Showing posts with label mali's corner. Show all posts
Showing posts with label mali's corner. Show all posts

December 3, 2010

Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Beberapa hari lepas layan Lepak-lepak ngan Talibarut Kak Ina KL di Mali's Corner Danau Kota. Antara yang join adalah Eyriqazz, Mat Joe, Daydeck, Kak Ina KL, dan Firdaus @ Manager Kak Ina KL.

Dipendekkan cerita, Daydeck yang baru pulang dari Bangkinang, share2kan keropok @ Jajang untuk kami. Dipendekkan cerita lagi :
Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Hik3,rupa2nya jajang tu diperbuat daripada kulit kerbau. Terus mat Joe terus tak makan jajang tu, walhal before tu dah hampir sepaket di habiskan (tambah cerita kasi sedap).
Firdaus pun terus Stim bila pekena Jajang Kulit Kerbau

Waka-waka, bukan setakat diorang, eyriqazz, kak ina kl, wifey sampaikan Alisya pun terkena penangan jajang kulit kerbau tu. Masa belum diberitahu, berselera je, bila dah tau...yuhuuu....jom makan Nasi Lemak or Kuay Teow..

Best juga dpt borak-borak camni, Kak Ina KL siap brainwash saya dan wifey lagi, inilah tips dari Kak Ina KL :

1) Penuhilah permintaan isteri selagi mampu. Itu hak mereka (wifey report kat Kak Ina KL saya tak penuhi hasratnya untuk jalan-jalan pi Uptown Danau Kota)
2) Masa anak kecik-kecik ni laa best nak buat apa-apa. Birthday party etc, bila mereka dah besar, mereka dah susahla. Kawan-kawan , best friend mereka dan lebih sukar nak nasihat ,etc..

3) Biar Nampak Papa dan Pakai pakaian yang sama, asalkan poket bergaya. Yieza, respectla Kak Ina. Duit berkepuk2,saje je taknak tunjuk.

Cukupla dulu, selebihnya, tunggu sesi lepak-lepak seterusnya. Next time, saya belanja, Mali's Corner tu jalan kaki pun boleh dari rumah saya.

P/s : Thanks to blogging, I Met a Lot of Wonderful people. Apa pula pengalaman anda?

August 18, 2010

Juadah Berbuka Puasa Hari ke 3 | Mali's Corner Menjadi Pilihan Kami

Jumaaat lepas kami pulang ke kampung dan bertolak malam. Jadi, kami berbuka Puasa di Mali's Corner, Danau Kota. Pilihan dibuat kerana dekat dengan rumah dan Isteri teringin nak makan Char Koay Teow Mali's Corner yang memang terkenal kesedapannya. Inilah Juadah Berbuka Puasa untuk hari ke 3 itu :

Nasi Lemak Mali's Corner menjadi pilihan saya . Review dan komen : Memang Sedap dan Lagi Sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa
Char Koay Teow Mali's Corner pilihan Isteri | Tak perlu komen banyak. Antara yang paling sedap di Malaysia
Nyam,Nyam Sedap | Sampaikan Alisya pun teruja sama

Overall, memang berpuas hati berbuka puasa di Mali's Corner. Rasanya lazat dan harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

P/s : Jom pi berbuka Puasa di Mali's Corner. Bro Je Jai nak belanja, tapi terhad untuk 15 orang aje. Tinggal 14. Satu eden dah ambil. Cepat-cepat, sila tinggalkan komen di blognya sebelum terlambat.

P/s/s : Dah try Char Koay Teow Mali's Corner? Amcam, best?

June 9, 2010

Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota | Terbaik Punya

Salam dari Eyriqazz,


Berkongsi pengalaman menikmati hidangan yang begitu menyelerakan iaitu :

Char Koay Teow Mali Corner
Char Koay Teow Mali's Corner Danau Kota
Umm, sedapnya
Sedapnya
Alisya nak jugak
Alisya Nak Jugak, Sedap Nampak Mama Makan
Umm, Sedapnya
Nyam,nyam Sedapnya
harga Makanan Mali's Corner
Senarai Harga Makanan Di Sini
habis licin
Habis Licin
Mali's Corner Char Koay Teow
Inilah Alamatnya :

Mali's Corner Char Koay Teow
Jalan Langkawi, Setapak (Dekat Danau Kota/Platinum Walk)
53300 Setapak
Kuala Lumpur
 
Pandangan peribadi, Char Koay Teow Mali's Corner Danau Kota adalah yang terbaik/paling sedap di KL ni. harganya pun berpatutan, kalau special baruje RM6.50, besar RM5.00 dan kecil RM3.40. First time singgah wajib order special, berbaloi-baloi dan puas hati. Tiap-tiap bulan mesti pergi. Lagipun dekat, jalan kaki pun boleh dari rumah.
 
Sesiapa yang belum cuba, kenalah cuba. Selalu je penuh malam-malam. Nasi lemaknya pun best,tapi yang tu later saya updatekan.
 
Mali's Corner Char Koay Teow Danau Kota enak sekali
Sekali cuba rasa nak lagi
Siapa yang mahu singgah di sini
Jangan lupa jemputlah saya sekali
 
P/s :Sesiapa yang mahu ke Mali's Corner ni sound-soundla. Dekat je dengan rumah. Kalau mahu belanja, rezeki jangan ditolak kan?
 
P/s/s :Sesiapa yang pernah mencuba? Apa pandangan anda pula?
Related Posts with Thumbnails