Showing posts with label review restaurant. Show all posts
Showing posts with label review restaurant. Show all posts

July 15, 2011

Jawapan Balas dari Restoran Singgah Selalu



Tak takut kena saman ke bagi komen negatif? Itulah antara balasan yang di terima di Twitter bila saya publishkan entry di atas. Umm, honestly, saya tak takut coz saya berikan komen berdasarkan my own experience, constructive feedback dan bukannya mahu menjatuhkan nama baik restoran ini. Saya siap e-mailkan lagi ke Restoran Singgah Selalu tentang entry saya sebelum ni.

Alhamdulillah, they take it constructively..Camnilah yang kita, ambil pada sudut yang positif n improve on it . Inilah jawapan balasnya :

"terima kasih atas komen anda. kami dari pihak Singgah Selalu ingin mohon maaf jika pengalaman anda di SINGGAH SELALU KOTARAYA tidak memuaskan. Kami hargai komen anda dan akan cuba memperbaiki mutu perkhidmatan. Dan disamping itu kami harap anda tidak menyesal untuk kunjungi kami lagi. Cawangan yang anda pergi ialah SINGGAH SELALU KOTARAYA,anda boleh cuba kunjungi cawangan kami di SINGGAH SELALU DANGA BAY. Terima kasih sekali lagi atas komen anda. - singgahselalu@gmail.com "-

P/s : Hopefully next time singgah ke Restoran SInggah Selalu, ada improvement laa ya?

P/s/s : Umm, bila Tesco nak bagi jawapan balas ya? Official letter dan terima dari KPDN, namun jawapan dari Tesco belum lagi...

July 12, 2011

Restoran Singgah Selalu | Indah Khabar Dari Rupa

Semasa percutian di Johor Bahru bulan lepas, sempatlah terjahi Restoran Singgah Selalu. Ramai yang rekomenkan tempat ini, so saya pun terjahila .Betulke seperti dikata?Sedap ke? Lazat ke? Special ke? Ini adalah pengalaman saya  :


Nasi Goreng Singgah Selalu 

Nasi Goreng Belacan

Pandangan peribadi, memang kecewa. Rasanya ok, cuma servis lambat sampai. Nasi singgah selalu saya dah sampai, almost setengah jam baru nasi wifey sampai. To cut the story short, sudah sejuk, hangin satu badan, dan rasanya bolehla tahan jer. Mungkin kalau makan panas-panas lebih sedap..

Air Milo dan Teh O Ais. So far, so good

Skeptical, famous dan disebut-sebut. Tapi, kenapa time kami dinner tak ramai orang?

First impression n instinct saya memang betoi. Rupanya, pengalaman saya kali ini, hanyalah indah khabar dari rupa. Tidakla sesedap seperti yang dikata. Orr, mungkin saya tersilap pilih menu? Takpe, maybe one day saya singgah lagi. Sekali singgah, mungkin saya datang pada masa yang tak tepat?

Kosong...Mana semua orang pergi?

Kosong juga
Restoran Singgah Selalu
Singgah Selalu Kotaraya, Johor Bahru

Moral of the story, lain kali kalau kurang yakin jangan percaya bulat-bulat apa yang orang rekomen. Mungkin boleh googlekan dan taste ianya sendiri. Overall, in term of makanan, just OK. In term of service, I'm, not happy. Siap cashier buat muka muncung kenapa saya tak jadi order dessert? Umm,blom buat lagi apa salahnya nak cancel kan?

Apapun, once again. Lain padang lain belalang. One day, mungkin saya akan terjahi lagi dan order makanan lain pula di restoran ini . Or, maybe not?

March 30, 2011

Restoran D'Taman,I-City Shah Alam

Semasa singgah di I-City Shah Alam beberapa minggu lepas, sempatlah kami terjah di Restoran D'Taman Shah Alam. Thanks to Tourism Selangor for the suggestion .

Restoran D'Taman
Pemandangan di dalam restoran. Santai
Saya Order Nasi Goreng Kampung

So far, boleh tahan rasanya dan menepati citarasa saya. Wifey dan mak mertua order Mee goreng. Pedas tapi sedap. Bapa mertua order Nasi Ayam, pun ok katanya. In term of harga, just nice, tidak mahal, tidak murah. Standard harga restoran. 4 orang makan around RM50  termasuk tapau Satu Mee Goreng.

