Showing posts with label ramadhan buka puasa. Show all posts
Showing posts with label ramadhan buka puasa. Show all posts

August 14, 2010

Malaysia Negara Ku | Berbuka Puasa Hanya RM2?

Berbuka Puasa dengan Hanya RM2 ( Kredit Picture here )

Fuhh, sungguh terkejut bila membaca entry Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku , tak sangka dengan RM2 sudah boleh berbuka puasa? Macam tidak percaya hati ini, beli kuih-kuih dan air di Bazaar Ramadhan pun sudah melebihi RM2. Sedikit petikan dari entry itu :

" SHAH ALAM, 13 Ogos — Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin." - Selebihnya bolehla rujuk entry itu -

Tahniah dan syabas diucapkan. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, masih ada pihak yang prihatin dengan penderitaan/kesulitan rakyat dan inisiatif sebegini patut dipuji ,dicontohi dan diikuti oleh ramai lagi. Ramai yang kaya raya di luar sana namun kurang mengambil berat tentang hal kemasyaratan dan kebajikan orang lain.

Teruskan usaha murni dan syabas buat Restoran Malaysia Negaraku dan juga pemiliknya Datuk Zainal Abidin Awang Kechik.

July 25, 2010

Hanya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadan


Juadah Berbuka Puasa Yang Menyelerakan

Tidak lama lagi bulan Puasa bakal menjelma. Hotel akan menjadi tempat persinggahan untuk berbuka puasa bagi yang berkemampuan. Namun, agak terkejut apabila membaca Berita Kosmo bahawa HAnya 32 Hotel Halal Menjelang Ramadhan . Antara serba sedikit ulasan di Metro Itu adalah :


1) Rekod Jakim sehingga semalam (23 Julai 2010) mendapati hanya 63 buah dapur di 32 hotel daripada 2,360 buah hotel di seluruh negara mempunyai Sijil Halal Malaysia.


2) Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel-hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa pihak hotel perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita di sini semalam.


Agak terkejut kerana rasanya terlalu banyak Hotel yang menyediakan Pakej Berbuka Puasa Ketika Ramadhan namun hanya segelintir sahaja yang betul-betul mendapatkan sijil halal. Kenalah lebih berhati-hati selepas ini.

Oh ya, bolehla jenguk  Senarai Tempat Berbuka Puasa 2010 dan juga  Ramadhan Buka Puasa Buffet Promotion Listing. Oh, tapi saya tak checkla pula status halalnya. Entry seterusnya saya updatekan senarai Hotel Yang Miliki Sijil Halal dari JAKIM ya.

P/s : Lebih baik mencegah dari mengubatikan? Jadi, fikir-fikirlah. Kalau dah was-was dengan Status Halal Hotel Yang menyediakan Berbuka Puasa/Buffet Promotion, elokla dielakkan, kan?
Related Posts with Thumbnails