Showing posts with label buat duit dengan blogging. Show all posts
Showing posts with label buat duit dengan blogging. Show all posts

July 7, 2011

Bolehke Buat Duit dengan Blog?

Bolehke buat duit dengan blog? Okla, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman peribadi dengan joini Contest SEO Buat duit dengan blog yang dianjurkan oleh saudara Faisal Abdullah dari http://2dayblogger.com . Actually,saya tak berapa pandai bak-bak SEO ni tapi saya cubakan diri.


Itulah cek pertama saya bersama Nuffnang, dua bulan selepas saya menyertai Nuffnang. Mula-mulatu memang agak skeptical, bolehke buat duit dengan bloggingni? Saya aktif berblogpun selepas berbulan-bulan saya tengok rakan saya aktif berblog, siap saya tanya, betulke boleh buat duit ni? Tak cayalah..One day, dia tunjukkan cek Nuffnang dia. Terus saja register Nuffnang dan sejak hari itu, yup, konsisten saya Cash Out tiap-tiap bulan. Mula-mula tu 2 angka, then go 3 angka, nasib baik ,merasalah 4 angka. Bergantung. Thanks buat Mr Jocko memperkenalkan nuffnang kepada saya.

Trafik? Tinggi ke trafik blog saya? Umm, nilah trafik masa mula-mula saya berblog :

Nak Cecah UV 100 sehari pun susah

Apapun, usaha tangga kejayaan kan? Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar rakan-rakan dan usaha berterusan, ianya semakin menampakkan hasil. UV semakin bertambah, dan Incomepun semakin bertambah. Duit hasil berblog pun semakin menampakkan hasil. Special thanks especially Melromeo, my sifu yang terlalu banyak berjasa dan memberikan tunjuk ajar kepada saya dan hasilnya, 2011, saya sudah merasa konsisten Income 4 angka sebulan. On and off...

Jatuh dan bangun, adalah perkara normal bagi bloggers. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Begitulah juga dengan "Buat Duit dengan Blog". Usaha yang berterusan, keunikan dicari, dan kepuasan dalam menulis amatlah penting andainya mahu serius untuk buat side income dengan blogging. Jadi, sometimes saya kongsikan pengalaman peribadi :


Tips blogging ini adalah hasil pengalaman dan pembacaan dan juga cilok-cilok idea dari bloggers di luar sana. Not 100% purely mine la, tapi mostly saya olahkan dengan bahasa saya dan citarasa saya. Some of my favourite one dalam tips berblogging dan buat duit ini :

More, terjahi la SINI



Cara paling pantas untuk mendapatkan hits yang tinggi, rasanya one of it adalah dari SEO. Namun, tepuk dada,tanya selera. Kalau selesa, teruskan aja. Kalau kurang selesa, don't do it. Nanti memaksa diri dan kemanisan berblogging akan semakin hilang dari diri. Tipula kan kalau seorang blogger tidak mahu mendapatkan hits yang tinggi, buat duit dengan blog dengan lebih banyak dan lebih dikenali? No right and wrong answer dalam hal sebegini. Tengoklah pada http://2dayblogger.com  memang hebat dalam ber SEO, namun saya suka cara dia buat entry, coz ayatnya begitu disusun rapi, kemas dan tidaklah sekadar "Copy and Paste".


Alhamdulillah, myself, my main side income/buat duit dari blogging adalah dengan Nuffnang. Umm, walaupun kadang-kadang mendapat e-mail dari pengiklan luar untuk beralih, hati ini masih setia bersama Nuffnang. Kerana kemanisan berblogging yang saya kecapi dan kegembiraan bukan saja dari duit/income tapi dari hal lain seperti event yang menguja, hadiah yang mempesona, peluang berjumpa bloggers dan celebriti dan pelbagai lagi. Yup, dan Nuffnang mampu berikan ianya kepada saya. Apapun, lain padang, lain belalang kan? Citarasa berbeza, dan buatlah pilihan yang terbaik dengan citarasa kita.

Suka dan duka memang normal dalam berblogging, dalam memperolehi side income dan duit sampingan dengan berblogging especially for those yang bekerja full time dan juga sibuk dengan urusan keluarga. Kata pepatah, No Pain, No Gain. There are no easy way for a success and generate Consistent Income via blogging.


Actually, banyak cabang dan cara untuk buat duit dengan blog ini. Bak kata Kak Yanmie @ salah seorang sifu saya juga, nak or taknak saja. Usaha or taknak usaha juga. Rezeki takkan datang bergolek kalau kita tidak mengejar nya. Myself, faktor masa kadang-kadang membataskan other things yang boleh saya boleh buat side income dengan blogging i.e. direct advertorial/pay per post (mb sooner), joini contest mengancam, dan pelbagai lagi.