January 10, 2011

Nando's Chicken Memang Sedap

Once in a while, Nando's Chicken Restaurant memang menjadi terjahan kami :

Nando's Chickennya memang sedap
Nyam,nyam, Look Delicious, taste delicious,terbaik
Chilli Sauce dan ayamnya memang sukar diperolehi ditempat lain
Alisya menanti Nando's Chicken
Sudah mencuba, senyum sampai ke Pipi

Nando's Chicken Restaurant memang best untuk diterjah. Setbacknya adalah makanannya agak mahal ditambah ada service tax 10%. Sekali sekala menerjah okla,selalu boleh kopak juga dibuatnya. Kenala berjimat cermat demi planning nak dptkan seorang adik untuk Alisya dan realisasikan impian rumah ketiga b4 we turn 35.

P/s : Pernah terjah Nando's? How was it?

December 2, 2010

Romantic Dinner di Haven Restaurant, Ampang Look Out Point

isMinggu lepas, 23 November 2010, saya surprisekan Isteri for Romantic Dinner Package di Haven Restaurant, Ampang Look Out Point. Ini kali kedua saya singgah sini dan pertama buat Isteri :


Isteri tersenyum gembira
Haven Restaurant, Destinasi ditujui

Pemandangan Cantik , Nampak KLCC dan Bandar KL cukup menguja

Alisya pun tersenyum Sampai Ke Pipi

 The Dinner Is Serve , Starter Mushroom Soup
The Drink : Orange Juice

Udang Celup Tepung dengan Coleslaw, Yummy,yummy

Boleh Consider Candle Light ke Ni?

Main Course, both Of Us Choose Chicken Chop
Desert : Banana Split ( No Wonder Isteri Minta Pisang Masa di Lumut aritu)
Dan Juga  Cheese Cake 
Harga Pakej RM99 tapi as saya salah seorang Peserta MySelangorStory, dapat diskaun 20%. Thanks MySelangorStory
 Alisya Nak Candle Light ke?
Eyriqazz Satu Keluarga. Bila Mahu Tambah Koleksi? Tungggu...

Feedback kali kedua singgah di sini :
1) The food taste better, saya kasi rating 7.5/10
2) Pengalaman yang menguja.
3) View memang cantik dan menarik dan Isteri sukakan dengan surprise ini. Look what she said in her Facebook :

"baru balik dari having a wonderful DINNER sempena our 3rd ANNIVERSARY....mmg bahagia n BEST sgt2....makanan yg LAZAT, view yg INDAH, cuaca yg ELOK dgn udara yg SEJUK n NYAMAN....ThANKs a lot SAYANG for this LOVELY SURPRISE...Suka sangat2....LOVE u ETERNAL.....Mmmuuaaahhsss...."

Thanks Juga buat Haven Restaurant, untuk lebih lanjut pasal Restoran ini, bolehla terjah entry ini : 


P/s : Sayangkan Isteri, Once in A while tak salah kasi surprise kan? Tangan yang menghayun buaian mampu mengegarkan Pokok Pisang. Hik3, gurau aje....

*** Tanpa Isteri siapalah Sang Suami. Kasih sayang dan surprise diberikan mengeratkan hubungan suami Isteri, tak gitu?

October 13, 2010

Popeye's Lousiana Kitchen

Weekend lepas Singgah di Midvalley dan singgah dinner di Popeye's Lousiana Kitchen. Actually, dah lama rakan seuniversiti rekomenkan tempat ni, kebiasaannya pi lalu je tak sempat nak singgah. This time kami singgah buat pertama kali :

Nyam,Nyam Sedapnya Ayamnya

Bersama Ice Lemon Tea/Kentang/Dada Ayam/Ayam Goreng/French Fries

Alisya teruja
Cepatlah makan Mama

Cantik juga Popeye's Restaurant ni

Set Promosi RM19.90 kami order

Jom terjah

Inilah review saya dan Isteri:

1) Ayamnya sedap. Compare dengan KFC, kami lebih sukakan yang ni. KFC best, yang ni pun best....Best lain-lain ...Yangni rempahnya dan rasanya sukar dicari di tempat lain.
2) harga berpatutan...Lebih murah rasanya dari KFC
3) The only fast food yang saya jumpa menyediakan air selain soft drink set yang tidak dikenakan charga sampingan.
4) Suasana Santai.Cuma restoran tu sempit skit...Kalau time weekend penuh la juga orangnya.
5) Rating keseluruhan, review saya : 8.5/10 (wajib terjah)..

