Showing posts with label buffet promotion. Show all posts
Showing posts with label buffet promotion. Show all posts

August 31, 2010

Restoran Istana Bambu | Buat Saya Teruja

Inilah gambar yang diforwardkan oleh Cimon berkenaan Restoran Istana Bambu yang diambil oleh AzmanShah.com . Bolehla refer entry dari Azman Shah ini di sini [ Restoran Istana Bambu ] . Betul-betul buat saya teruja dengan design dan layoutnya restorannya yang cantik dan ala-ala kampung. Jom layan gambar-gambarnya :

Santai dan Mengujakan

Wah, Meriah

Cantik dan Menawan Hati

Check Official websitenya [ http://www.istanabambu.com.my/main.html ] dan inilah Alamat restoran ini :

 RESTORAN ISTANA BAMBU www.istanabambu.com.my
Lot 841-844,Jalan Hulu Kelang,68000 Ampang,Selangor


Umm, memang dekat sangatlah dengan rumah saya. Ni yang buat teruja nak terjah ni dan inilah details lain :


Menu Makan: Makanan Thai, Chinese, Malay dan Western.
Buffet - 7.00mlm hingga 9.00 malam
Ala Carte - Selepas pukul 9.00 malam
Harga: Dewasa - RM 49 seorang, Buffet
Kanak-kanak - RM 29 seorang, Buffet (umur 4 hingga 12 thn)


Harga Buffer Ramadhan pun RM49 juga, rasanya not badlah harganya. Nantilah discuss ngan wife , manatau boleh Paww dia, besokkan dia dpt RM500 Duit Raya Kakitangan Kerajaan . Tapi hati ini memang teruja bila lihat gambar-gambar di atas.


P/s : Ada sesiapa yang pernah singgah di Restoran Istana Bambu ni tak? Amcam, Ok ke makanan di sana?

July 25, 2010

Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan


Juadah Berbuka Puasa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :


1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.


2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Oh ya, bolehla jenguk  Senarai Tempat Berbuka Puasa 2010 dan juga  Ramadhan Buka Puasa Buffet Promotion Listing. Oh, tapi saya tak checkla pula status halalnya. Entry seterusnya saya updatekan senarai Hotel Yang Miliki Sijil Halal dari JAKIM ya.

P/s : Lebih baik mencegah dari mengubatikan? Jadi, fikir-fikirlah. Kalau dah was-was dengan Status Halal Hotel Yang menyediakan Berbuka Puasa/Buffet Promotion, elokla dielakkan, kan?
Related Posts with Thumbnails