Tepuk dada, tanya selera, dan berusaha. Pandangan dan nasihat saya, mahu buat duit dengan blogging tidak mudah. Tidak la tersangat susah. First thing minat kena ada, cubalah tulis perkara yang paling kita minati dan selesa. The rest will come later. Hits naik sikit-sikit lebih bagus dari naik mendadak namun selepas itu kita hilang selera untuk menulis lagi.

Tak lupa juga, jangan kedekut untuk berkongsi dan memberi. Contoh terbaik, Denaihati , hidup untuk memberi. Semakin dia memberi, semakin murah rezekinya saya tengok. Jumpa dia face to face, memang sejuk mata memandang. Saya cuba follow "Hidup untuk Memberi" dan Alhamdulillah, it works on me...Buat duit dengan blog menjadi lebih mudah.

Finally, yupp, memang boleh Buat Duit dengan Blog tapi kenalah ada strategi dan caranya. Berguru biar beribu-ribu, belajar tiada sempadannya dan "Teaching and Learning" akan mematangkan kita untuk terus berjaya.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits, lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“

January 23, 2011

ChurpChurp|Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit


ChurpChurp|Nak Cash Out tak Ya? Persoalan yang sama bermain di fikiran bulan ini. Alhamdulillah, bak kata Pepatah, Sikit-Sikit lama jadi bukit. Last month amountnya RM200+ skang sudah RM400. Umm, simpan la dulu kot, biar cukup RM1,000  baru syok nak cash out kan? Lagipun Income dengan Nuffnang bulan ini pun sudah cukup mengujakan, jadi biarlah saya biarkan Income di ChurpChurp ini dulu. 


Yess, u can make money dengan ChurpChurp too. Cuma kena usaha lebih dan kena dengan caranya InsyaAllah membuahkan hasil. Cam eyriqazz sendiri, tak sempat juga nak buat semua especially on Social Sharing tu, tapi payment nya boleh tahan juga kan? RM0.20 per genuine click, siapa nak kasi kan?

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rezeki takkan datang bergolek, usaha yang berterusan akan membuahkan hasil.Trust me on that.

P/s : Jom sama-sama buat Duit dengan ChurpChurp. 

August 8, 2010

Chance to earn additional revenue from your blog!

Beberapa hari yang lepas I received this e-mail :
Title : Chance to earn additional revenue from your blog!

Hi GTO!

Greetings! 

I'm from XXX and I cant help noticing your awesome blog and wonder if you want to earn additional revenue by inserting our widget of jobs in your blog. This will enable you to earn side income and leveraging on the traffic from your blog.

See XXX for more info.

Komen : Awesome blog? Huk3, terlebih puji tu.

So, I drop an e-mail to Nuffnang kot2 boleh ke nak letak Iklan ni. Nampak websitenya cam menarik base on first impression . Takut juga hilang Status Glitterati eden. So, inilah balasannya.

Hi GTO,

These are not potential advertisers. They are intermediaries/middle-person organization just like Nuffnang. They are recruiting bloggers to serve ads to promote jobs that are posted by their advertisers to your blog which directly makes them our competitor. As such if you have their codes in your blog, your Glitterati membership will be affected.

Komen : Oh, I Love Nuffnang. So, e-mail itu saya abaikan dan saya tidak membalasnya.

Later on, I received another reply from Nuffnang :

Hi GTO, 

Thanks for informing us about these parties approaching you. 
:-)  . Believe XXX has explained the situation well. Do keep us updated if you receive more requests as such, including invites to press conferences and events. :-) 

Komen : Invite to Press Conferences? Hik3, Press/Suratkhabar  manalah nak invite blogger Cap Ikan Ayam Goreng ni ke Press Conference.Kalau Redmummy or Beautifulnara lain la. Majalah Ujang mungkin kot, suh eden bergambar dengan Monster Pink, untuk siri terbaru " The Pink Monster, hik3 "

Komen Sumijelly : Alah, eyriq,mana tau ada orang akan panggil. Dushh, jangan berlagak laa, lempuk baru tau. Dussh, kan dah kena tu sound dengan Model Cap Susu Junjung. Hik3, gurauje sumi. Saya sedar diri ini,  kenalah berpijak di bumi yang nyata kan? . Maaflah kalau kata-kata yang diluahkan semalam berbau lagak ngeri. 

So, kesimpulannya, saya membuat keputusan untuk terus setia bersama Nuffnang. I Love Nuffnang. Pilihan orang masing-masing kan? For Me, I am Happy with Nuffnang and I will stick with it. Rezeki ada di mana-mana. Seperti kata Nara, "Jangan Berblog kerana duitkan? ". Hik3, actually this is not the only e-mail yang saya terima. Sebelum ni ada terima juga tapi buat tak kisah je.

P/s : Moral of the story, tepuk dada, tanya selera. Ikut Kata "Sixth Sense Anda" Sixth Sense saya mengatakan for Me , " Nuffnang adalah yang terbaik bagi saya". Bagaimana dengan anda pula?
Related Posts with Thumbnails