Showing posts with label feedback restoran. Show all posts
Showing posts with label feedback restoran. Show all posts

September 8, 2010

Berbuka Puasa di Delifrance

Weekend lepas, sambil shopping di Midvalley, kami mengambil keputusan untuk Berbuka Puasa si Delifrance. Nasib baik masa booking, ianya masih belum penuh. Tertunailah hasrat di hati untuk berbuka di sana:
Seafood Platter | Nyam,nyam, menggiurkan
Antara favouriteku kalau singgah di Delifrance, harga = RM19.90

Seafood platternya memang sedap, lain dari yang lain dan menepati citarasaku.
Alisya Meragam haritu (Apa taknya, seharian taknak tidur kacau Papanya)
Spaghetti Bolognaise, harga Promosi = RM6 .Sedap, dan isteri suka sangat.
Garlic Bread beserta Mushroom Soup (tiada dlm gambar)
Ice Lemon Tea untuk saya dan Coke untuk Isteri
Jumlah keseluruhan termasuk tax

Overall, makanan di sini boleh tahan juga sedapnya cuma rasanya harganya agak mahal skit .Yerlah, air pun dah RM4+. Sekali sekala bolehla singgah, selalu sangat, bagi kami belum cukup berkemampuan lagi kot.

P/s : Malam ni balik kampung .Mungkin berbuka je di mana-mana R&R terdekat or gerak lepas berbuka. Harap-harap kurangla jemnya.

September 6, 2010

Berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop

Weekend lepas, saya belanja Isteri dan adik ipar berbuka Puasa di The Chicken Rice Shop. Dah lama mengidam sejak berpuasa, mahu berbuka di sana, rindukan Nasi Ayamnya yang sedap dan ayamnya yang lembut dan menggiurkan.

Roasted Chickennya memang terbaik
Nasi Ayamnya pun sedap
Sambal lada, biasa-biasa aje
Taugeh ni memang favourite, best giler..Tak jumpa lagi yang sebestnya di tempat lain
Desert
Santapan Kami Berempat

Berselera Alisya Makan

Kami order 3 Set Single Chicken Set, harga RM13.99 satu set tidak termasuk tax (Asyik2 kena tax,aduhaii,nak makan pun kena bayar tax)

Feedback Saya : Set nasi ayamnya memang sedap, menepati citarasa, dan saya kasi rating 8.5/10. Cuma, pandangan peribadi, kalau boleh yang set ni, bagilah air selain air berkarbonat, lebih sihat. Ni bila nak tukar kena tambah RM1. Bukan berkira tapi yang lain-lain satu set ni nampak semuanya healthy kecuali airnya (soft drink). Pai Tee nya memang terbaik, Isteri dan saya memang suka sangat.

Restoran ni boleh dikatakan tak sebulan, at least setiap 2 bulan sekali pasti saya singgah. Nasi ayamnya memang terbaik. Teruskannya dan cadangan saya,teruskan promosi dengan lebih berkesan, bolehla cuba Nuffnang, saya pasti, akan lebih pelanggan yang akan singgah/tertarik bila diiklankan di Nuffnang.

P/s : Tak sabar nak balik kampung. Nak merasa Nasi Dagang masakan nenek dan Mee Rebus Terengganu masakan mak. Nyam2, Korang bila balik kampung?
Related Posts with Thumbnails