P/s : Pernah singgah di Popeye's Lousiana Kitchen? Apa pandangan anda?

October 7, 2010

Satay Hut Lagi Sedap dari Satay Kajang

Selepas di bawa menyaksikan Pemandangan mempesona Kelip Kelip Kampung Kuantan, kami di bawa pula "Supper"  di :
Satay Hut Tanjong Karang
Kusyuk Pelayan Menyediakan Sate Hut Serta Ketupat Untuk Geng-geng MySelangorStory
Fuhh,nampak sedap dan menggiurkan
Hidangan Yang Membuatkan Seleraku tidak keruan
Model Satay Hut Tanjong Karang | Peramah Betul Makcikni
Harganya yang berpatutan
Nyam-Nyam, So Yummy/ Sedap Sehh..
Jemputlah Makan/Buatlah Macam Rumah Saya
Bukan Main teruja lagi Mereka Ini. Santai, Sedap dan Terbaikk..

 Honestly, sayani sekeluarga memang penggemar sate kajang. Sudah lebih 10 kali kami singgah di Sate Kajang dari pelbagai lokasi terutamanya di Taman Melati, Setapak. [ Restoran Sate Kajang Haji Samuri ]

Oklah, inilah review dan pandangan peribadi saya berkenaan Satay Hut Tanjong Karang :

1) Rasanya sedap dan lazat. Rating 9/10. Rasa ayamnya dan rempahnya memang kena dengan selera. Jika dibandingkan dengan satay kajang ,saya lebih prefer satay hut kerana rasa ayamnya dari semua bahagian jika dibandingkan dengan satay kajang lebih tertumpu kepada rasa di bahagian dada.

2) Kelainan di Ketupat/Nasi himpitnya. Dengan dibalut daun kelapa, lebih menyerlahkan rasanya yang wangi dan menggiurkan.

3) Sambalnya pula, i think saya lebih sukakan Sambal Satay kajang.

4) Suasana yang santai dan ala-ala kampung.

Keseluruhannya, pandangan peribadi saya, "Satay Hut Tanjong Karang Lagi Sedap dari Satay Kajang Haji Samuri". Anda cubalah rasa, dan bandingkan sendiri. Apapun, lain padang, lain belalangkan,lain orang lain citarasanya. For me, Satay Hut nombor satu dihatiku kini cuma sayang, adake cawangannya di KL? Kalau ada boleh juga terjah...

Satay Hut Tanjung Karang kami cuba dan rasa
Rasanya enak, saya tergoda makan penuh berselera
Teringat-ingat dan mengidam mahu mencubanya lagi bawa seisi keluarga
InsyaAllah, akan kusinggahi lagi di lain masa

P/s : Pernah Mencuba Satay Hut Tanjong Karang? Apa Pandangan Anda?

*** Minta tolong Vote 4 Me untuk entry ini [ Vote/Klik Sini ]

September 8, 2010

Berbuka Puasa di Delifrance

Weekend lepas, sambil shopping di Midvalley, kami mengambil keputusan untuk Berbuka Puasa si Delifrance. Nasib baik masa booking, ianya masih belum penuh. Tertunailah hasrat di hati untuk berbuka di sana:
Seafood Platter | Nyam,nyam, menggiurkan
Antara favouriteku kalau singgah di Delifrance, harga = RM19.90

Seafood platternya memang sedap, lain dari yang lain dan menepati citarasaku.
Alisya Meragam haritu (Apa taknya, seharian taknak tidur kacau Papanya)
Spaghetti Bolognaise, harga Promosi = RM6 .Sedap, dan isteri suka sangat.
Garlic Bread beserta Mushroom Soup (tiada dlm gambar)
Ice Lemon Tea untuk saya dan Coke untuk Isteri
Jumlah keseluruhan termasuk tax

Overall, makanan di sini boleh tahan juga sedapnya cuma rasanya harganya agak mahal skit .Yerlah, air pun dah RM4+. Sekali sekala bolehla singgah, selalu sangat, bagi kami belum cukup berkemampuan lagi kot.

P/s : Malam ni balik kampung .Mungkin berbuka je di mana-mana R&R terdekat or gerak lepas berbuka. Harap-harap kurangla jemnya.

Related Posts with Thumbnails