Kita mesti terjah". Hik3...

P/s :Pernah singgah di Ariffshahtak ?Apa pula pandangan anda?

P/s/s :Mangsa seterusnya, Jeng-jeng-jeng : Kak Ina KL .Tunggu.Lebih ramai akan diterjah di masa hadapan.
Related Posts with Thumbnails